Latest Updates

Pengurus Stesen Tanjong Pagar Sedih Gagal Pertahan Warisan Bangsa

Tepat pada pukul 12 tengah malam ini, Stesen Keretapi Tanjong Pagar di sini akan menghentikan operasinya selepas hampir 80 tahun menjadi jalan penghubung di antara Malaysia dan Singapura.

Bagi Samsul Bahari Sahri, pengurus stesen terbabit selama 15 tahun bermula 1992, penutupan Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang begitu sinonim dengan kehidupannya telah meninggalkan kesan mendalam terhadap jiwanya.

"Saya tidak boleh menghadapinya (penutupan Stesen Tanjong Pagar). Saya sudah tidak boleh menangis lagi, kerana air mata saya sudah kering. Sebahagian daripada jiwa saya kosong dengan penutupan stesen Tanjong Pagar ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di stesen itu pada Khamis.

Walaupun kelihatan ceria dengan senyuman terukir di wajah ketika sibuk melayani permintaan pengunjung yang mahukan tandatangannya sebagai pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir, beliau berkata perasaan dukacita sentiasa menyelubunginya.

Samsul Bahari berkata beliau berasa amat sedih kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar itu merupakan suatu warisan bangsa.

"Saya merasakan suatu kegagalan kerana tidak dapat mempertahankan warisan bangsa Malaysia (di Singapura) iaitu Stesen Keretapi Tanjong Pagar. Saya sedih kerana gagal mempertahankannya," kata beliau.

Namun, katanya keputusan menutup stesen itu adalah hasil rundingan di antara kerajaan kedua-dua negara dan beliau akur dengan keputusan itu serta mematuhi arahan mengenainya.

Beliau berkata tiket bagi perkhidmatan tren terakhir daripada Tanjong Pagar ke Johor Baharu pada pukul 10.30 malam ini sebelum stesen itu ditutup secara rasminya telah habis ditempah oleh pengguna yang tidak mahu melepaskan peluang menaiki tren terakhir itu.

Pengguna terbabit, katanya mahukan tiket yang dicop Stesen Keretapi Tanjong Pagar sebagai kenang-kenangan sempena hari bersejarah itu.

Samsul berkata 80 peratus daripada kira-kira 90 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah pun dipindahkan, dengan hanya segelintir masih bertugas di Tanjong Pagar menjelang hari terakhirnya pada Khamis.

Kumpulan petugas terakhir itu masih berada di Tanjong Pagar bagi menguruskan beberapa bahagian seperti tiket serta fleet dan akan dipindahkan menerusi perkhidmatan tren terakhir ke Johor Baharu pada malam ini, katanya.

Sementara itu, suasana di Stesen Keretapi Tanjong Pagar pada hari terakhir itu sibuk dengan ratusan pengunjung melawat bangunan bersejarah itu dan membeli pelbagai cenderamata sebagai kenangan.

Pengunjung yang terdiri daripada warga Malaysia, Singapura dan asing juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bangunan stesen keretapi itu yang unik dengan reka bentuk seni bina "art-deco" yang mementingkan nilai-nilai kesenian.

Mereka juga mengambil kesempatan mengambil gambar keretapi yang berlepas dan baru tiba di stesen terbabit serta mengabadikan kenangan bersama pekerja KTMB yang bertugas.

Petugas media dari Malaysia, Singapura serta antarabangsa turut kelihatan membuat liputan di stesen keretapi itu.

Petronas Bayar Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri RM594.6 Bilion

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Petronas telah membuat pembayaran RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam nentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum semenjak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lepas.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.

Sehingga Jun 2011 pula, Najib berkata, jumlah sumbangan Petronas kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah sebanyak RM3.0 bilion dan dilaburkan di dalam pelbagai instrumen kewangan.

"Dana ini adalah aktif dan saiz dana KWAN kini berjumlah RM5.43 bilion," katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Nurul Izzah ingin tahu mengenai jumlah sumbangan Petronas kepada KWAN dan kesediaan kerajaan menetapkan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas ke dalam sebuah tabung pendidikan kebangsaan untuk pemberian biasiswa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata KWAN telah ditubuhkan untuk memastikan penggunaan optimum hasil sumber asli negara yang merosot supaya dapat memberikan sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah generasi akan datang.

Pengurusan dan pentadbiran hal ehwal KWAN dipertanggungjawabkan ke atas Bank Negara Malaysia yang memastikan dana KWAN dilaburkan dengan wajar manakala operasi kumpulan wang itu diselia oleh Panel KWAN, katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan tabung pendidikan baharu seperti tabung pendidikan kebangsaan kerana pemberian biasiswa atau pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kerajaan pada masa ini juga telah menyediakan dana bagi tujuan pendidikan negara di bawah agensi tertentu seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. - BERNAMA
__________________

Belanda haram penyembelihan haiwan cara Islam

AMSTERDAM 29 Jun 2011- Parlimen Belanda telah mengundi bersetuju untuk mengharamkan penyembelihan haiwan hari ini, langkah yang ditentang kuat oleh orang Islam dan Yahudi negara itu.

Rang undang-undang yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Haiwan, parti sedemikian yang pertama di Eropah memenangi kerusi dalam Parlimen, menyatakan mereka perlu memastikan haiwan itu tidak sedar diri sebelum disembelih, berbeza dengan cara Islam dan Yahudi yang memerlukan haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Menurut ketua Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme, cara penyembelihan itu memberi kesakitan yang tidak patut kepada haiwan dan ia perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama. - Reuters

Doa bagi yang susah nak tidur

Zaid bin Tsabit Radhiallahu anhu pernah mengadu pada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, penyakit ‘tidak tidur’ mengenai saya.”
Lalu Baginda saw bersabda, katanya:



Ertinya:
“Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku”.
Bercerita Zaid bin Sabit kemudiannya, “saya pun membacanya, lalu Allah Azza wa Jalla menghilangkan penyakit ‘ tidak tidur’ saya itu”
(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Petikan dari:
- Doa & ZikiR Rasulullah SAW (H Furqan Ahmad Ansari – cetakan Jahabersa)

Warga Asing Pertama Yang Menjalani Hukuman Gantung Sampai Mati Di Malaysia

Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.


Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugasmemerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia,Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.

Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal denga perbuatan tersebut.

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.

Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri Tv pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau megatakan tindakan itu adalah kerja orang Gasar.

Rentetan kejadian itu negara Kita dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah bila ada juga ahli Parliment kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, dimana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan Imej Mereka di mata masyarakat antarabangsa.

Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi Renggan, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan belaiu turut memberi amaran yang berbunyi..

“Kita akan Terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di Negara Kita Tidak kira warna Kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia.
Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah.

Wanita kahwin dengan mayat

Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. Akhbar Daily Mail melaporkan, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.

Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai. – Agensi

Penjara Pudu Dalam Kenangan

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri.

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Penjara Pudu telah diterajui oleh beberapa pengarah bermula dari pembukaannya sehinggalah ditutup pada tahun 1996 yang lalu. Antara pengarah yang pernah menerajui Penjara Pudu adalah:

1 R. J. Glazier 1957
2 H. G. Shorters 1958
3 Fitzpatrick 1960
4 Hussein bin Mohd Said 15.10.1968 - 18.10.1976
5 Hamzah bin Mohd Wahi 19.10.1976 - 30.11.1976
6 Omar bin Mohamad Amin 01.12.1976 - 28.02.1981
7 Hj. Abdul Rahman bin Hj. M. Ali 01.03.1981 - 15.04.1988
8 Mohd Nadzri bin Md. Kushairy 16.04.1988 - 31.12.1988
9 Abd Aziz bin Hj Idris 01.01.1989 - 30.12.1991
10 Donald Wee May Keun 01.11.1991 - 15.06.1993
11 Hj Omar bin Hj Mohamed Dan 16.06.1993 - 30.09.1995
12 Mohd Jaafar b. Hj. Yaakob 1.10.1995 - 31.10.1996

20 Amalan Murah Rezeki

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Wow...bil elektrik PM, TPM - RM160,000 sebulan

sekadar hiasan   

Kerajaan diminta memberikan penjelasan berhubung kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat cermat berikutan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Maria Mahmud berkata ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang juga hadir pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan kira mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Remaja 17 Tahun Dari Alor Gajah Menang Cipta Logo Filem Transformer

Ini hasil Ciptaan Beliau  

Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. - BERNAMA

Betul lah Kata Orang





Dalam dunia ni ada 7 org yg mukanya hampir sama.Entah betul ke tidak..tak tau le
 
 
 


Mata Pena Lebih Tajam Daripada Pedang

Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

NONE"(Sasterawan) yang ingin rakam keadaan yang buruk (disiasat) dengan penuh prasangka, itu menyedihkan saya.

"Saya kata kita perlu mempersuci demokrasi bukan untuk keruhkan," katanya yang turut menjelaskan bahawa puisi itu bertujuan untuk memperbaiki sistem sedia ada.

"Saya ingin lahirkan sesuatu yang murni, bukan menghasut," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Tindakan ini sepatutnya menaikkan lagi semangat (golongan sasterawan)," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
SUMBER

Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik

Orang ramai di negara ini yang akan menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini berpeluang merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh PAS, sekiranya berjaya merakamkan gambar-gambar insiden provokasi terbaik yang dilakukan oleh pihak tertentu pada himpunan itu.

Tawaran tersebut dibuat bagi memberikan semangat kepada setiap pihak yang ingin hadir pada himpunan itu agar tidak takut dengan ugutan pelbagai pihak yang berusaha menghalangnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak berkenaan telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta.

Menurut beliau, tindakan tersebut mungkin akan turut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi.

Katanya, bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran oleh pihak-pihak terbabit, aksi-aksi mereka itu amat perlu dirakam untuk dijadikan tontonan semua pihak.

"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, katanya, tetap akan diadakan walaupun cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan yang diadakan oleh rakyat untuk tujuan yang murni.

"Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata.

"Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai himpunan itu yang antara lain dikatakan akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut datangnya dari mereka yang tidak faham tentang demokrasi.

Dalam negara demokrasi, katanya, rakyatnya tidak dihalang dari mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan, apatah lagi setelah sistem pilihanraya di negara kita terbukti tempang sejak sekian lama.

"Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi.

"Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya.

Dakwaan seperti itu, katanya, adalah sebahagian dari usaha menghalang himpunan tersebut diadakan, tetapi Bersih dan rakyat negara ini sudah tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan itu, akibat sudah tidak tertahan dengan tindakan buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat selama ini khususnya dalam pilihanraya.

Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa.

Akibat salah faham, guru ditumbuk bapa murid

Seorang guru yang baharu tiba di sekolah untuk memulakan tugas cedera di pipi kiri selepas ditumbuk seorang lelaki yang sedang menunggu di pagar sekolah itu pagi semalam.

Azidi Abdullah, 44, mendakwa, lelaki tersebut yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang belajar di tahun empat pada sesi persekolahan Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Azidi mendakwa ditumbuk sebanyak dua kali.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, dia tumbuk sekali lagi,” ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan di rumahnya di sini.

Dakwanya lagi, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini pada pukul 10.15 pagi.

Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya salah faham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada Rabu lalu yang menyebabkan murid tersebut tercedera.

SUMBER

Siput Terbesar DiDunia

Siput raksasa Afrika adalah jenis siput terbesar di planet ini, dengan cengkerang membesar sehingga 30 cm dan 15 cm diameter.

Siput asli dari hutan tropika Ghana, Afrika. Siput raksasa Afrika hidup dalam keadaan tropika, tanpa masalah alam. Fakta menunjukkan setiap siput dapat menghasilkan sehingga dua ratus telur per tahun, menyebabkan masalah kepada penduduk setempat yang besar jumlahny.
Siput ini menimbulkan masalah di mana sahaja koloni siput raksasa ada, semua spesies lain dari siput akan musnah. Siput ini juga memakan jenis tanaman dan buah-buahan.
Sebagai informasi informasi, siput-siput ini juga memakan semen dan cat, bangunan. Seperti siput, GAS adalah hermaprodit dan sangat produktif. Hanya sepasang siput boleh berubah mencapai ukuran 8 sehingga 10 milian koloni, dalam waktu 5-7 tahun masa hidup mereka.

Siput ini juga dianggap sebagai parasit, di Afrika, di Dunia Barat. Siput raksasa Afrika adalah haiwan peliharaan yang paling banyak di pasar, kerana kecerdasan mereka dan kemampuan untuk mereproduksi suara. Siput ini menarik kerana besar, licin dan sukar didapati.

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam…


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas

Jangan Cabar

“Jangan cabar kami (pihak berkuasa).” Itu amaran Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos.

Beliau memberi kata dua itu kepada individu atau kumpulan yang cuba menggodam laman web rasmi Perdana Menteri esok iaitu www.pmo.gov.my melalui Youtube, Isnin lalu.

“Jika fikir mereka bijak dalam teknologi maklumat (IT), ada orang lebih bijak dan boleh jejaki anda... lebih baik gunakan kebijaksanaan itu untuk sesuatu berfaedah dan jangan jadikannya satu musibah,” katanya.

Menurutnya, perbuatan cuba menggodam laman web rasmi Perdana Menteri adalah sia-sia berikutan tindakan mereka itu jelas sekali bertentangan dengan undang-undang negara.

Jika didapati bersalah, penggodam boleh didakwa mengikut seksyen 3,4,5,6, Akta Jenayah Komersial 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut kesalahan yang dilakukan.

“Mereka juga akan menyusahkan orang ramai, terutama bagi mereka yang hendak melayari www.pmo.gov.my. Jangan nafikan hak orang lain untuk menggunakan perkhidmatan web berkenaan. “Mungkin, mereka tidak sedar dan kurang tahu kesalahan yang mereka lakukan itu cukup berat.

Jadi, saya nasihatkan janganlah cuba melakukan perkara yang menyusahkan diri sendiri,” katanya. Sebelum ini, kumpulan penggodam, ‘Anonymous’ yang bertanggungjawab menggodam dan menjejaskan laman web kerajaan pada 16 Jun lalu melaungkan amaran kedua untuk melakukan serangan siber kepada laman web Perdana Menteri.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh wartawan Metro Ahad, kumpulan penggodam yang mendakwa mereka sebahagian daripada kumpulan `Anonymous’ dikenal pasti menggunakan identiti, j3dlh40r ketika memuat turun amaran itu dalam rakaman video di Youtube.

‘Anonymous’ adalah sebuah kumpulan yang berpangkalan di luar negara dan pernah dikaitkan dengan pencerobohan laman web Mastercard, Paypal dan laman web beberapa kerajaan di seluruh dunia tahun lalu. Metro Ahad difahamkan serangan penggodam yang dilakukan terhadap laman web kerajaan baru-baru ini mungkin tidak ada kaitan dengan kumpulan terbabit.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh pihak berkuasa, 90 peratus penggodam yang dikenal pasti adalah rakyat tempatan dengan kebanyakannya terdiri daripada pelajar dan penuntut universiti dalam negara. Katanya, kemungkinan kumpulan penggodam terbabit hanya dalam kumpulan yang kecil membabitkan lebih kurang 50 ahli, namun kemampuan mereka menggodam tidak boleh ditolak.

“Jika berasa bijak lolos kerana menggunakan IP luar negara atau menggunakan IP lompat, kami tidak berniat mencabar mereka tetapi ingin memberitahu, pihak berkuasa mempunyai masa dan ruang menjejaki mereka,” katanya.
SUMBER
tangkap ajalah... dan buktikan mmg mereka yg buat...baru org respek.

Sebelah wajah budak lelaki penuh bulu

DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.

An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.

Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya. - Agensi

Perahu firaun Raja Khufu ditemui

Pekerja Mesir mengangkat batu besar dari kawasan perkuburan Raja Khufu, yang merupakan firaun kedua daripada dinasti keempat Kerajaan Purba Mesir bagi membawa keluar perahu milik raja itu yang tertimbus lebih 4,500 tahun lalu di pinggir Kaherah, semalam  
KAHERAH 24 Jun - Ahli arkeologi Mesir dan Jepun semalam mula menggali sebuah perahu milik Raja Khufu, yang tertanam berhampiran piramid Giza lebih dari 4,500 tahun lalu.

Misi yang dikendalikan oleh Universiti Waseda, Jepun; Institut Perahu Solar Jepun dan Kementerian Antikuiti Mesir telah membuat persediaan untuk mengeluarkan perahu tersebut dari lubang yang telah digali sejak dua tahun lalu.

Projek tersebut merupakan satu daripada projek penting dalam bidang arkeologi, kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.

Perahu itu merupakan satu daripada dua perahu milik Raja Khufu atau dikenali sebagai Cheops, pemerintah dinasti keempat yang membina Piramid Terhebat Giza.

Perahu solar yang ditanam bersama Firaun dipercayai mampu membawa mereka kepada kehidupan lain selepas mati.

Perahu pertama yang ditemui pada 1987 dalam sebuah lubang tanah besar yang ditutupi dengan 41 blok batu kapur, yang beratnya 16 tan setiap satu.

Semalam, saintis mengeluarkan kepingan batu yang pertama dan menjangkakan untuk mengeluarkan bahagian perahu yang diperbuat daripada kayu itu untuk menjalani proses baikpulih dan pencantuman semula. - AFP

SUMBER

Tahan gaji sertai perhimpunan

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis.
“Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya.
“Tindakan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang akan meneliti setiap kes terlebih dulu... mereka juga berdepan tindakan polis,” katanya selepas majlis penyampaian cek bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Kumpulan pengacau berkenaan sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan perhimpunan haram terbabit di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu walaupun dinasihat membatalkan hasrat berkenaan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencadangkan perhimpunan haram itu dipindahkan ke Jambatan Pulau Pinang berikutan ia disokong penuh kerajaan negeri berkenaan.

“Saya cabar Datuk Ambiga Sreenevasan memindahkan perhimpunan haram ini ke Jambatan Pulau Pinang dan minta kerajaan negeri itu memberikan kebenaran. Biar kita tengok rakyat negeri itu susah atau tidak, ganggu pelabur asing atau tidak. Ini bermotif politik, sebab itulah ia mahu diadakan di ibu kota untuk eksploitasi semangat rakyat.

“Mengapa tidak diadakan di negeri dikuasai pembangkang... mereka tahu ia akan menyusahkan rakyat di situ dan (menyusahkan) mereka sendiri. Ia bukti perhimpunan itu hanya bermotif politik serta tidak ikhlas,” katanya.

SUMBER

Jet Pejuang GREECE diapungkan

JET Mirage milik tentera Greece berada di dalam dasar Laut Aegean dekat Pulau Samos pada 9 Jun lepas.        
ATHENS - Sebuah jet pejuang tentera Greece, Mirage 2000 diapungkan selepas ia tenggelam kerana terhempas ke dalam Laut Aegean, dekat Pulau Samos pada 9 Jun lalu.

Kerja-kerja untuk menaikkan semula jet tersebut yang berada di dalam dasar laut itu dilakukan oleh sebuah pasukan penyelamat pada Selasa lalu.

Juruterbang dan pembantu juruterbang jet itu selamat selepas mereka keluar dengan menggunakan kerusi anjal.

Jet itu terhempas sehari selepas sebuah jet pejuang F-16 milik tentera Greece terbakar selepas berlepas dari sebuah pangkalan tentera di Saoda. - Agens

152,000 Pelajar Berhadapan Tindakan Dihentikan Pinjaman PTPTN





Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.

"Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat sini Jumaat.

Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini.

Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas.

"Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan," katanya.

Katanya seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta.- BERNAMA

Mesti Mahal Ni Kan???

Agak² berapa upah servis aircon ni..mesti mahal kan service dia
 

Kemalangan Maut Di Lebuhraya PLUS(GAMBAR)

5 terkorban dan beberapa mangsa kelihatan berkeliaran di atas lebuh raya

Antara 2 Darjat

 
Bicara Trio Datuk T: tertuduh didenda RM1,000-RM3,000
KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000 manakala bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan video klip seks awal Mac lalu.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pula didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan dua lagi rakannya itu. - Utusan

Pemandu bas tayang video lucah kena tiga tahun

AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun. 
SUMBER

 

 

Guru terima RM81,805.63

Tempoh kira-kira 20 minit menjadi penyelamat kepada sebuah bank daripada disita selepas pengurusannya berjaya melunaskan tuntutan saman seorang guru berjumlah RM81,805.63, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika seorang peguam, Ummul Habibah Mohd Nasir mewakili guru yang juga plaintif, Mat Saman, 54, berkunjung ke bank itu bersama beberapa anggota polis selepas mendapat perintah writ penyitaan dan penjualan dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa.

Pengurusan bank berkenaan mengambil keputusan melunaskan tuntutan berjumlah RM81,805.63 selepas berunding dan diberi masa kira-kira 20 minit oleh peguam plaintif.

Tuntutan itu termasuk ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM20,000, ganti rugi am berjumlah RM12,000 dan faedah jumlah penghakiman serta kos guaman yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Ummul Habibah ketika ditemui, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan apabila bank berkenaan gagal membayar sejumlah wang tuntutan kepada anak guamnya walaupun sudah diberikan notis pada 31 Mac lalu.

Katanya, Mahkamah Sesyen pada 16 Februari lalu memerintahkan bank itu membayar kepada anak guamnya dalam tuntutan saman berhubung kegagalannya melunaskan baki pinjaman perumahan yang dibuat pada 2004.

“Lepas keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad, kita sudah menghantar notis dan bank diberi masa 14 hari untuk membayar dan sekiranya gagal, tindakan seterusnya akan diambil.

“Bila kita hantar, kami belum dapat tawaran sejumlah duit menyebabkan perintah ini dikeluarkan,” katanya.

Ummul Habibah berkata plaintif memfailkan saman berhubung kegagalan bank berkenaan melunaskan baki pinjaman perumahan plaintif kerana diisytihar bankrap.

Katanya, pinjaman perumahan itu berjumlah lebih RM100,000.
“Plaintif sepanjang tempoh itu tidak mengetahui mengenai statusnya yang bankrap sehingga dimaklumkan oleh bank berkenaan.

“Berikutan itu, bank berkenaan tidak melepaskan baki pinjaman perumahan plaintif berjumlah RM46,000 selain memaklumkan bank terbabit berhak menarik balik semua pinjaman,” katanya.

Negeri Kaya Dengan Minyak Tapi Rakyat Miskin

Gambar sekadar hiasan


Sejumlah 27,902 Ketua Isi Rumah (KIR) atau 49.8 peratus daripada 55,975 yang didaftarkan di dalam sistem e-Kasih tergolong di bawah kategori kumpulan miskin tegar di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

Beliau berkata seramai 55,975 KIR berpendapatan rendah telah didaftarkan di dalam sistem e-Kasih yang termasuk kumpulan mudah miskin membabitkan 23,235 KIR dan keluarga miskin (4,838 KIR), sehingga 11 Jun ini.

KIR mempunyai pendapatan sebanyak RM520 sebulan tergolong di bawah kategori miskin tegar manakala RM830 sebulan dikategorikan miskin, katanya ketika menjawab soalan Violet Yong (DAP-Pending) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis.

"Daripada 27,902 KIR yang tergolong di bawah miskin tegar, sebanyak 13,349 KIR merupakan Iban, 5,601 (Melayu), 2,925 (Orang Ulu), 2,757 (Bidayuh), 1,974 (Melanau) yang merupakan Bumiputera di negeri ini manakala 647 (Cina) dan 622 KIR lain-lain," katanya

Untuk memastikan keberkesanan sistem e-Kasih, Jabu berkata Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah akan bertindak untuk melakukan penyisihan awal kepada senarai permohonan bagi memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dibuat pengesahan.

"Ini dapat memastikan proses penyelarasan bancian di peringkat lapangan dapat dipercepatkan," katanya.

Jabu berkata data e-Kasih akan dikemas kini dengan kemasukan data daripada semua agensi pemberi bantuan dan golongan yang masih belum didaftarkan (di luar e-Kasih) untuk memastikan data dan maklumat golongan berpendapatan rendah dicakupi dan komprehensif.

"Sistem ini masih dalam fasa pembangunan dan pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2012," katanya.

Menjawab soalan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Jabu berkata seramai 18,876 penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR), termasuk projek bina baru sebanyak 10,847 dan baik pulih rumah sebanyak 8,029, di Sarawak.

Beliau berkata sebanyak 1,877 KIR telah menerima bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Mulai penghujung tahun lepas, bantuan peningkatan pendapatan tertumpu kepada program 1Azam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Setakat bulan Mei tahun ini, kerajaan negeri telah melaksanakan 3,426 projek 1AZAM melalui pelbagai agensi pelaksana," katanya.

Bangkai haiwan misteri ditemui

BANGKAI haiwan misteri yang ditemui oleh seorang nelayan di pantai Guangdong, China baru-baru ini.

BEIJING - Satu bangkai haiwan misteri sepanjang 16.76 meter dan seberat 4.5 tan ditemui di tepi sebuah pantai di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang nelayan, Hwang yang berusia 66 tahun menemui bangkai haiwan itu yang sudah reput dan terdapat tali pada badan semasa ia dihanyutkan ombak ke tepi pantai di Guangdong.

Orang ramai mengerumuni pantai itu baru-baru ini untuk melihat haiwan tersebut tanpa menghiraukan bau busuk.

Beberapa orang menyatakan, haiwan itu mungkin ditangkap oleh nelayan lain sebelum ditinggalkan kerana ia terlalu berat untuk dibawa di atas bot.

Identiti haiwan itu sukar dikenal pasti disebabkan ia mengalami proses pereputan. - Agensi

Tiada Usul Kerajaan Beri Percuma

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air '1,000 liter pertama percuma' kerana ia menggalakkan pembaziran.

Timbalannya Noriah binti Kasnon berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri.

"Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis.

Marcus ingin tahu cadangan kerajaan untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna dan pendekatan yang diambil untuk menangani isu kadar Air Tidak Terhasil (NRW).

Noriah berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama dengan operator-operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian air melalui penyambungan haram yang turut menyumbang kepada peningkatan NRW di sesebuah negeri.

Katanya, SPAN juga telah menetapkan supaya setiap operator air mempunyai program penurunan kadar NRW yang sistematik.

"Program tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual dan Indeks Petunjuk Utama (KPI) yang telah ditetapkan agar pengurangan kadar NRW di setiap negeri dapat mencapai sasarannya.

"Komitmen kerajaan ini diteruskan lagi dalam 'Rolling Plan' 1 Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta dan jumlah ini tidak termasuk peruntukan dalaman yang disediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing," katanya.

Beliau menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang telah ditetapkan.

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula


BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.
Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.
Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya.

SUMBER

Macam² Hal Sekarang


Di Tamil Nadu , India - Seorang Petani yang bernama Selvakumar mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seekor anjing betina yang bernama Selvi.Selvakumar berkahwin kerana ingin menamatkan badi penderitaan yang ditanggungnya.

Selvakumar dikatakan telah disumpah oleh roh anjing yang pernah dibunuhnya 15 tahun yang lalu.Mengikut kisahnya Selvakumar telah merejam dua ekor anjing sehingga mati yang diikat pada sebatang pokok.

Selepas membunuh dua anjing itu Selvakumar secara tiba-tiba mendapat kecelakaan iaitu kaki dan tangannya lumpuh,sebelah telinganya pekak dan percakapanya menjadi gagap.Apabila Selvakumar menjumpai doktor pakar dan rawatan yang diterimanya tidak memberi kesan apa-apa.

Akhirnya dia berjumpa dengan ahli Ostrologi bagi menilik nasib malangnya itu dan ahli Ostrologi itu membuat kesimpulan bahawa Selvakumar terkena sumpahan anjing itu.Dan untuk menamatkan sumpahan anjing itu,Selvakumar perlu berkahwin dengan seekor anjing betina.

Hidupan Liar Dirampas Dari Zoo Saleng

Zoo Melaka milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menerima sembilan harimau belang, seekor ostrich dan ular senduk yang dirampas dari Zoo Saleng di Kulai Jaya Johor, Isnin lalu.
Kesemua hidupan liar itu dihantar menggunakan lori dan tiba di sini pada lebih kurang jam 8.30 malam Selasa.
Binatang-binatang ini akan terlebih dahulu dikuarantin sebelum dipindahkan ke kandang kekal di zoo berkenaan.
Penolong Pengarah Zoo Melaka, Norzahirah Anum berkata, pihaknya telahpun bersedia dengan pasukan perubatan veterinar bagi merawat binatang-binatang berkenaan sekiranya perlu.
Ini kerana binatang-binatang itu kini berada dalam keadaan letih akibat ditangkap dan dipindahkan dari Kulai kelmarin.
Katanya, harimau belang yang dibawa ke sini termasuklah beberapa ekor anaknya.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa Perhilitan Isnin lalu di Zoo Saleng, lebih 60 ekor binatang telah dirampas kerana zoo berkenaan tidak mematuhi peraturan-peraturan tertentu serta kebenaran yang diperlukan daripada Perhilitan.
Sebelum serbuan itu dilakukan, akhbar The Star telah mendedahkan situasi di zoo berkenaan yang daif dan tidak sesuai untuk memelihara hidupan liar.

Status Tian Chua Diputuskan Minggu Depan

Parlimen akan memutuskan status Anggota Parlimen Batu Tian Chua minggu depan, selepas meneliti semua aspek termasuk keputusan mahkamah dalam kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Parlimen juga secara rasmi berhubung dengan penasihat undang-undang negara untuk memberi pandangan kepada kita tentang apa yang perlu kita buat, dan pada minggu depan saya akan buat perintah terhadap perkara ini," katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Terdahulu, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menggesa Dewan Rakyat memutuskan dengan segera status Tian Chua, yang didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes berhampiran Bangunan Parlimen pada 2007.

Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha, yang menolak rayuan Tian Chua berhubung sabitan itu, meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang Anggota Parlimen hilang kelayakan selepas disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.

Mari pindah ke kelantan

Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui oleh isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaakob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

"Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, pada Selasa.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya.

Beliau berkata pada 2002 sahaja lebih 1,000 pasangan telah mendaftarkan perkahwinan berikutnya di Kelantan.

"Yang tidak daftar mungkin ramai dan ini yang kita tidak mahu kerana ia boleh mengundang masalah," katanya.

Wan Ubaidah berkata kerajaan Kelantan tidak menyekat poligami kerana ia sebahagian daripada Islam tetapi dengan syarat suami itu perlu adil.

"Kita tidak menyokong yang kahwin cerai dan perlu adil dalam setiap perkahwinan itu," katanya.

Katanya adalah lebih baik mereka yang berkahwin lebih itu memilih armalah (janda) sebagai pasangan hidup kerana di Kelantan sahaja terdapat 25,000 para janda yang berumur bawah 60 tahun dan masih boleh dijadikan isteri.

Persidangan itu kemudiannya turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias yang akan bersara wajib pada 26 Jun ini.

Dewan kemudiannya meluluskan Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2011) Tahun 2011 dan persidangan kemudiannya ditangguhkan kepada satu tarikh lain.

Apesal Widget

Link Exchange

Rakan Blogger