Sunday, August 28, 2011

Manusia terpendek di dunia Ingin panjat Menara Berkembar Petronas

"Saya mahu 'tawan' menara tertinggi di sini (Menara Berkembar Petronas)."

Demikian kata bekas manusia terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang akan berada di beberapa lokasi di negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011 sehingga 1 September depan.

Khagendra, 19, yang tiba di ibu negara pagi semalam berkata, peluang melawat Menara Berkembar Petronas yang sering diceritakan rakan-rakannya sebelum ini pastinya tidak dilepaskan kali ini, tambahan pula hasratnya sebelum ini tidak kesampaian apabila terpaksa membatalkan lawatannya ke negara ini pada tahun lepas.

"Saya memang sukakan tempat dan bangunan yang tinggi meskipun saya pendek.

"Malah, jika ikutkan hati, Gunung Everest di negara saya juga saya mahu tawan namun kesihatan saya kurang mengizinkan," katanya pada sidang akhbar sempena Tahun Melawat Nepal 2011 di sini semalam.

Turut hadir ialah Duta Besar Nepal ke Malaysia, Dr. Rishi Raj Adhakari dan bapanya, Rup Bahadur.

Dilahirkan pada 14 Oktober 1992, Khagendra yang hanya setinggi 0.67 meter merupakan manusia terpendek di dunia yang diiktiraf Guinness Bookof Records sejak 14 Oktober 2010 sebelum rekod itu diambil alih oleh Jun Rey Balawing, 18, seorang lelaki warga Filipina yang hanya setinggi 0.59 meter pada 12 Jun lalu.

Khagendra bersama artis-artis tempatan Nepal dijadualkan berada di empat lokasi berasingan di seluruh negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011.

Asyik main gajet lupa hari raya

Generasi muda sekarang dilihat lebih cenderung bermain gajet seperti iPad dan PlayStation daripada melayan tetamu yang berkunjung di rumah sempena Aidilfitri hingga dikhuatiri menjejaskan hubungan persaudaraan serta semangat lebaran. Ada anak muda sanggup berkurung dalam bilik sambil bertemankan gajet, melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman sosial daripada bermesra dengan sanak saudara dan kenalan, malah ada yang tidak mengenali saudara sendiri.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohamad Rafiee, berkata biarpun ramai menganggap perlakuan anak muda itu sebagai sesuatu yang lumrah dan mengikut peredaran zaman, namun ia boleh menjejaskan budaya Melayu.

“Semua itu berkait rapat dengan keupayaan institusi kekeluargaan, bagaimana mereka mempertahan dan mengekalkan budaya yang sudah lama kita pertahankan ini.

“Jangan kerana kedatangan teknologi, kita menutup sebelah mata. Akhirnya akan terhakis budaya ini dan perlu diingat budaya yang ada adalah lambang sesuatu bangsa,” katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam.

Maliki turut mengulas sikap golongan muda yang tidak mesra dengan saudara mara, malah segelintir daripada mereka tidak mengenali saudara sendiri.
Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung akan menyebabkan ikatan persaudaraan yang terjalin menjadi longgar lalu timbul pelbagai masalah seperti isu pembahagian harta pusaka dan pengurangan aset orang Melayu.

Maliki berkata, golongan muda kini juga lebih selesa hidup dalam lingkungan keluarga yang kecil dan apabila memasuki lingkungan keluarga besar, mereka berasa tidak selesa lalu menyisihkan diri.

Selamat Hari Raya

Terimalah kad raya yg tak cun ini.Buat rakan² sekalian sebagai tanda ingatan dan memohon ampun dan maaf sekiranya ada silap dan salah

Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal
Minal Aidin Wal Faidzin Taqabalallahu minnaa wa minkum

Faith makes all things possible.
Hope makes all things work.
Love makes all things beautiful.
May you have all of the three.
Happy Iedul Fitri.


Makan banyak tetapi berat 38kg

Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.

Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun.

Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.

"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.

Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.

Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi
Saturday, August 27, 2011

Puduraya dikenali sebagai Pudu Sentral

Terminal Bas Puduraya di sini yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, penukaran nama terminal bas itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya, selepas beliau tweet setelah bersahur awal pagi tadi bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.
 ”Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu di sini hari ini “Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi, kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral,” katanya.
 Terminal Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan ubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambil kira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang. - Bernama

Jamal Abdillah derma beras satu TRELER

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.

Syarat baharu ke sekolah berasrama penuh

Kementerian Pelajaran menggubal syarat baharu kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, syarat baharu itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

SUMBER

Kucing duduk di atas pokok kaktus

 
Seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus setinggi 15.24 meter selepas ia menyelamatkan diri daripada seekor singa yang lapar di Gurun Sonoran, Arizona, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing tersebut berada di atas pokok berduri itu selama enam jam sebelum ia turun tanpa mengalami sebarang luka setelah singa tiada di sekitar kawasan pokok berkenaan.

Insiden melucukan tersebut berlaku pada pokok kaktus gergasi Saguaro yang berusia 300 tahun dan mempunyai duri sepanjang 5.08 sentimeter.

Gambar kucing di atas pokok kaktus itu dirakamkan oleh Curt Fonger, 69. Dia merakamkan gambar tersebut pada pukul 7 pagi selepas diberitahu oleh kawannya bahawa terdapat seekor kucing yang dikejar oleh seekor singa. - Agens
Friday, August 26, 2011

Harga Daging Murah Semasa 'Mantai Perdana' Di Negeri Sembilan Esok Dan Ahad

Program Mantai Perdana peringkat Negeri Sembilan akan diadakan pada 9 malam esok dan 7 pagi Ahad ini di bekas tapak Kem Paroi di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Yunus Rahmat berkata semasa program itu daging lembu, kambing, kerbau dan rusa akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan itu turut menyediakan gerai menjual ayam daging dan ayam telur serta burung puyuh pada harga istimewa.

Mantai Perdana kali ini disertai beberapa syarikat dan individu yang merupakan usahawan ternak dan pengusaha industri asas tani yang beroperasi di Negeri Sembilan.

Yunus berkata jumlah ternakan dan produk yang akan dijual ialah lembu sebanyak 100 ekor, kerbau (20 ekor), kambing (50 ekor), rusa (40 ekor), ayam daging (2,000 ekor), ayam kampung (1,000 ekor), ayam telur (2,000 ekor), puyuh (2,000 ekor) dan itik (200 ekor).

Penemuan 'Kuching Merah' Di Hutan Sarawak Tarik Perhatian Dunia

 
Kehadiran 'Kucing Merah', seekor spesies kucing yang amat jarang ditemui di dunia baru-baru ini di kawasan konsesi pembalakan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Anap, di tengah-tengah negeri Sarawak, telah menarik perhatian peminat hidupan liar dari seluruh dunia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Datuk Len Talif Salleh hari ini berkata imej Kucing Merah atau nama saintifiknya 'Catopuma Badia' berjaya dirakamkan oleh seorang pelajar Sarawak yang melakukan penyelidikan dari University Kyoto.

Katanya rakaman itu dibuat di dua lokasi di kawasan konsesi pembalakan FMU Anap di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

"Kemunculan ini, dalam kawasan seluas lebih 110,000 hektar, telah menandakan rekod sebaran, kira-kira 120km dari tempat kali terakhir penemuan dirakamkan pada 2005," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya kawasan pembalakan itu diuruskan oleh Zedtes Sdn Bhd di bawah peraturan pengurusan ketat pengurangan kesan pembalakan selaras dengan amalan pengurusan hutan lestari.

Sebelum ini, kehadiran Kucing Merah dirakamkan oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Pulong Tau, Miri, 120 km dari selatan sempadan Indonesia dan 200km utara FMU Anap, katanya.

Spesies Kucing Merah itu merupakan haiwan terlindung di Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 manakala empat daripada lima spesies kuching hutan Borneo itu direkodkan di kawasan FMU Anap.

Khasiat peluk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Murtabak Maggi Makin Popular Di Kuala Terengganu

 
Sekalipun baru diperkenalkan, "murtabak maggi" semakin popular dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Dek kerana kelainan rasa, ramai yang ingin mencuba juadah ini ciptaan Wan Ahmad Rodhi Wan Muhamad, 21, terutama pada bulan puasa ini.

"Biarpun ia sesuatu yang baru, sambutan amat menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat," kata Wan Ahmad Rodhi yang kini dapat menjual sehingga 200 keping sehari berbanding 60 keping pada minggu pertama bulan puasa di Bazar Ramadan Shahbandar di sini.

Beliau berkata murtabak maggi menggunakan bahan asas mee segera, isi ketam, telur, kubis, lobak merah dan bawang.

WanAhmad Rodhi berkata keistimewaan murtabak itu adalah pada sambal daging dan isi ketam, dan lebih lazat dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Sekeping murtabak maggi berharga antara RM3 dan RM3.50.

Seorang pelanggan yang ditemui, Mohamed Fairus Nizam Mohd Zaid, 30, berkata: "Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Ini kerana ia mengandungi isi ketam serta mee segera."

Kawasan Speed Trap

ni maklumat yang diforward kepada saya melalui email.
Tak pasti betul atau tidak.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Selamat Balik Kg...Berhati-hati di jalan raya
Thursday, August 25, 2011

Kiub Ais Punca Keracunan Pelajar Maut Selepas Nikmati Juadah Buka Puasa

Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ujian dilakukan ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai di Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

"Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan. Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan," katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini Khamis.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Liow menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom keracunan makanan.

"Jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keracunan makanan. Kita mempunyai pakar dan kalau mendapatkan rawatan awal, kita boleh selamatkan," katanya.

Larangan Membekal, Menjual Seven Colour Crystal Ball

Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta membuat pelupusan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan, katanya.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi menggunakan SCCB supaya kes kanak-kanak tertelan barangan itu pada masa akan datang tidak berulang.

Ismail Sabri berkata selain Malaysia, Poland dan Itali turut melarang pembekalan dan penjualan SCCB sejak tahun lepas, manakala Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-

Terima Kad Raya Maya Dr Rakan Blogger

Sahabatku...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah,
ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,
maafkan aku dan luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah daku dengan kalungan doa,
Berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya.
Salam kemerdekaan dan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. 

Terima Kasih Teman

Fama Lancar Kempen Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan kempen 'Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa' selepas sambutan Adilfitri ini bagi menangani masalah bekalan kelapa setiap kali musim perayaan.

Pengerusinya Datuk Badruddin Amiruldin berkata Fama yakin jika kempen itu berjalan dengan baik, negara boleh mengurangkan import kelapa pada masa akan datang.

"Bukannya susah pun nak tanam pokok kelapa, hanya perlu letak sahaja di atas tanah dan ia akan tumbuh sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas PraSyawal peringkat negeri Kedah, di sini Rabu.

Badruddin berkata demikian ketika mengulas krisis bekalan kelapa yang dihadapi negara baru-baru ini sehingga memaksa kerajaan mengimport enam juta biji kelapa bagi menampung permintaan yang tinggi menjelang Syawal.

Dalam perkembangan lain, Badruddin berkata pihaknya telah menghantar dua pegawai Fama ke setiap pasar tani di seluruh negara bagi memantau harga barang.

"Walaupun harga barang di semua pasar tani adalah lebih rendah iaitu 5 hingga 20 peratus berbanding yang dijual di tempat lain, tetapi kita tetap memantau kerana kita tidak mahu ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Beliau berkata peniaga yang tidak patuh arahan itu boleh dikenakan tindakan tegas oleh Fama. - BERNAMA
Wednesday, August 24, 2011

Pelajar 9A SPM kecewa tak dapat masuk IPTA

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Amirah Farveen Basheer Ahamad, 18, tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila gagal mendapat tempat bagi melanjutkan pengajian di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), baru-baru ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Ideal Heights, Bukit Idaman, Batu Caves, itu memperoleh 9A dalam mata pelajaran utama, antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia dan Biologi, tetapi entah di mana silapnya, namanya tercicir untuk ke IPTA mahupun Kolej Matrikulasi.
“Tiga hari saya tidak makan dan keluar bilik, ketika rakan lain mengadakan majlis sambutan kerana berjaya melangkah ke menara gading, saya hanya mampu meratapi nasib di bilik kerana terlalu sedih dan kecewa,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.
Bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran, Amirah turut aktif dalam kokurikulum termasuk menyertai program citra warna peringkat kebangsaan, menjuarai pertandingan pidato sekolah dan memperoleh anugerah pengawas berdedikasi, tahun lalu.

“Saya membuat permohonan seperti biasa secara dalam talian (online) sebelum memperoleh keputusan SPM lagi, tetapi nama saya tiada dalam senarai ke IPTA, rakan yang memperoleh keputusan lebih rendah daripada saya, berjaya mendapat tempat di IPTA. Saya kemudian membuat permohonan e-rayuan, tetapi gagal.

Walaupun berdepan dugaan itu, hasrat Amirah untuk menjadi seorang doktor tidak dibiarkan musnah begitu saja apabila dia mendaftar di Kolej Universiti Mahsa, Pusat Bandar Damansara, bagi mengikuti program Sains Asasi selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan, namun berdepan

SUMBER

Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’

Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun jelas Mufti Perak (gambar) ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

themalaysianinsider

Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.

Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Tarikh-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.

Tahun 1982 - Pembinaan bermula.

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.
Kerja-kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang mengambil masa empat tahun
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian.

Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina.

Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an.

Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi.

Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.

Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.

Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.
Tun Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985.

4 isteri, jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Tuesday, August 23, 2011

Beli al-Quran hanya yang berpelekat hologram, dilulus KDN

Umat Islam dinasihatkan hanya membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor, berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lalu yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.
"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu.

Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.

Sehingga kini Abd Aziz berkata, sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram terjual.
Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau. - BERNAMA

SUMBER

MULIANYA Hati Gadis INI.


Lihat anak bulan Syawal 29 Ogos

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah. Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA

Umur 4 tahun dah kena saman

Hahaha... ada ke patut.. moto pun 4 tayar..

Fadly Hisham penerima pertama 'MY Proton Makeover'

Fadly Hisham Roplay (kiri) dan ahli keluarganya di samping kereta Proton Saga yang akan menjalani kerja-kerja membaik pulih di bawah program 'MY Proton Makeover'.
Fadly Hisham Roplay, 33 menjadi penerima pertama program 'MY Proton Makeover' selepas beliau setia dengan Proton Saga yang dibeli tahun 1992.

Berikutan dengan kesetiaannya itu, Proton Saga yang dibelinya 19 tahun lepas akan menjalani kerja-kerja pembaikpulih di bawah unit R3 iaitu bahagian permotoran sukan Proton.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kisah Fadly Hisham begitu memberi kesan di dalam hidupnya apatah lagi Proton Saga yang dibelinya itu turut menjadi sebahagian daripada kisahnya itu.

''Peraduan My Proton Makeover dilancarkan Julai lalu yang merupakan sebahagian daripada ganjaran kepada pemilik Proton yang begitu komited dan setia dengan jenama kami sejak 26 tahun lalu,'' katanya dalam kenyataan di sini.

Kesetiaan Fadly Hisham yang bekerja sebagai juruteknik amat berbaloi selepas membeli Proton Saga sejak tahun 1999 yang kini masih berfungsi dengan baik dan keretanya kini sedang menjalani kerja-kerja membaikpulih keseluruhan selama empat minggu di bawah seliaan R3 secara percuma.

Fadly Hisham berkata, walaupun pernah ditawarkan bayaran pendahuluan oleh bapa mertuanya untuk membeli kereta baru, beliau telah menolak kerana begitu sayang terhadap keretanya.

Beliau berkata, banyak kenangan manis bersama kereta itu antaranya kereta itu dijadikan pengangkutan untuk meminang isterinya, pernah disaman dan ditunda oleh polis trafik kerana kesalahan meletak kenderaan.

Berikutan sayangnya terhadap Proton Saga itu, beliau sanggup berhabisan ribuan ringgit demi memastikan kereta itu dijaga dan disenggara dengan baik. - Utusan

Sorok mercun, bunga api seludup dalam enjin kereta

Taktik menyembunyikan mercun dan bunga api dalam enjin kereta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar apabila empat lelaki dan seorang wanita ditahan hari ini ketika cuba menyeludup barang larangan tersebut.

Mereka ditahan antara pukul 9.30 malam tadi hingga 6.15 pagi ini oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah di Km 1.3, Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam-Changlun.

Menurut Komandernya, Mohd. Jasri Othman, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mercun dan bunga api pelbagai jenis tersebut yang bernilai RM911.25 disorokkan dalam enjin kenderaan masing-masing.

Katanya, ia dipercayai dibawa dari negara jiran untuk dijual di negara ini sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Dua lelaki termasuk seorang warga Thai dan seorang wanita juga dari negara jiran itu berusia antara 30 hingga lingkungan 40-an ditahan dalam operasi malam tadi.

“Sementara dua orang lelaki tempatan ditahan pukul 6.15 pagi ini malah tindakan mereka agak berani dan berbahaya apabila sanggup menyorok bahan tersebut dalam enjin keretanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut merampas lima buah kenderaan pelbagai jenis milik mereka untuk siasatan lanjut

Inilah Pemegang Kunci Kaabah

jabatan itu diberikan langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu. Setelah menghancurkan semua berhala dalam Ka’bah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Ka’bah kepada Usman bin Taha dan Shaibah, sepupu Usman. “Kunci ini akan tetap Anda pegang hingga hari kiamat,” kata Nabi. Saat ini, kunci Ka;bah itu dipegang oleh keturunan Shaibah, yakni Syekh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi (gambar) .

Ia bertanggung jawab untuk membuka dan menutup pintu Ka;bah serta mencuci bangunan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim itu. “Kunci-kunci ini harus dipegang oleh anggota tertua keluarga, jadi bisa saja ke sepupu saya,” kata Syekh Abdul Qadir.

Ia mengatakan Ka’bah dimandikan dua kali saban tahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Sya’abn. Acara ini biasanya dihadiri oleh raja Arab Saudi atau Emir Makkah Pangeran Khalid al-Faisal, dan para pejabat senior.

Syekah Abdul Qadir mengatakan lantai Ka’bah dari granit berwarna putih dan sebagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas, perhiasan, dan pintu Tobat. Pintu ini terbuat dari emas dan menuju kea tap Ka’bah.

Ia mengungkapkan di dalam Ka’bah terdapat sebuah ubin berwarna gelap yang meruipakan tempat Nabi Muhammad meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat pula sejumlah lampu dari zaman Kekaisaran Ottoman terbuat dari tembaga, perak, dan gelas berhiaskan ayat-ayat Al-Quran.

Syekh Abdul Qadir menjelaskan kain penutup Ka’bah (Kiswah) awalnya dibuat di Mesir. Namun setelah kerajaan Arab Saudi berdiri, raja pertama Abdul Aziz membuat pabrik yang memproduksi Kiswah.

Ia menyebutkan tempat tinggal pemegang kunci Ka’bah tadinya di Gunung Safa, dekat Masjid al-Haram. Namun setelah dibongkar akibat proyek perluasan masjid, kediaman Syekh Abdul Qadir dipindah ke kawasan Aziziyah, letaknya lebih jauh dari Ka’bah.

Ia berharap pemerintah memberikan rumah yang jaraknya dekat dengan Ka’bah. “Tahun ini saya menyewa sebuah kamar hotel agar bisa dekat ke Ka’bah. Kami biasa tinggal dekat Ka’bah dan tidak ingin jauh,” ujarnya/tempo/addin
Monday, August 22, 2011

Pengguna PLUSMiles, Touch n Go nikmati rebat tol ketika Aidilfitri

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.
"Pada 1 dan 2 September pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Oktober hingga 31 Disember ini.

"Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima," katanya.

Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.
"Langkah itu juga diambil untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan dan menggalakkan mereka bergerak di luar waktu puncak kerana rebat diberikan sepanjang hari," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. - BERNAMA

SUMBER

Rekod baharu dunia hula hoop

SERAMAI 2,496 orang memecah rekod dunia bermain dengan gelung plastik di Taipei, Taiwan
Seramai 2,496 orang berhimpun di sini kelmarin untuk memecahkan rekod dunia bermain gelung plastik atau lebih dikenali sebagai hula hoop.

Orang ramai menggoyangkan gelung plastik masing-masing selama tiga minit di pinggang mereka untuk dicatatkan dalam rekod Guinness World of Record.

Rekod sebelum ini menampilkan penyertaan 2,290 orang pada tahun 2000 yang diadakan di bandar Kaohsiung.

Acara itu dianjurkan oleh syarikat makanan kesihatan untuk meraikan seratus tahun penubuhan Republik China selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan banyak senaman. - Agensi

Kolam renang paling padat di dunia

Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.

Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.

Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat. – Agensi

Ditikam lapan kali, namun masih hidup

RMAN Shah dibawa ke hospital HTJ Seremban selepas ditemui masih hidup selepas ditikam di hutan berhampiran jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, semalam. 

KUALA PILAH 21 Ogos - Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang.

Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini.

Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai.

"Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) Zoo Melaka (1)