Sunday, October 16, 2011

Guru dianiaya oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan

KAMI guru-guru kanan matapelajaran yang telah 'dilantik' pada Ogos tahun 2008 ingin menyatakan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) kerana mengarahkan kami melalui kerani sekolah masing-masing, memulangkan semula Elaun Tanggungjawab sebanyak RM120 dari mula kami dilantik sehingga Ogos 2011.

Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada JPNS melalui Unit Perkhidmatan. Mereka akui berlaku kesilapan sewaktu mula pelantikan kami pada 2008 kerana alasan sekolah Gred B difahamkan waktu itu tidak layak menerima Guru Kanan Mata Pelajaran melalui pekeliling Kementerian Pelajaran tahun 2002.Namun perkara itu baru disedari pada tahun 2011 oleh pengurusan yang baru. Walaupun kami merayu, namun jabatan mahukan kami memulangkan elaun tersebut secara potongan ansuran dari gaji kami selama enam bulan atau merayu memanjangkan tempoh.Dari kiraan kami jumlah bayaran balik mencecah RM5,000. Ini amat membebankan. Tidak adil. Sebagai satu cubaan bersikap lepas tangan. Dalam usaha pihak kerajaan memperbaiki kebajikan guru, nampaknya, pihak jabatan sendiri secara tidak langsung telah menganiayai hampir 200 orang Guru Kanan sekolah Gred B khususnya di Negeri Sembilan yang dilantik secara 'misteri' oleh mereka. Bagaimana mereka boleh tidak tahu pekeliling tersebut amat mendukacitakan kami sama sekali. Ini satu kerja lalai yang amat serius sama sekali. Apa yang lebih mendukacitakan ialah tenaga Guru Kanan tersebut telah dipergunakan sepenuhnya oleh Pengetua sekolah terbabit selama tempoh 'pelantikan misteri' tersebut sehingga ada antara sekolah Gred B tersebut mendapat Penghargaan Baiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini.Kemudian mereka diminta pulangkan balik elaun tersebut setelah tenaga mereka dipergunakan? Puncanya ialah sekolah terbabit Gred B. Kenapa sekolah ada unsur diskriminasi? Difahamkan di Seremban sahaja ada sekolah Gred B seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dan SMK Seremban Jaya.Murid mereka mencecah seribu lebih. Bagaimana pula di Jelebu, Jempol dan lain-lain? Kami dengan ini meminta Menteri Pelajaran menyiasat, meneliti dan menimbangkan semula perkara ini dengan serius kerana kesilapan dan diskriminasi sebegini telah menjatuhkan maruah dan menganiayai guru-guru terbabit dan bertentangan dengan akta pekerjaan dan dasar integriti nasional serta dasar rakyat didahulukan. GURU KELIRUNegeri Sembilan 

Sumber: www.utusan.com.my"

3 comments:

  1. hal seperti ini memang tidak patut berlaku..alasan terlepas pandang atau tersilap...mcm mana mrka buat keje???????/mama memang pantang kalau hal2 spt ini berlaku.....dah memang keje mrk kena rujuk surat pekeliling or apa2 dokumen sebelum luluskan dan berikan kpd guru2....so, bila dh terjadi mmcm ni mmg menganiaya guru.....

    ReplyDelete
  2. dlm perguruan pon ada anasir2 camni gak kan cikgu

    ReplyDelete
  3. ni lah cabaran menjadi seorang guru..adakah gagal sistem pendidikan kita sehingga melahirkan pemimpin yang tidak berfikir panjang sehingga membebankan guru-guru yang pernah mendidik mereka sebelum sampai ke tahap yang mereka kecapi sekarang?

    ReplyDelete

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)