Sunday, April 28, 2013
Saturday, March 23, 2013
Kisah Sebiji Burger
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…
“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis di tangan maknya…
Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?
Friday, March 8, 2013
Berita gembira buat Kakitangan Awam pada 11 Mac( Siaran Langsung TV1) 1)
KSN: KAJIAN GAJI PENJAWAT AWAM TELAH CAPAI HAD MAKSIMUM SUDAH DIKEMUKA KEPADA KERAJAAN
Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa Khamis.
Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.
Katanya penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
"Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran hari ini.
Temu bual secara rakaman melalui telefon disiarkan pada 9.50 pagi bertajuk Perkhidmatan Awam Teras Kecemerlangan Sesebuah Negara.
Ketua Setiausaha Negara berkata masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.
Katanya kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum.
Menurutnya perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.
Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan.
Ali berkata pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.
"Kita tunggu sahaja Perdana Menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.
"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.
Katanya untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.
"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya
Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.
Katanya tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
BERNAMA

Thursday, March 7, 2013
Terkini Dari Lahad Datu
Ni taktik biasa pendatang haram untuk berlakon sebagai penduduk tempatan dan mengaburi pihak berkuasa. Antara baju yg biasa menjadi mangsa baju BN, Umno, jersi bolasepak malaysia atau negeri, pertandigan memancing kolam pak mat dan segala baju yg mempunyai logo atau tertera perkataan yang berkaitan dengan Malaysia
Pencerobohan di Sabah-LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG
Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3
yang disiar secara langsung, di sini hari ini.
Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Feb dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.
Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban
dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.
Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di
situ sebelum serangan dilakukan.
"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut.
Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.
Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.- BERNAMA

Monday, March 4, 2013
Saturday, February 23, 2013
Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?
Jika anda amati di sepanjang landasan kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada kanan dan kiri rel kereta api. Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya?
Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.
Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.
Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.
Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.
Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.
Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.

Thursday, February 14, 2013
Amalan harian menyebabkan kerosakan ginjal
Kerosakan ginjal (buah pinggang) ini bukannya terjadi dengan secara tiba-tiba kerana secara semulajadinya Allah menjadikan ginjal seseorang itu sejak lahir lagi berfungsi dengan baik bagi meneruskan kehidupan. Malangnya, perlakuan dan amalan harian yang kurang sihat yang menyebabkan lama-kelamaan ginjal semakin rosak dan tidak mampu berfungsi, yang mana akhirnya terus gagal berfungsi. Saya beranggapan semua orang tahu, apakah akibatnya jika ginjal gagal berfungsi? jawapannya ialah haemodilisis jika mahu terus hidup.
Mari kita amati amalan harian yang boleh menyebabkan kerosakan ginjal yang perlu dihindari sebelum ginjal gagal berfungsi, di antaranya ialah:
1. Suka menahan kencing.
2. Tidak minum air yang secukupnya setiap hari.
3. Mengambil terlalu banyak garam dalam makanan.
4. Tidak merawat infeksi kuman di dalam ginjal dengan berkesan.
5. Terlalu banyak makan daging merah.
6. Tidak cukup makan.
7. Penggunaan ubat penahan sakit secara berlebihan.
8. Terlupa makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
9. Terlalu banyak mengambil minuman keras.
10. Tidak mempunyai rehat yang mencukupi.
~ Oleh Dr. Sharib Azni

Wednesday, February 13, 2013
Ibu Catriona Ross Kemalangan, Maut Di Grik
Al-Fatihah buat pelakon, Catriona Ross di atas pemergian ibunya Allahyarhamah Siti Zawiyah Ab. Rahman yang telah ke rahmatullah, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Berita tersebut diumumkannya sendiri di lama Twitternya dengan menulis ‘Membawa hati yang retak seribu ke Grik’.

Manakala, melalui laman Facebooknya, dia menulis yang ibunya telah kemalangan apabila kereta yang dinaiki ibunya dilanggar sebuah bas di Grik.
Segala info secara terperinci masih belum diperoleh.Cuma Catriona atau Cat meminta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya dan bagi sesiapa yang ingin melawat boleh ke Kota Bharu pada lewat petang ini.
Takziah kepada Cat dan keluarga.Al-Fatihah…. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Friday, February 8, 2013
Kita Menumpang Di Bumi Sendiri
Kita baru sahaja menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi meraikan dan memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan ini disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun.
Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.
Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang
Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara.
Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.
Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang ‘menghiasi’ kawasan tersebut
Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah ‘lanskapnya’ sama sekali.

Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.
Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.
Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.
Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti ‘mak bapa mereka yang punya!’

Premis seperti restoran dan kedai gunting rambut yang menggunakan bahasa asing secara terang-terangan pada papan tanda premis masing-masing semakin bercambah menyebabkan pengunjung berasakan seolah-oleh berada di negara berkenaan.
Pendek kata,kawasan itu seolah-oleh telah diubah menjadi kawasan hak mutlak milik warga asing itu.
Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.
Kita tidak pernah menafikan usaha pihak berkuasa seperti polis, Imigresen dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) namun persoalannya mengapa kawasan berkenaan dilihat seolah-olah
begitu payah hendak digempur, makin ditangkap, makin ramai yang muncul,
makin disaman, makin banyak kesalahan yang dilakukan.Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.
Di mana salah dan di mana silapnya perkara ini? Ohh My Beautiful Malaysia
Wednesday, February 6, 2013
Pelakon veteran Yahya Sulong meninggal dunia
PELAKON veteran Datuk Yahya Sulong meninggal dunia, hari ini.Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman mikro Twitter sekitar jam 6.40 petang tadi.
“Datuk Yahya Sulung meninggal dunia. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Al-Fatihah,” tulis beliau.Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.
“Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua. Jenazah dimandikan di sini juga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.Jenazah Yahya akan dibawa ke Perak untuk dikebumikan.
“Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini, jenazah akan dibawa ke Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian,” katanya.Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar.
Allahyarham pernah berlakon dalam filem Da Di Du, Abu Nawas dan Prebet Lapok.Yahya meninggalkan balu, Datin Alisah Ali, 68. Al Fatihah

Subscribe to:
Posts (Atom)