Sunday, July 31, 2011

Artik tiada ais menjelang 2030

Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiadalagi ais 30 tahun lagi.

Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada
2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis. Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

“Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin
menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

“Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik
menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,” kata Serreze. Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad
secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ‘keadaan yang membimbangkan’ bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais
besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan
berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an,lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang. Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters,
berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik. “Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah
berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,”katanya.

Sukar terima alasan kekalahan Malaysia

UALA LUMPUR - Kenyataan bahawa kekalahan Malaysia kepada Singapura pada Kelayakan Piala Dunia Khamis lalu sebagai tidak membimbangkan, sukar untuk diterima oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, alasan bahawa sasaran sebenar Harimau Malaya ialah pada Piala Asia 2015, tidak wajar,

Ini kerana, kata Annuar Kelayakan Piala Dunia adalah kejohanan paling penting bagi semua negara yang menganggotai badan bola sepak dunia FIFA, kerana ia menjadi kayu ukur kemampuan sesebuah negara.

"Saya bukan bercakap untuk kita menang Piala Dunia, tetapi sejauh mana kita mampu mara kerana kita telah mencuba 11 kali untuk melayakkan diri ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.

"Namun sehingga kini kita masih gagal, jadi kita tidak boleh rasa puas hati.

''Kita kena terima hakikat dan jangan takut untuk menyatakan prestasi skuad kebangsaan belum matang sepenuhnya tambahan kita sukar hendak mencapai kemenangan di tempat lawan.

"Kelayakan Piala Asia masih jauh dan jangan jadikan Kelayakan Piala Asia 2015 dijadikan keutamaan sebagai alasan kegagalan kita melepasi halangan Singapura tempoh hari," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia tersingkir pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia apabila tewas 4-6 secara agregat kepada Singapura, setelah seri 1-1 pada pertembungan kedua Khamis lalu.

Mengulas kehampaan tersebut, Annuar berkata, kegagalan tidak seharusnya dipikul oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal sahaja, tetapi ia menjadi tanggungjawab FAM juga.

"FAM juga perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengaturkan persediaan pasukan sebelum menghadapi sesuatu kejohanan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar bersetuju dengan pandangan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa pemain skuad kebangsaan ketika ini harus dikekalkan.

"Mereka semua masih muda, itu kelebihan yang saya nampak pada pasukan ini.

"Saya yakin dengan pendedahan banyak lagi perlawanan, pasukan ini mampu mara jauh, " katanya.

Mengenai Rajagobal, beliau berkata, segala keputusan hanya akan terjawab pada mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan yang akan dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai kedudukan Rajagobal kerana ia perlu diperbincangkan oleh semua exco sebelum kita membuat apa-apa keputusan.

"Tarikh mesyuarat belum diputuskan lagi, jadi saya tidak boleh ulas lanjut perkara ini," katanya.

p/s ;FAM juga perlu bertanggungjawab.. Sejak  1984 sampai sekarang  orang tu juga yang menerajui FAM. Rangking FIFA makin menurun. Terkini Malaysia no.146 turun dari 144, cuma atas sikit dari Bangladesh 147. Singapura dah 131..jangan campur kan politik dengan bola sepak

Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.
Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.

SUMBER

Selamat Berpuasa



Doa berbuka Puasa
Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Lawatan percuma zoo bagi rakyat lahir pada 1961

Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

Ismail berkata Zoo Negara telah menyusun 15 program pendidikan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan keluarga, antaranya ialah Negara Haiwan, Zoologi Muda (sekolah rendah dan menengah) dan Senior Zoologi (Pelajar Universiti) serta program pengembaraan dalam zoo.

"Sejak program itu dilaksanakan, lebih 100,000 pelajar sekolah dan universiti telah menyertai semua program yang dijalankan di Zoo Negara," katanya.

Katanya peruntukan kerajaan lebih RM8 juta yang diterima tahun lepas berjaya membangunkan penempatan baru bagi haiwan di Zoo Negara seperti gajah, cimpanzi dan babun serta pembesaran kompleks beruang.

Selain itu, beliau berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.

"Kanak-kanak umpama peguam bela untuk memelihara haiwan dari pupus pada masa depan, dengan itu, mereka adalah kumpulan sasaran utama kami," katanya.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail telah menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM250,000 bagi projek penambahbaikan Zoo Negara.

SUMBER

Kecoh hidangan sotong menari-kejam betul

Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi

Saturday, July 30, 2011

Motosikal paling panjang di dunia

COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.
Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi
Friday, July 29, 2011

Hot dog paling mahal di dunia

BROCKTON, Amerika Syarikat - Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. - Agensi.
Thursday, July 28, 2011

Permata Perlu Peruntukan Lebih Banyak Untuk Berkembang, Kata Rosmah

Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

"Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar," katanya Khamis.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.

"Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini," katanya.

Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.

PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.

Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.

"Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar," katanya.

Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar.

"Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi.

"Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak," katanya.

p/s: masih rendah berbanding negara jiran..haaa..

Kapal selam China menyelam 5,057 meter

Sebuah kapal selam China menyelam sedalam 5,057 meter dari aras laut untuk mencatat rekod selaman paling dalam pernah dilakukan kapal selam dari negara berkenaan.

Pegawai-pegawai China enggan mendedahkan lokasi sebenar lokasi selaman kapal selam itu yang dikenali sebagai Jiaolong.

Namun, ujian selaman tersebut dipercayai dilakukan di timur laut Lautan Pasifik kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Jiaolong yang berupaya mencapai kedalaman 7,000 meter, membawa tiga orang menuruni dasar lautan sedalam sekitar 5,057 meter semasa ujian selaman itu.

Kejayaan ujian selaman itu membayangkan bahawa kapal selam tersebut mampu sampai lebih 70 peratus ke dasar laut planet Bumi.

Keupayaan teknikal China mencapai kemajuan besar sejak beberapa dekad lalu yang dibuktikan dengan menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2003.

Seramai 12 lelaki pernah menjejak kaki ke bulan dan 500 lagi berada di angkasa lepas tetapi setakat ini, cuma dua individu iaitu Jacques Piccard dan Don Walsh berjaya sampai ke kawasan lautan paling dalam di dunia yang dikenali sebagai Challenger Deep di Pasifik Barat pada 23 Januari 1960.

Pengarah filem sains fiksyen Avatar, James Cameron merancang untuk menuruti jejak dua penjelajah itu untuk penggambaran sekuel filem tersebut. - Agensi
Wednesday, July 27, 2011

Adik & Al-Quran dihentikan siaran

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.
SUMBER

p/s:agak menyedihkan bila program yang banyak memberi manfaat kpd umat Islam spt ini dihentikan..harap TV9 gantikan dgn rancangan mari berjudi pulak...ada branii

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Pada Hari Ahad

Bernama melaporkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan hari permulaan
puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang hari Ahad ini, 31 Julai 2011
bersamaan 29 Syaaban 1432 hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
tempat-tempat begi melihat anak bulan ialah di Pontian kecil di Johor,Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
Tanjung Bidara(Melaka), Telik kemang(Negeri Sembilan),Bukit Melawati(Selangor),Pulau Angsa(Selangor,
Bukit jugra(Selangor), Balai Cerap Selangor,Sabak Bernam (Selangor), Pantai Pasir Panjang(Perak),
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh(pulau pinang),kampung Pulau Sayak,Kuala Muda Kedah,
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi(Kedah), Menara Alor Setar(Kedah).

Lokasi lain pula terdiri daripada Tanjung Lubang(Miri, Sarawak), Teluk bandung(Kuching,Sarawak),
tanjung Batu(Bintulu,Sarawak), Balai Cerap Al-Biruni(Putatan,Sabah),
Bukit Tanjung Batu,Nenasi(pahang), Gunung Berincang, Cameron highlands(Pahang), Bukit Pelindong,
Kuantan(Pahang), Menara Universiti Malaysia Sabah(Labuan), Menara Kuala Lumpur,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai baru, Simpang Empat(Perlis).

Majlis Raja-Raja memperstujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah
berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada pada malam itu juga.

Sumber-Bernama

Budak lelaki ada 34 jari pecah rekod

Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi

SUMBER
Monday, July 25, 2011

Terseksa lihat anak meronta

“Saya terseksa tengok anak-anak meronta kesakitan apabila jururawat mencuci luka mereka.” Begitulah rintihan seorang ibu, Ruhasimah Julaili, 33, yang tidak sanggup melihat derita kedua-dua anaknya, Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, dan Syafiq Haikal, 13, ketika jururawat membuang kulit mati serta mencuci luka akibat kecederaan akibat disimbah asid Selasa lalu. Cerita beliau, adakalanya dia terpaksa mengalihkan pandangan kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang mengerang kesakitan setiap kali proses membersih luka tersebut.

“Shafiq Aiman, meronta-ronta sehingga kakinya terangkat menahan kesakitan dan melarang tindakan jururawat membersihkan kulitnya. “Kesakitan yang dialami mereka sukar saya gambarkan, sehinggakan Syafiq Haikal demam selepas selesai mencuci luka pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ruhasimah memberitahu, doktor pakar bedah plastik akan membuat pemeriksaan terhadap status kecederaan kulit yang dialami oleh kedua-dua anaknya pada Selasa ini sebelum menentukan sama ada mereka perlu menjalani pembedahan plastik atau tidak.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu dijangka berada di HKL sekurang-kurangnya dua minggu lagi. “Para doktor sedang mengenal pasti jenis cecair digunakan suspek yang menyebabkan kawasan kulit yang terkena simbahan itu bertukar serta-merta menjadi hitam. “Khabarnya pihak polis Maran telah membawa suspek ke rumah di Jengka 9 mengambil bekas cecair yang digunakannya ketika menyimbah anak saya itu,” katanya.

Ruhasimah kemudiannya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada suspek yang menyimbah asid ke muka dan tubuh kedua-dua anaknya sehingga mereka kini merana.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin ketika ditemui berkata, suspek dalam lingkungan usia 30-an kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah (KK) yang membawa kecederaan parah. Katanya, pihak polis kini sedang menunggu laporan hospital mengenai status kesihatan mental suspek. Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, kedua-dua mangsa telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.


SUMBER
Sunday, July 24, 2011

15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.

Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.

“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.

“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.

“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.

“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.

Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.

“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.

“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.

Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.

“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.

Bantah projek manusia beruk

MEWUJUDKAN beruk berciri manusia mendapat bantahan saintis di Britain.
Saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood Planet of The Apes.
Dalam satu laporan, saintis berkenaan memberi amaran penyelidikan yang sedang dilakukan sekarang hampir melanggar etika dalam cubaan untuk menyatukan ciri manusia dengan haiwan.

Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu berkata, masyarakat perlu sedar penyelidikan yang mencampurkan adukan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.

‘Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama ini sebelum ia benar-benar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail.

Akademi Saintis Perubatan United Kingdom menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampur adukan gen manusia dalam tisu haiwan.

Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakan membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia.
Haiwan makmal ini digunakan untuk mewujudkan ubat baru bagi penyakit seperti kanser dan Alzheimer atau untuk mengkaji fungsi gen tertentu.

Penyelidik juga didapati mewujudkan haiwan berciri manusia dengan memasukkan sel tunjang manusia ke dalam embrio haiwan.

Haiwan digelar ‘chimeras’ ini adalah untuk mengkaji penyakit seperti strok, hepatitis dan kanser.

Laporan saintis itu tidak mempersoalkan penyelidikan seumpama itu, namun mereka berkata, jika tidak dikawal, lambat laun kegiatan itu akan mewujudkan haiwan yang memiliki ciri manusia yang tidak boleh diterima masyarakat.

Laporan itu mendesak Kementerian Dalam Negeri memantau penyelidikan berkenaan dan mengharamkan uji kaji yang membabitkan suntikan sel tunjang manusia ke dalam otak beruk bagi mendapatkan haiwan yang mempunyai kelakuan seperti manusia.

Pengharaman penyelidikan sedemikian dapat menghalang usaha mewujudkan beruk yang mempunyai daya ingatan dan pertuturan seperti manusia.

Seorang lagi penulis bersama laporan itu, Profesor Thomas Baldwin berkata: “Kami bimbang jika sejumlah besar sel otak manusia disuntik dalam otak beruk ia boleh memberi haiwan itu keupayaan yang selama ini hanya dimiliki manusia seperti pertuturan atau kebolehan untuk memanipulasi.” – Agensi

SUMBER
Saturday, July 23, 2011

Kotak rokok imej lebih ngeri

Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.

Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

Peguam 'Scorpene' ditahan, dijangka diusir pulang

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

SUMBER

Makhluk ganjil ditangkap di China

Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi
Wednesday, July 20, 2011

Penarik Beca Dilatih Bawa Atlet Untuk Sukan SEA Indonesia

Bagi memastikan temasya Sukan SEA ke-26 bebas pengangkutan menggunakan minyak, bandar raya Palembang, Sumatera Selatan akan melatih 3,000 penarik beca untuk membawa atlet dan pegawai dari perkampungan atlet ke venue pertandingan.

Timbalan Pengarah Kedua Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia Mudai Madang berkata setakat ini jawatankuasa itu telah melatih 300 orang.

"Kami melatih mereka dengan kemahiran melayan tetamu. Mereka kemudian akan membawa atlet dari asrama ke tempat pertandingan," katanya lapor Jakarta Post pada Selasa.

Langkah itu katanya, bagi membantu orang miskin selain memastikan Bandar Raya Sukan Jakabaring, iaitu kompleks sukan di mana temasya itu berlangsung, bebas daripada pengangkutan berenjin menggunakan minyak.

Bagaimanapun kata Mudai, jawatankuasa itu belum menentukan kadar bayaran kerana mereka masih menunggu jumlah peruntukan sebenar yang disediakan kerajaan pusat.

"Yang pasti bayaran lebih tinggi daripada pendapatan harian mereka," katanya.

Indonesia menganjurkan temasya itu yang bermula dari 11 hingga 25 November ini di dua venue iaitu Jakarta dan Palembang.

Kereta terbang jadi realiti

LONDON 18 Julai - Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.

Kereta terbang dua tempat duduk Terrafugia Transition yang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.

Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.

Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.

Ketika dalam mode kereta, kenderaan masa depan itu boleh dipandu pada kelajuan maksimum 104 kilometer sejam dan ia boleh disimpan di dalam garaj sama seperti model kereta lain.

"Ia tidak ubah seperti apa yang digambarkan dalam filem Transformer," kata pengasasnya, Carl Dietrich.

Walaupun kenderaan itu pada mulanya disasarkan kepada pelanggan di AS, lebih 20 rakyat Britain telah menyatakan minat mereka untuk membeli kereta terbang bebas karbon tersebut.


 Pengeluaran kenderaan itu bakal menjadi kenyataan selepas Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS baru-baru ini mengumumkan pengecualian untuk membenarkan ia berada di jalan-jalan AS.

Lembaga Penerbangan Sivil mengesahkan, pengumuman itu akan memudahkan lagi Terrafugia Transition menerima pengesahan oleh Agensi Keselamatan Eropah yang beribu pejabat di Cologne.

Dua prototaip kenderaan itu hampir siap sepenuhnya dan beberapa perubahan akan dilakukan sebelum ia mula dikilangkan tahun depan. - Agensi

SUMBER
Tuesday, July 19, 2011

Mahkamah tolak permohonan Ashraf

Permohonan seorang lelaki untuk menukar statusnya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, tidak menepati empat faktor yang menyokong permohonan berkenaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, empat faktor tersebut adalah kromosom, kewujudan alat kelamin wanita, kewujudan organ dalaman wanita serta memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita.

Bagaimanapun katanya, Mohd. Ashraf Hafiz hanya memiliki satu daripada empat faktor itu iaitu fizikal dan psikologi seorang wanita sekali gus menyukarkan mahkamah untuk menerima permohonan tersebut.

''Lagipun, mengikut undang-undang negara ini, tiada peruntukan yang membenarkan mana-mana pemohon untuk tukar atau ubah status gender seks mereka dalam dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,'' katanya.

Mohd. Ashraf Hafiz yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz itu bagaimanapun tidak hadir, sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya, Horley Isaacs.

Dia membuat permohonan itu pada 25 Mei lalu selepas melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Hakim Mohd. Yazid berkata, beliau juga bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bahawa permohonan tersebut tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

Selain itu, menurut beliau, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd. Ashraf Hafiz, dan tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding.

Sementara itu, Isaacs ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah buat masa ini.

''Berkenaan rayuan pula, terpulanglah kepada anak guam saya sama ada hendak buat (rayuan) atau tidak selepas ini,'' ujar beliau.

Memetik laporan akhbar pada 25 Mei lalu, Mohd. Ashraf Hafiz berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran memandangkan dia lebih cenderung untuk menjadi seorang wanita sejak kecil.

Pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu dikatakan turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian

16 Kubur Tidak Menghadap Kiblat Dipindahkan

Kerja-kerja menggali semula dan memindahkan 16 buah kubur penganut Islam yang tidak dikebumikan mengikut arah kiblat di sebuah tanah lot berhampiran Bukit Kiara sejak 30 tahun lalu berjalan lancar dengan pengawasan ketat pihak polis.
Tinjauan Mynewshub.my ke tempat tersebut mendapati usaha-usaha pemindahan ke tanah perkuburan Bukit Kiara 2 hari ini dilakukan dengan begitu berhati-hati bagi menepati keperluan syarak.
Difahamkan, selain tidak mengikut arah kiblat, tanah itu merupakan tanah rizab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP pada Isnin lalu, memperoleh kebenaran untuk memindahkan kubur-kubur terbabit.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonan tersebut.
Abdul Walid seterusnya memerintahkan agar pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kerjasama bagi memastikan proses pemindahan kubur berkenaan berjalan mengikut hukum syarak dan mematuhi prosedur.
Permohonan untuk memindahkan tanah kubur tersebut dibuat secara ex-parte (sebelah pihak) oleh MAIWP pada 6 Julai lalu menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong..... Baca Lagi

Arab Saudi haram penggunaan iPhone


Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan perintah mengharamkan penggunaan alat iPhone dan Galaxy Tab, sejenis komputer tangan di semua agensi keselamatan. Larangan yang berkuat kuasa kelmarin sudah dilaksanakan kerana peralatan ini mudah digunakan untuk menggodam dan digunakan untuk pelanggaran keselamatan, lapor akhbar harian berbahasa Arab, lapor Assharq Alawsat yang dipetik akhbar Saudi Gazette. Atas sebab itu, dua peralatan itu disifatkan oleh pakar keselamatan sebagai mengancam rahsia peribadi termasuk terhadap pertubuhan keselamatan.

Oleh itu, sesiapa yang mahu melawat agensi keselamatan Arab Saudi tidak boleh membawa masuk peralatan itu jika mahu mengunjungi kawasan terbabit.

“Setiap pertubuhan patut memiliki kriteria sendiri untuk menetapkan peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa serta mestilah sejajar dengan keperluan keselamatannya,” kata sumber yang memiliki kepakaran dalam teknologi maklumat (IT).

Sumber itu juga menambah, pertubuhan keselamatan perlu memutuskan risiko alat seperti itu kepada keselamatan mereka.
Arab Saudi bukanlah negara pertama yang mengharamkan penggunaan peralatan itu di dalam bangunan keselamatan kerana Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah melakukan perkara sama termasuk larangan peralatan mudah alih seperti kad menyimpan data.

Peralatan perkhidmatan iPhone dilancarkan di Arab Saudi pada Februari 2009. Ciri-ciri terbaru yang kreatif menggunakan teknik pelbagai jenis video di mana dwi kamera boleh secara automatik boleh merakam penemuduga dan pihak yang diwawancara secara langsung.

Alat iPhone terbaru mempunyai sekurang-kurang dua kamera menghala arah bertentangan, masing-masing mampu menerima aliran video secara serentak. – Agensi

E-Disiplin Akan Diperluas Ke Semua Sekolah Secara Berperingkat

Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilancarkan hari ini untuk mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian, akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata melalui e-Disiplin iaitu aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web, guru disiplin akan melapor salah laku pelajar secara dalam talian.

Ini sekaligus memudahkan kementerian mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan selanjutnya dan akan dilaksanakan sebagai program pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-10, pada tahun ini, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin serta pelancaran e-Disiplin, di sini pada Isnin.

Sejak 2009 sehingga kini, e-disiplin hanya dilaksanakan di 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara yang mendapat maklum balas positif daripada guru-guru kerana mencatatkan penurunan masalah disiplin murid yang begitu signifikan, katanya.

Ia dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk membantu usaha kementerian memantapkan pengurusan disiplin murid.

"Kita seru supaya pihak sekolah sentiasa mengisi maklumat dengan jujur. Kita akan lihat juga mana sekolah yang rekodnya nampak mungkin kita akan tanya soalan atau kita hantar pasukan ke sekolah itu (untuk menyiasat), katanya kadang-kadang sekolah tidak lapor tetapi ada masyarakat yang laporkan (kes disiplin), katanya.

Mengenai tindakan yang akan diambil kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan banyak kes salah laku pelajar, Abd Ghafar berkata kementerian akan turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sekolah itu supaya ia dapat diatasi segera selain mengadakan kursus motivasi untuk pelajar.

Sementara itu beliau berkata sumbangan komputer riba itu adalah usaha kementerian dan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid untuk memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah Felda dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun.

Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.

Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu.

“Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu  diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.

Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis
menyuraikan orang awam.

Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.

Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam.

Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.

Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri.

"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi  belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis  cuba pula buat siasatan lain.

"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.

Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri.

“ Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.

" Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi.

SUMBER
Monday, July 18, 2011

Sistem Pengangkutan Rel Atasi Kesesakan Lalu Lintas Di Melaka

Sekadar hiasan
ALOR GAJAH, 18 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di bandaraya Melaka melalui sistem pengangkutan rel.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pihaknya mengenalpasti kemasukan terlalu banyak kenderaan persendirian telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di bandaraya Melaka.

"Perkara yang akan kita (SPAD) lihat ialah minat kerajaan Melaka untuk mengadakan sistem pengangkutan trem yang dirancang dibangunkan melalui projek pengswastaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran sambutan Bulan Patriotisme Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi di Masjid Tanah dekat sini Isnin.

Syed Hamid, yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi berkata perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi juga perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan pelancong dan penduduk Melaka menggunakannya untuk memasuki bandaraya tersebut.

"Saya datang ke Melaka tengok kesesakan jalan raya memang teruk, untuk melawat kawasan-kawasan pelancongan kena mengambil masa lama kerana terlalu banyak kereta yang menyebabkan kesesakan," katanya.

Melaka menerima lebih 10 juta pelancong pada tahun lepas dan pada tahun ini menyasarkan 11 juta.

Beliau berkata pembangunan sistem pengangkutan rel bandar itu mengambil pengalaman kerajaan United Kingdom membangunkan sistem tersebut di negara itu.

Baru-baru ini, SPAD dan kerajaan United Kingdom menandatangani perjanjian yang berobjektif mempercepatkan pembangunan rel di kawasan bandar di Malaysia, seperti projek My Rapid Transit (MRT).

BN rasa kerajaannya terancam

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.
http://www.malaysiakini.com/news/170210

Pemungut madu lebah cedera parah jatuh pokok

Gambar sekadar hiasan
Seorang pemungut madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari pokok yang dipanjatnya untuk mengambil madu di Kampung Kelubi, Tok Fakir, Merchang di sini petang semalam.

Mangsa Khairul Mat Tahir, 24, dari Kampung Pasir Puteh, Merchang, cedera parah di bahagian pinggang setelah terjatuh pada ketinggian 35 kaki dari pokok yang dipanjatnya kira-kira pukul 1 petang semalam.

"Mangsa dikatakan ingin mengambil madu lebah yang bersarang di atas pokok akasia magium setinggi 40 kaki.

"Bagaimanapun difahamkan beliau kehabisan tenaga ketika sampai di ketinggian 35 kaki, lalu jatuh mengelongsor mengikut batang pokok berkenaan," kata Pengerusi Koperasi Madu Lebah Terengganu Bhd (Kopemat) Ibrahim Ismail kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pasukan Bomba dan Penyelamat yang dihuhungi mengambil masa yang agak lama untuk sampai di tempat kejadian kerana tidak dapat mengesan lokasi mangsa jatuh.

Manakala rakannya tidak berani keluar meminta pertolongan kerana bimbangkan mangsa bersendirian di kawasan itu.

Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan.

Sementara itu Ibrahim menasihatkan pemungut madu lebah lebih mengutamakan keselamatan.

"Kita harap pemungut madu lebah lebih berhati-hati ketika memanjat pokok yang tinggi.

"Kalau boleh mereka hendaklah menggunakan alat GPS iaitu alat mengesan lokasi supaya senang dikesan oleh pihak keselamatan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Katanya ketika ini kawasan berkenaan menjadi tarikan lebah untuk bersarang kerana terdapat bunga-bunga akasia mangium serta bunga pokok-pokok gelang tumbuh meliar di kawasan berkenaan. Bernama

SUMBER
Sunday, July 17, 2011

Sambutan Kemerdekaan Serentak Hari Malaysia Pada 16 Sept

Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.

"Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.

Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka.

Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.

"Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini," katanya.

Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang.

Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.

Pintu batu tinggalan Firaun dikesan

 
GIZA - Ahli arkeologi Mesir dan Perancis menggali pintu batu berusia 2,700 tahun milik Shabaka iaitu Raja era Nubian ketika menggali berhampiran kuil Karnak di Luxor. Pintu batu itu yang didapati ‘berada dalam keadaan baik,’ menjadi petunjuk menghala ke bilik yang menyimpan khazanah raja, kata Kementerian Antikuiti. “Ia adalah kali pertama artifak lama milik dinasti ke-25 ditemui dalam keadaan agak baik dan tidak dimusnahkan oleh pemerintah dinasti ke-26,” kata Mansur Boraik, ketua Pusat Penyelidikan Mesir-Perancis di Kuil Karnak.

Pintu batu besar itu memapar ukiran warna warni menggambarkan Raja Shabaka menawarkan dewi kebenaran, Maat, kepada tuhan Amun Raa, iaitu ketua dewa.

“Petugas bagi misi Mesir-Perancis berjaya membuat penemuan penting dari dinasti ke-18 hingga 25,” kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.

Misi itu juga menemui dan menggali sebuah dinding besi mengelilingi kuil Ptah, ketua tuhan bandar Memphis. Kuilnya dibina di tapak kuil terdahulu era ‘Middle Kingdom’ dan dipulihkan oleh Shabaka.
“Penemuan itu menunjukkan kuil Karnak masih menyimpan banyak rahsia untuk didedahkan dan ia akan mengambil masa beberapa puluh tahun akan datang,” kata seorang penyelidik pusat itu, Dominique Valbelle dipetik dalam satu kenyataan kementerian.

Shabaka adalah seorang Firaun Kush pada dinasti ke-25 Mesir antara 721 Sebelum Masihi (SM) atau 716 SM sehingga 702 SM. – Agensi

Saya nak tumbuk Anwar

Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.
"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

p/s:kesian mokcik ni..haaa²...tapi bila masa pulak kenduri pun boleh jadi perniagaan...Kahwinkan anak untuk dapat duit balik ke..atau macam mana?..fikirkan
Berbaliklah semua kepada ajaran Islam...Islam mewajibkan kita buat walimatul urus tetapi mengikut kemampuan...kalau makcik mampu nak buat kenduri 45K...teruskan lah....apa pulak cakap rugi...orang tak datang..maksudnya makanan tak habis...apa tak disedekahkan kepada tetamu yang hadir...apa yang rugi nya...

Kepala Gadis Tersepit pada Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.

Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.

Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.
Saturday, July 16, 2011

Ayam ganjil berkaki empat




SAMPANG (Indonesia)- Aneh tapi benar. Seekor ayam mempunyai dua pasang kaki dan dua dubur.

Ayam itu dimiliki oleh H Mohamad Sohib, 43 yang tinggal di Jalan Syamsul Arifin di Kampung Polagan dalam daerah Kota Sampang
Sejak berita tentang ayam itu tersebar luas, penduduk kampung malah orang ramai dari wilayah lain, datang berpusu-pusu untuk melihat sendiri ayam milik Mohamad itu.

“Sebelum telur menetas, saya pernah bermimpi bertemu dengan ular naga,” kata Mohamad.

Keesokan paginya antara 10 telur ayamnya, dua saja yang menetas.

Mohamad terperanjat melihat anak ayam tersebut mempunyai dua pasang kaki dan dua kemaluan.

“Ayam ini akan membuang najis menggunakan dua duburnya secara bergilir-gilir.”

Mohamad berkata dia berat hati hendak menjual ayamnya yang sekarang berusia lima bulan.

“Saya hanya akan menjual ayam ini sekiranya ada orang yang menawarkan mahu membeli dengan harga Rp50 juta (RM18,000).”

sumber:

Ni Baru 1 Malaysia

SEBELUM ini MiLo SuaM telah mendedahkan banyak penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR. Terlalu banyak penyelewengan yang berlaku sehingga tak cukup tangan untuk didedahkan. Bagaimana pun, ReJaM© akan cuba mendedahkan satu persatu secara perlahan-lahan.

Kali ini ReJaM© ingin mendedahkan satu lagi penipuan yang berjaya dikesan. Sebuah rumah yang terletak di alamat Nombor 26 JLN 14/20 Jalan Semangat, Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan dikesan melalui sistem daftar pengundi SPR sebagai memiliki 16 pengundi berdaftar pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu.

Berikut nombor-nombor kad pengenalan mereka:

730211065002, 730422085898, 730814105544, 631109107583, 610117106334, 620112085721, 620130045002, 571211105005, 580715106401, 590409086042, 470930105244, 471225055151, 480510075172, 390407085023, 410908085211, 430416105130.

Anda boleh mengesahkan maklumat ini dengan cara menyemak sendiri semua nombor-nombor kad pengenalan tertera di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [Daftar Pemilih].

Kerana penipuan dan penyelewengan seperti inilah kita rakyat Malaysia turun berhimpun secara aman melalui Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari. Kami mahu penipuan dan penyelewengan seperti ini dihapuskan, kami mahu pilihanraya yang bersih dan adil!

 
 
 
CREDIT TO : http://milosuam.blogspot.com/

Apple bayar ganti rugi kepada pengguna

Gergasi teknologi telefon pintar Amerika Syarikat (AS), Apple berkata, mereka telah membuat bayaran pampasan pertama di Korea Selatan berhubung ciri-ciri iPhone keluarannya yang boleh menjejaki lokasi penggunanya.

Apple Korea mengesahkan mereka telah membayar pampasan berjumlah 1 juta won (RM2,900) kepada seorang pengguna, Kim Hyung-Suk sebagai mematuhi perintah mahkamah di selatan bandar Changwon.

Kim, 36, seorang peguam mengemukakan tuntutan itu di mahkamah pada 26 April lalu.

Menurutnya, telefon pintar yang merakam lokasinya itu melanggar hak peribadinya dan kebebasan yang dilindungi oleh perlembagaan dan telah menyebabkan beliau menghadapi tekanan psikologi.

Kim memohon sebanyak 1 juta won dan mahkamah memerintahkan Apple supaya membayar jumlah itu kerana melanggar privasinya.

Pegawai perhubungan awam Apple Korea, Cho Yoon-Ju berkata, mereka telah membayar pampasan itu kepada Kim pada akhir Jun lalu.

Pembayaran tersebut dijangka mendorong ramai lagi membuat tuntutan di mahkamah memandangkan pengguna Korea Selatan mempunyai seramai tiga juta pengguna iPhone. - AFP

Disambar petir ketika guna telefon bimbit

ZZAN Nuqry Muhamad yang cedera parah akibat disambar petir dibawa ke Hospital Umum Sarawak 
KUCHING 15 Julai - Kelekaan seorang remaja berbual menerusi telefon bimbit ketika cuaca buruk di kawasan terbuka mengundang padah apabila dia disambar petir petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Izzan Nuqry Muhamad Yaakub, 18, pengsan di tempat kejadian dengan kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk tangan dan telinga kiri.

Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang membersihkan dinding di luar surau Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di sini sambil menjawab panggilan telefon menggunakan alat bebas tangan.

"Sebaik sahaja petir menyambar, Izzan Nuqry terus rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang rakan yang melihat kejadian itu bergegas membawanya ke HUS (Hospital Umum Sarawak)," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat yang disertai dengan petir sejak pukul 5 petang.

Keadaan remaja itu kini dilaporkan stabil walaupun masih berada dalam keadaan terkejut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_15.htm

Ambil dadah ketika cikgu mengajar

Ketika guru sedang sibuk mengajar, seorang pelajar lelaki dengan selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pelajar tingkatan dua itu akhirnya ‘kantoi’ apabila guru terbabit dapat mengesan sikap peliknya yang ketika itu sedang khayal dalam kelas itu.


Hasil pemeriksaan, guru itu menjumpai beberapa biji pil khayal jenis Nospan di dalam beg sekolah pelajar terbabit sebelum memaklumkan kepada pengurusan sekolah yang melaporkannya kepada polis. Jurucakap polis ketika dihubungi, berkata, pelajar itu dipercayai mendapatkan bekalan pil khayal itu daripada beberapa pengedar yang bergiat cergas di bandar ini.

“Siasatan mendapati guru terbabit menemui beberapa biji pil khayal jenis Nospan dalam beg sekolah pelajar itu, yang dikatakan antara pelajar bermasalah dan sering mengambil pil khayal ketika dalam kelas.


“Sejurus menerima laporan itu, anggota polis bergegas ke sekolah itu dan membawa pelajar itu untuk menjalani ujian air kencing,” katanya.


Beliau berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian air kencing.


“Difahamkan, pil khayal itu dijual dengan harga antara RM1 hingga RM2 sebiji sehingga menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah,” katanya.

sumber

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) JPJ (1) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kaki ayam (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) sambung bayar (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)