Friday, September 30, 2011

Adakah password cukup kuat ?


Sejak kebelakangan ini dua blog rakan blogger cikgu, cha dan khairul telah 

digodam.Di sini cikgu ingin berkongsi tips yg tak seberapa ni bagi memastikan 

kata laluan kita cukup selamat..

Beringat sebelum kena..kalau nak kena jugak nak buat macam mana

Tahukah anda bahawa....

1. Kata laluan 6 digit dengan kombinasi 'lower case' perlukan hanya 10 minit untuk digodam

2. Kata laluan 6 digit dengan kombinasi 'upper case' perlukan 10 jam untuk digodam

3. Kata laluan 6 digit dengan kombinasi nombor atau simbol perlukan 18 hari untuk digodam

4. Kata laluan 9 digit dengan kombinasi nombor atau simbol perlukan 44,530 tahun untuk digodam

Semak kekuatan kata laluan anda di SINI
Thursday, September 29, 2011

Kebaikan makan pisang

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
SUMBER
Wednesday, September 28, 2011

Kuala Lumpur Tahun 70-an

letupan di Empire USJ

 
Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.

Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.
Tuesday, September 27, 2011

Pengorbanan seorang ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
Monday, September 26, 2011

Utusan laknat buat hal lagi!

KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI
Apa nak jadi ni ,Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Mana perginya PERKOSA...  para mufti... NGO Melayu/Islam..para ulama... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam? 

kalau menghina keluarga polis British , ramai sungguh yang prihatin,siap buat laporan polis lagi.ada yang siap masuk mahkamah lagi...tapi bila hukum Allah dihina,tidak ada siapa peduli.

Tragedi di atas jambatan


Seorang lelaki berwajah garang sedang menaiki motor Harleynya, ketika dlm perjlnan dia terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.Ia menghentikan motornya dan bertanya : "Apa yang sedang kamu lakukan?"
Gadis itu menjawab : "Saya ingin bunuh diri..."
Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata: "Kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yang terakhir."
Si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir, si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata: "Mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini."
Dengan sedih si gadis menjawab : "Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww


Sunday, September 25, 2011

Wanita berambut afro terbesar dunia

AEVIN DUGAS mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambutnya
Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. 

Cikgu nampak lain yg besar....wakakaka

Makin ramai suami didera isteri

Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.

Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.

Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.

Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).

“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.

“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ma...isteri/Article

Ganas betul bini² sekarang nie
Saturday, September 24, 2011

Hari Tanpa Kereta Sedunia

SEJUMLAH penduduk bermain di atas hamparan rumput di atas sebatang jalan raya di Vienna, Austria.
VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.

Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.

Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.

Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011

Kami Bertiga Tidur Bersama

Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu. Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.
Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.

Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.

Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.

Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Macm ni pun ado

Kanak-kanak ada kuasa magnet

BELGRADE - Kehebatan dua kanak-kanak telah menarik perhatian orang ramai kerana mereka mempunyai kuasa magnet apabila beberapa sudu dan garpu melekat di badan masing-masing.

David Petrovic, berusia empat tahun dan sepupunya, Luka Lukic, berusia enam tahun menunjukkan keistimewaan mereka dengan melekatkan logam pada badan masing-masing.

Ibu Petrovic, Sanja memberitahu, dia mula mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh anaknya itu pada bulan lalu.

"Saya meminta Petrovic mengambil sudu untuk menyuap makanan kepada adiknya. Kemudian dia menjerit sambil memberitahu, ibu ia melekat.

"Saya melihat beberapa sudu dan garpu melekat di badannya," katanya.

Takut dengan keadaan itu, Sanja, 26, yang tinggal di bandar Gornki Milanovac memanggil kakaknya dan mendapati anak saudaranya iaitu Lukic turut mempunyai kelebihan yang sama. - Agensi

SUMBER
Tuesday, September 20, 2011

Luahan Hati Seorang Guru

Lebih kurang gini la :
yang masuk ke sekolah kita ni murid² yang keputusan UPSRnya 1- 2A je
yang cemerlang,5A semuanya berangkat ke MRSM,SBP,Rancangan Khas..tinggallah baki murid yg ada tu kat sekolah kita
Bermulalah tugas kita untuk mendidik dan mengasuh murid ini untuk mengadapi PMR pulak..dh tu Kita  penat² mengasuh dan mendidik dari Tingkatan 1, bila dapat keputusan PMR yang baik,
maka berangkatlah pelajar² ini meninggalkan sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 ke MRSM,Sekolah Teknik....

dan tinggallah pelajar² yang sedang²saja kat sekolah kita..
Macam mana sekolah kita nak dapat result bagus waktu SPM..
Nak kena asuh balik waktu form 4..

Sekolah² yang murid² pandai ni pegi, sedap² jek dapat nama.... "dpt anugerah dan imbuhan lagi..tp tak pe..kita redha aje lah

tapi yg tak sedapnya
sekolah dipersalahkan sebab keputusan pelajar tak memberansangkan sewaktu SPM..
tapi hakikat, budak2 pandai waktu PMR kat sekolah tu semua dah pegi ke sekolah lain yang lebih baik...
SBP,MRSM,Teknik, dll....
Friday, September 16, 2011

Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika 


Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil 


gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.

Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.

Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang 



kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi

Tiada adab pakai baju gambar manusia ketika solat

Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.

Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.

"Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

"Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.

Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

"Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya.

- Bernama

Sambil Menyelam Minum Air

Air Kolam Renang Sukan Sea Boleh Di minum...???

Atlet acara akuatik di Palembang pasti dapat menghilangkan dahaga dengan percuma selepas air kolam bagi acara terjun dan renang di Sukan Sea pada Nov ini didakwa bersih dan boleh terus diminum.

Ketua Agensi Kerja Raya Sumatera Selatan, Rizal Abdullah dipetik akhbar Republika sebagai berkata, kolam renang di Kompleks Sukan Jakabaring yang kini di peringkat akhir penyiapannya, akan diisi dengan air yang boleh diminum hasil keluaran Perusahaan Air Minum Jakabaring.

“Kapasiti air bersih tersebut cukup banyak bukan sahaja untuk mengisi kolam renang bersaiz antarabangsa bagi temasya tersebut, tetapi juga mampu menampung keperluan air bersih bagi perumahan sekitar,” katanya.

Sebelum ini, konsultan pembangunan kolam renang tersebut, Lukman Niode berkata kolam itu boleh diisi air dari pelbagai sumber lain kerana venue tersebut mempunyai alat pembersih air secara automatik.

Katanya lagi, air kolam renang tersebut akan hanya diisi sekali bagi acara akuatik dan pembersih automatik akan membersihkan air tersebut di sepanjang temasya Sukan Sea berlangsung.

Indonesia akan menganjurkan Sukan Sea ke-26 di 2 venue utama iaitu Jakarta da Palembang dari 11 hingga 22 Nov ini. - Bernama.
Thursday, September 15, 2011

Inikah Erti Kemerdekaan?

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal 
 malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara

Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Agak menyedihkan apabila ramai anak muda tidak tahu dan tidak dididik untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan.

 
 
Adakah kita berbangga apabila anak² menyambut kemerdekaan dgn cara begini.Melanggar peraturan jalan raya, sedangkan jiwa mereka kosong


Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.

Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

 
 EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.

Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.

Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.

Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.

Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.

Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi
Wednesday, September 14, 2011

2 Pelajar Antara Yang Ditahan

Dua Pelajar Tingkatan5 Antara Lapan Suspek Kes Samun Restoran Mamak Shah Alam Ditahan
SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) -- Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.

Beliau berkata kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.

Dalam perkembangan lain, Tun Hisan berkata polis menahan tiga lelaki pada 8 Sept lepas yang merupakan di antara sembilan suspek dalam kes samun bersenjata sebuah gudang beras di Taman Perindustrian Rawang sehari sebelumnya.

Suspek pertama ditahan di sebuah premis di Sungai Buloh dan dua lagi ditahan di kawasan perumahan di Sungai Buloh pada hari yang sama.

Hasil siasatan awal, polis menemui semula tiga lori bersama sebahagian muatan beras yang dilarikan suspek-suspek yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori di sebuah kawasan di Sungai Buloh pada hari yang sama, katanya.

Beliau berkata sejumlah 54 kampit beras daripada pelbagai jenama turut ditemui semula yang merupakan sebahagian daripada beras yang disamun bernilai RM220,000.

Beliau berkata polis juga sedang mencari seorang daripada enam suspek yang masih bebas dikenali sebagai K.Nalluu, 24, dari Selayang bagi membantu kes itu.

Ketiga-tiga suspek berumur antara 25 dan 30 tahun kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Tuesday, September 13, 2011

PDRM bakal guna Prototaip MPV Toyota Camry Interceptor 2.4

MPV Camry Interceptor 2.4 Bantu Perangi Jenayah : PDRM dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sdn Bhd telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry kepada Unit MPV PDRM yang berlangsung di Bukit Aman siang tadi. Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini. Berita penuh di www.rmp.gov.my
Monday, September 12, 2011

Masihkah Kau Ingat?

Apabila membaca entri rakan blogger Touya pasal permainan kampung..tiba² pulak cikgu teringat semula permainan yang menjadi kegilaan cikgu dan rakan² suatu masa dahulu.Masa tu mana ada hiburan lain selain TV..tu pun tumpang tgk rumah jiran yg agak kaya sikit..hitam putih je tu..tak ada PC.PS3,laptop bagai.Memang nostalgia beb.Bukan mcm bebudak skrg melompat depan PC je..sampaikan anak buah dan sepupu cikgu yg baru tadika pun dh ada facebook jugak..Agak² eh Si Manis dng Puteri penah main ke permainan ni..Malas nak taip panjang²..tengok je le gambau² ni..Ada lg gambau ni lain kali uplaod lagi
Senapang Kayu..pelurunya terung pipit
Baling tin
Baling Selipar
Mainan Tutup Botol
Patung kertas..budak pompuan suka ni
tempat cikgu panggil teng²
apa ni..lompat getah kot..zero point
konda-kondi
Galah panjang
ni tah apa nama eh

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) Zoo Melaka (1)