Tuesday, May 31, 2011

Jumlah remaja perempuan hisap rokok meningkat

PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.

Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.

“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.


p/s :kesian kat anak bangsa kita.. apa nak jadi? Di mana silapnya?  salah inbu bapa ke ??, kadang-kadang ibu bapa dah
cukup ambil berat.Apa-apa pun , didikan agama yg paling penting, tutup aurat, solat , insyaaalah
Monday, May 30, 2011

800 tan ikan mati mengejut

2011/05/30
TALISAY: Lebih 800 tan ikan mati dan busuk di sebuah kolam ternakan berhampiran Manila ekoran penurunan suhu secara mendadak.

Pegawai perikanan kerajaan, Rose del Mundo, berkata insiden kematian mengejut itu bermula minggu lalu di Tasik Taal di wilayah Batangas namun sudah berkurangan. Permukaan tasik di kawasan itu yang dikhususkan untuk ternakan ikan, dipenuhi ikan bandeng yang sudah busuk. Ikan bandeng adalah sebahagian diet biasa rakyat Filipina.

Del Mundo berkata, siasatan awal mendapati kematian itu mungkin disebabkan perubahan drastik suhu berikutan musim hujan selepas musim panas membahang, yang turut mengurangkan paras oksigen tasik.

Pihak berkuasa mengharamkan jualan ikan busuk itu yang ditanam selepas dipunggah trak pengangkut ikan. – AP

Elektrik naik 7%, Gas asli akan diapungkan

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.
SUMBER 

Sunday, May 29, 2011

Polis kutip RM476.6 juta saman trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

NONEMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (Sept), RM29.3 juta (Okt), RM29 juta (Nov), RM127 juta (Dis), RM44.7 juta (Jan 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (Sept), RM2.3 juta (masing-masing pada Okt dan Nov), RM26.2 juta (Dis), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 03Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Feb 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

"Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.

Kekayaan Bill Gates

Tahukah Anda
1.Bill Gate memperolehi pendapatan sebanyakUS$250 (RM875) setiap SAAT, Ini bermakna US$20 Million (RM70 Juta) dalam sehari dan US$7.8 Billion (RM27.3 Bilion) dalam setahun!

2.Sekiranya US$1,000 tercicir dari poketnya, itu bukannya masalah besar bagi dia. Jumlah sebanyak itu akan diperolehi kembali dalam masa 4 saat sahaja.

3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gate sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Sekiranya dia memberikan US$15 (RM52.50) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM17.5 Juta) dalam simpanannya.

5.Seandainya kita umpamakan Bill Gates sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.

6.Katakanlah Bill Gate menukarkan kesemua wangnya menjadi US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali. Perjalanan itu juga merupakan perjalanan tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7.Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM23.73 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

Siapa Nak Rolls Royce

PETALING JAYA: Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks.

Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.

Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.

Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.

“Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

“Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.

Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai ‘siapa’ pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.

“Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

“Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.

“Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya,” katanya kepada FMT.SUMBER

Gerai Cendol Digantung Kepala B*bi - Angkara Siapa?

Nibong Tebal: Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata bagaimanapun pemilik gerai tidak melaporkan kepada polis perbuatan khianat yang berlaku pada Januari dan Mac lalu itu.

"Polis percaya kesemua perbuatan terbabit termasuk panggilan telefon misteri kepada pemilik gerai dilakukan oleh pihak yang sama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengenai kepala babi berkenaan, Shafien berkata ia sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dianalisa bagi mengetahui bila haiwan itu disembelih.

"Polis turut mendapatkan maklumat daripada penjual babi di sekitar SPS bagi mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan khianat itu," katanya.

Shafien berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.

Dalam kejadian pagi Rabu lalu, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat kepala **** tergantung di gerai cendol yang terletak berhampiran masjid itu.

Gerai itu juga disimbah dengan cat merah, dan sehari sebelum itu pemilik gerai berkenaan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang meminta beliau berhati-hati. - BERNAMA

Wanita separuh bogel jatuh tingkat 13 kondo

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri tua terkejut kereta mereka dihempap mayat seorang wanita separuh bogel dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium dekat pusat beli-belah di sini pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu berlaku ketika kereta dinaiki pasangan itu memasuki tempat letak kenderaan pusat beli-belah terbabit apabila dikejutkan dengan dentuman kuat belakang kereta mereka.

Mereka keluar memeriksa sebelum melihat seorang wanita dipercayai sudah meninggal dunia terbaring dalam keadaan tidak berbaju dan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata wanita terbabit berusia 26 tahun dipercayai terjatuh dari bilik tidur unit sewaannya di tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran.

“Hasil siasatan awal mendapati dia berasal dari Vietnam dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahan. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan polis mengambil keterangan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai berada bersama mangsa dalam rumah sewa berkenaan sebelum kejadian terbabit.
Saturday, May 28, 2011

Pemilik Anjing Lantik Peguam Untuk Bela Anjing Yang Dihukum Mati

GEORGE TOWN 25/05/2011 : Pemilik kepada anjing yang menyerang seorang rakyat Ireland hingga mati Januari lepas pada Rabu melantik seorang peguam bagi merayu agar anjingnya tidak "dilupuskan".

"Saya dan isteri Teoh Bee Eng telah melantik peguam agar empat ekor anjing jenis 'pit bull' itu tidak dilupuskan kerana arahan yang dikeluarkan mahkamah terhadap kesemua anjing itu bersifat terbuka," kata Joseph Teoh Boon Aun, 42, kepada pemberita selepas melawat kesemua anjingnya itu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut di sini.

Beliau berkata, peguamnya dari Tetuan Jerald Gomez & Associate telah menghantar dua pucuk surat rayuan kepada Ketua Pengarah Bahagian Unit Undang-Undang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri baru-baru ini.

Katanya, dalam surat rayuan itu, beliau memohon agar pihak berkuasa mempertimbangkan hasrat mereka untuk memelihara kesemua anjing terbabit termasuk dua ekor anjing lain yang tidak terlibat dalam kejadian itu.

Pada kejadian pada 9 Januari itu, Sullivan Maurice, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan dan muka serta kedua-dua telinganya putus setelah diserang oleh dua ekor anjing berkenaan ketika sedang merakamkan gambar pokok-pokok durian di ladang milik Teoh di Teluk Bahang.

Pada 4 April lepas, Mahkamah Majistret Balik Pulau memerintahkan supaya Teoh didenda RM8,000 atas kesalahan tidak mengenakan kolar keselamatan dan lencana pendaftaran terhadap anjing-anjingnya.

Majistret Mohd Hidayat Wahab turut memerintahkan semua anjing berkenaan diserahkan ke Rumah Sakit Haiwan MPPP untuk dilupus, dimusnah atau lain-lain tindakan yang bersesuaian.

Anjing-anjing itu kini ditempatkan dalam kurungan di Jabatan Veterinar Daerah Timur Laut

Mata murid buta dicucuk pensel

TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.

"Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas.

"Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dibawa ke hospital oleh guru sekolah tersebut.

Dakwa kanak-kanak itu, dia pernah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sebelum ini tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah.

Difahamkan, sebelum ini, kumpulan pelajar tersebut pernah mengajak Mohd. Saiful menyertai geng mereka tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian.KOSMO
Friday, May 27, 2011

Ingatkan Minyak..Rupanya Takrif Letrik Pulak Yg Naik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikkan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
SUMBER

MCA desak JPA batalkan sesi temuduga biasiswa

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu jemaah menteri campurtangan bagi mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membatalkan amalan sesi temuduga pelajar sebelum mereka ditawarkan biasiswa luar negara.

Menurut beliau, perkara berkenaan akan ditimbulkan oleh keempat-empat anggota MCApada mesyuarat kabinet hari ini.

“(Pengagihan biasiswa-biasiswa luar negeri) mesti berdasarkan keputusan peperiksaan, walaupun temu duga tidak begitu baik…tapi jika mendapat semua A+, pelajar perlu diberi biasiswa,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA, semalam.

Empat menteri MCA itu adalah Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung, Menteri Pelancongan Ng Yen Yen , dan Menteri Pengangkutan Kong Chor Har.

Chua juga berkata bahawa MCA akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut pemberian biasiswa ini.

Selain itu, katanya ketua pengarah JPA juga telah bersetuju menyelesaikan semua masalah yang dibangkitkan oleh ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang juga adalah timbalan menteri pelajaran.

Chua pada sidang akhbar itu juga berkata beliau berpendapat adalah satu perkara yang 'malang' sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kanan) bertindak sebagai 'wira' dan terus menyerang Wee dengan mengeluarkan isu berkaitan biasiswa luar negera.

“Saya tidak mengajar Nazri bagaimana untuk membuat kerja, jika Nazri menjadi seorang menteri kanan tetapi tidak tahu peranan MCA, maka itu adalah agak malang.”

Mca dah tak respek Umno ke sekarang ni?
Thursday, May 26, 2011

Biar kerajaan hilang pendapatan tapi rakyat dapat untung

SIK, 24 Mei 2011 – “Kerajaan negeri kehilangan cukai tanah, PKNK kehilangan pendapatan tapi tuan-tuan dan puan-puan menikmati keuntungan berganda, dapat duit pampasan, tanah rumah dan kebun getah yang siap ditoreh.”

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kepada kerajaan negeri.

“Peristiwa ini amat bersejarah kerana dengan penyerahan ini membolehkan proses pemberian hak milik tapak rumah dan tanah pertanian kepada penduduk terlibat disegerakan,” sambungnya lagi.

Tambah beliau, walau pun sebelum ini ada aduan yang dikemukakan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi setelah disiasat didapati aduan tersebut tidak berasas. Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut menerima pelbagai surat dari pejabat peguam kononnya penduduk-penduduk kampung teraniaya, namun maklumat sedemikian gagal dikemukakan.

“Saya akui pada masa sekarang masih ada pihak yang mengemukakan rayuan kepada kerajaan atas alasan teraniaya, tercicir dan sebagainya.

“Semua rayuan diteliti oleh jabatan-jabatan yang terlibat dan saya difahamkan kelayakan tuan-tuan dan puan-puan dibuat dengan rapi dan cermat,” terangnya.

Jelasnya lagi, penempatan semula Sungai Pau ini merupakan model penempatan yang paling lengkap pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Terdapat banyak model penempatan lain seperti pembinaan Empangan Temenggor, pembangunan insfrastruktor seperti jalanraya, tebatan banjir, pembinaan lapangan terbang di Pulau Pangkor, Projek Landasan Berkembar dan banyak lagi projek yang dilaksanakan di negara kita yang melibatkan penempatan semula penduduk.

“Projek Empangan Beris ini amat istimewa kerana selain penduduk terlibat menerima pampasan, mereka juga menerima rumah yang saiz lotnya 10,000 kaki persegi dan diberi pula lot pertanian yang sudah memberikan hasil.

“Jangan berterima kasih atau bersyukur pada kerajaan, sebaliknya bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah SWT atas apa yang kita perolehi,” sambung Azizan.

Beliau mengharap mereka bersabar dan faham bahawa pemprosesan memberi hak milik tanah memerlukan masa pengurusannya. Apabila siap proses hak milik dan notis 5A dikeluarkan oleh Pentadbir Pejabat Daerah, penduduk-penduduk terbabit diminta tidak mengambil masa yang lama untuk menjelaskannya.

“Kemungkinan rekod pentadbiran tanah sudah berubah atas sebab meninggal dunia atau sebagainya. Dalam hal ini proses penamaan perlu dibuat. Prosesnya nampak mudah namun sekiranya berlaku pertikaian ianya menjadi sukar dan lambat.

“Gunalah saluran yang betul untuk berurusan dengan pegawai atau pentadbir tanah sekiranya ada masalah,” nasihat beliau.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi, PTG, Pejabat Daerah Sik, Pejabat Tanah Sik, KEDA, Pejabat Agama dan semua yang terlibat dalam mempastikan projek dan proses penempatan semula penduduk kampung disempurnakan dengan baik.

Beliau turut menyaksikan majlis tandatangan penyerahan tanah oleh pihak PKNK kepada kerajaan negeri.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 48 penduduk Sik.

Seramai 600 orang penduduk kampung terlibat dalam projek penempatan semula ekoran kawasan perumahan dan pertanian mereka terlibat dengan projek Empangan Beris.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau. Turut hadir, Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Noor Rofie, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim,ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah dan Ahli Parlimen Sik YB Che Uda Che Nik.
Wednesday, May 25, 2011

Bas Sani Ekpress Terbalik – 5 Cedera

5 cedera, seorang darinya parah apabila sebuah bas 2 tingkat Sani Ekpress, terbabas dan terbalik awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi, kira-kira 500 meter sebelum Tol Gombak.

Bas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur

Ketika ini, kerja-kerja untuk mengangkat bas akan mula dilakukan.

Butiran lanjut menyusul.

sumber: http://www.ondscene.my/

Semua jawatan kosong jpa dimansuhkan

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri..biar betul ni?? Mansuh jawatan kosong selama 3 bulan sahaja (1jun - 31Ogos). 1 Julai pulak bermulanya Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK.
Dengar2 PM pun nak umum 2 perkara pada bulan Jun dan Julai sebelum bajet 2012.
Adakah ini tanda2 berlakunya kenaikan gaji?? kalau tak ada pengambilan baru..
bertambahlah pengangguran nampaknya 

Pekeliling
Tuesday, May 24, 2011

Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia


Orang Australia sendiri menentang pembinaan kilang toksik kimia oleh Lynas Corp. disana. Di Malaysia, Lynas dibenarkan membina kilang toksik dan tidak perlu membayar sebarang cukai selama 12 tahun 

20,000 penjawat awam miskin

PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing.

Hari Kelepasan Am Tambahan Ekoran Pertindihan Hari Raya Puasa & Hari Kebangsaan 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.

Mohd Sidek berkata satu hari kelepasan am tambahan ini bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

"Urusan pewartaan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, masing-masing berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah [Sabah Bab 56] bagi negeri Sabah dan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am Sarawak [Sarawak Bab 8] bagi negeri Sarawak sedang diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing," katanya.

Beliau berkata pengumuman ini diharap dapat mengelak kekeliruan di kalangan orang awam terhadap hari-hari kelepasan am tersebut dan membolehkan perancangan awal dibuat unuk menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan kelak.

-- BERNAMA

Saya Suka Kenyataan Ini

Profesional sedia pulang jika insentif menarik
Oleh Ahmad Naim Tahir dari San Jose, AS

INSENTIF lebih menarik, termasuk pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh tertentu dan membenarkan kerakyatan dua negara adalah antara yang perlu ditawarkan kerajaan jika mahu inisiatif membawa pulang profesional Malaysia di luar negara menjadi lebih berkesan.

Itu antara pandangan beberapa rakyat Malaysia di sekitar California yang menyifatkan isu berkenaan harus diberi tumpuan andai kerajaan benar-benar serius menjayakan hasrat itu.
“Jika lihat insentif yang ditawarkan sekarang seperti pengurangan cukai pendapatan hanya beberapa peratus, tidak dikenakan cukai untuk bawa pulang dua kenderaan dan lain-lain, ia masih tidak cukup,” kata Jian Ling, pemuda berasal dari Kuala Lumpur yang sudah 10 tahun bekerja di San Jose.
Beliau turut menyarankan kerajaan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara memegang dua kerakyatan, negara asal dan negara angkat yang akan membuatkan tawaran pulang ke tanah air menjadi lebih menarik.

Bagi Murad Wahab, menambah lebih banyak tarikan pada insentif berbanding tawaran sekarang akan menunjukkan kerajaan benar-benar serius mahu membawa pulang profesional Malaysia di luar negara.

“Selain itu, kami juga bimbang budaya kerja di Malaysia. Di sini, saya bebas memberi pendapat dan kritikan kepada pegawai atasan. Saya tidak tahu jika budaya kerja sama di negara kita,” kata pegawai bank itu yang sudah 15 tahun menetap di sini.

Sementara itu, SK Yong menyarankan kerajaan melihat pendekatan digunakan Korea Selatan yang memberikan pengecualian cukai kepada profesional asing yang bekerja di negara berkenaan berlandaskan syarat tertentu.
Mereka mengemukakan cadangan berkenaan pada sesi dialog sempena majlis makan malam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Talent Corportion Malaysia (TalentCorp) dihadiri lebih 120 rakyat Malaysia di Hotel Santa Clara Marriot, kelmarin.

Penjelasan mengenai inisiatif itu disampaikan Pengarah Kanan Pelaburan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Phang Ah Tong; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

Adakah majikan anda sama seperti itu?

Sejarah Perusahaan Kasut Bata

Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.
Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.
Penulis masih ingat lagi ketika melalui zaman persekolahan, memiliki kasut berjenama Bata, sudah dianggap sebagai anak orang berada dan pastinya pelajar wanita akan mengerling kepada penulis bukan kerana orangnya tetapi kerana kasut yang dipakai.
Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.
Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.


Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.
Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.
Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.
Beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang cucu Tomas, Thomas G. Bata pada 2001.
Syarikat ini kini beribu pejabat di Lausanne, Switzerland dan beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu,
Bata Eropah bertempat di Lausanne.
Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura.
Bata Amerika Latin bertempat di Mexico City.
Bata Amerika Utara bertempat di Toronto.
Pengasas Bata, Tomas Bata bersama keluarganya. Beliau meninggal pada 1932 kerana kemalangan pesawat.
Monday, May 23, 2011

Siapa pencipta pen dakwat?

Ketika menggunakan pen untuk menulis atau mencatat sesuatu, pernahkah anda terfikir tentang sejarah alat tulis tersebut?
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis alat penulisan telah dicipta sejak beberapa tahun dahulu. John Scheffer merupakan individu terawal yang memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada tahun 1819.
Sehingga pada tahun 1884, pen dakwat pertama telah dicipta oleh seorang jurujual insurans, Lewis Waterman. Menerusi pengenalan itu, Waterman telah mencipta lubang pada penghujung mata pen yang akan berhubung terus dengan dakwat.
Bahagian pengeluaran dakwat pada hujung mata pen pula akan berfungsi mengawal aliran dakwat dari tempat simpanannya.
Terdapat ruang bulat pada pen tersebut yang berperanan menyimpan dan mengeluarkan dakwat untuk menulis.
Menjelan tahun 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian dakwat secara sendiri menerusi penyerap getah mudah lentur
Sunday, May 22, 2011

Giliran Sham Kamikaze Dapat Hidayah

Alhamdulillah terbuka hati beliau utk berubah..semoga kita semua juga beroleh hidayah sepertinya...Amin
 Ya Allah,
Janganlah Kau pesongkan hati kami,
Setelah Kau berikan pentunjuk kepda kami,
Dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
Amin..
 

Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh(Video)

Al-Fatihah kepada semua anak-anak yatim yang menjadi mangsa tanah runtuh.. "Sesungguhnya Allah maha mengetahui hikmah di sebalik kejadian"

Gambar sekitar tragedi tanah runtuh rumah anak yatim Al Taqwa

Tempat: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al Taqwa
Lokasi: Felcra Sg. Semungkis, Bt. 14 Hulu Langat
Tarikh: 21 Mei 2011

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia..
cerdit to

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)