Latest Updates

Makan Jering Boleh Rosakkan Buah Pinggang

andungan "djengkolic acid" dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan. "Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil "djengkolic acid" dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

"Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit "kapit jering" yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena "kapit jering" akan berhenti berfungsi sehingga seminggu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penyakit itu biasanya menyerang individu yang gemar memakan jering mentah atau separa masak.

Dr Zaki berkata sehubungan itu, penggemar jering dinasihat tidak memakannya secara mentah, sebaliknya merebus buah tersebut sehingga masak bagi mengurangkan kandungan asid berkenaan.

Katanya, walaupun asid dalam jering boleh menyebabkan buah pinggang rosak sementara, namun ada juga kes yang menyaksikan buah pinggang gagal berfungsi sehingga terpaksa menerima rawatan dialisis.

Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Sukeri Muhamad berkata individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, tidak digalakkan memakan jering bagi mengelak mengalami risiko lebih teruk.

Selain itu, beliau mengingatkan individu pemakan jering tidak mendapati air kencingnya berdarah secara tiba-tiba, atau tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan, agar segera memaklumkan perkara itu kepada hospital bagi mendapat rawatan segera.
SUMBER


2 Responses to " Makan Jering Boleh Rosakkan Buah Pinggang "

  1. Baru tau.. tapi xmakan pun, xsedap..hehehe. Org yg suka mkn jering ni lepas diorang guna toilet, fuh mak aii bau die.. tak tahan wooo..hehehe

    ReplyDelete

Apesal Widget

Link Exchange

Rakan Blogger