Thursday, November 17, 2011

Parlimen Malaysia

  Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.

Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.

Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.

Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.
 

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN

Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.

Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.

BANGUNAN UTAMA

Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.

Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.

Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.

Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.
 
MENARA

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.

Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

KEISTIMEWAAN

Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?

Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.

Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.

Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.

Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.

Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.

4 comments:

  1. juga tempat YB2 kita bergaduh dan bertekak !

    ReplyDelete
  2. bergaduh dan bertekak hanya kerana sepatah perkataan

    ReplyDelete
  3. Dulu masa sekolah rendah,
    kalau ada rombongan sekolah,
    bangunan parlimen antara bangunan wajib dilawati...

    ReplyDelete

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) JPJ (1) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kaki ayam (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) sambung bayar (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)