Monday, October 31, 2011

Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari

BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina
LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.
Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.
Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).
Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.
Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP
Sunday, October 30, 2011

Tuah Hai-O untuk NS,Terimakasih Sharbinee !!!!!


Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam.

Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59).
Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.

Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81).

Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.

den dah kobar. ekau tak cayo

pialo malaysia kita punyo!

HOBEN JANG HOBEN
Saturday, October 29, 2011

Terengganu jadi pilihan, NS mantap


Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.

Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.

Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.

Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.

Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.

Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.

“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.

“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.


“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.
Friday, October 28, 2011

RIP Marco Simoncelli-Gambar Selepas Kejadian

Mungkin cikgu agak ketinggalan untuk menulis entri mengenai Marco Simoncelli.Memang beliau merupakan pelumba yang cikgu minati.Beliau seorang pelumba yang baik.Cikgu minat gaya tunggangan beliau,gayanya yang sempoi,seorang yang berani dan sanggup ambil risiko untuk menang.Sebenarnya sebelum ini dah banyak kali beliau terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan(boleh carik kat youtube).Hilangnya seorang pelumba yang berbakat dlm area MotoGP..hilangnya seorang pelumba yg hebat.



Thursday, October 27, 2011

Cara Mengesan Keylogger Dalam PC Kita

1. Buka cmd
2. Taip “netstat” dan tekan enter

3. Tengok ip address yg bawah sekali..sebagai  contohnya  202.71.110.88
4. Salin dan letak di notepad jangan save.

5. Tutup dan buka semula cmd dan ulang langkah kedua.
6. Lihat ip address di bawah berubah tak ? kalau berubah bermakna ada keylogger yang terinstall di PC    anda.
7. Cara hapuskan download software di SINI


1.Macam mana nak buka cmd ???


Tekan button yang ada logo windows + button R

lepas tu terus taip cmd



Thanks to SilentHackers
Wednesday, October 26, 2011

KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH

aduhai..hari ini cikgu telah ditag oleh SiManis untuk join segmen KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH.Terima kasih my dear kerana mengingati insan kerdil ini..haa..haa²Bannernya ada kat bawah tu..Nak join klik SINI
Ada 10 soalan yang perlu dijawab ni..Lebih susah daripada soalan SPM..Nampak sonang tapi susah pulak nak jawab..Banyak beno jawabannya..Haa tu dia..meh tgk



1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi spongebob

2) Saya ingin sekali bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

3) Binatang yang paling saya takuti adalah ular

4) Saya teringin bercuti ke Anfield Liverpool

5) Lagu yang paling saya minati adalah Selimut Putih..ada makna ni..hee²

6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan memberi elaun khas kpd blogger

7) Insan yang paling saya sayangi adalah keluarga

8 Perkara yang paling saya benci adalah internet problem

9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah peluk isteri..heeee²

10 ) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya aku, insan, biasa..kah²

Dah siapppppp

Sapa pulak nak di tag ni??



Cukup le tu..terima kasih..Happy Deepvali



Ducati Monster 795 RM59,900


Pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali, Ducati Motor Holdings Spa hari ini melancarkan model terbaharu Ducati Monster 795 serentak dengan pasaran seluruh dunia.

Kumpulan Naza melalui Next Bikes Sdn. Bhd. (Next Bikes) telah dilantik sebagai pengedar tunggal motosikal berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Siri Monster merupakan model Ducati paling banyak dijual di seluruh dunia dan tercatat sebagai antara model legenda syarikat pengeluar tersebut.

''Model terbaharu tersebut menjadi perhatian dunia kerana telah diuar-uarkan pelancarannya sejak 24 hari lalu menerusi laman sesawang Ducati dan Malaysia dipilih sebagai lokasi utama pelancaran.
''Juara sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi telah diberi penghormatan bagi melancarkan Ducati Monster 795 hari ini,'' kata Naib Presiden Jualan Ducati Motor Holdings Spa, Cristiano Silei ketika melancarkan motosikal berkenaan di sini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik, Mirko Bordiga.

Sementara itu, Mirko berkata, Ducati Monster 795 direka khas mengikuti cita rasa pasaran Asia dan menjadi perintis kepada pertumbuhan Ducati di pasaran tersebut.

Ducati Monster 795 ditawarkan pada harga RM59,999 termasuk insurans

teruja weh
Tuesday, October 25, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) perkenal dasar 'keluar' bagi penjawat awam


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan ‘dasar keluar’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima,” katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa CUEPACS untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.

Omar berkata, berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Katanya, dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang. 

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka,” katanya. — Bernama
Monday, October 24, 2011

Piala Malaysia

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Sejarah Piala dan Kejohanan

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948. Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka.
Saturday, October 22, 2011

Rebat tol PLUS sempena Deepavali


PLUS Expressways Berhad (PLUS) memberi rebat tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kad PlusMiles, Touch n' Go dan SmartTAG sempena Deepavali.


Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan kad elektronik itu akan menerima rebat 20 peratus, Rabu ini dan 10 peratus pada Isnin dan Jumaat.


“Pengguna akan menerima rebat itu jika membayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Elite, Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Butterworth-Kulim sepanjang tiga hari berkenaan dan tidak tertakluk pada masa tertentu,” katanya.


Katanya, rebat boleh dituntut di mana-mana pusat khidmat pelanggan sepanjang lebuh raya PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka pada bulan berikutnya. Bagaimanapun tiada rebat kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Plaza Tol Bangunan Sultan Abdul Samad. – BERNAMA 




sumber: 
Thursday, October 20, 2011

Projek Rintis lagi?

Balik dari seminar,kena pergi mesyurat pulak.Projek rintis lagi..Mesyuarat Penyelaras Penggunaan Portal MyGFL untuk 26 buah sekolah rintis di Ancasa Hotel Port Dickson.Mesyuarat ini untuk zon selatan,NS,Selangor dan Melaka.Bagi Melaka 2 buah sekolah menengah dn 2 buah sekolah rendah telah terpilih.Sampai hari Jumaat....aduiii
n

Wednesday, October 19, 2011
Monday, October 17, 2011

Larat Ke??


Apabila pencen umur 60 tahun.Nampak macam kelako..Tapi bila difikirkan semula,khas untuk para guru..larat ke nak panjat tingkat 4 nak pergi mengajo..Buatnya sehari ada 3 kelas kat tingkat 4..pitam beb..Sekarang pun dh rasa mcm nak tercabut kepala lutut,apatah lagi klu umur dh 60..tu pasal cikgu pilih 56 je skrg..skim baru ni pun sama jugak kot...kalau boleh pilih lg rendah lg baik..Bukan apa,rasanya kalau umur dh otai ni.komitmen terhadap kerja dh makin kurang..

Seminarla Pulak

Pagi ni kena pi seminar pulak di Sei Negeri Ayer Keroh.. Seminar Melaka Merentasi Zaman yang dirasmikan oleh Ketua Menteri..Bagus jugak Mat Sabu bongkar cerita pasal cerita sejarah..baru le kelam-kabut mereka ni nak amik kisah pasal sejarah..Adui..dlm surat panggilan baik je suruh kita datang pukul 8.00 pagi..sampai sini..cisss rupanya pukul 9.00 pagi baru mula...tak patut
Sunday, October 16, 2011

Guru dianiaya oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan

KAMI guru-guru kanan matapelajaran yang telah 'dilantik' pada Ogos tahun 2008 ingin menyatakan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) kerana mengarahkan kami melalui kerani sekolah masing-masing, memulangkan semula Elaun Tanggungjawab sebanyak RM120 dari mula kami dilantik sehingga Ogos 2011.

Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada JPNS melalui Unit Perkhidmatan. Mereka akui berlaku kesilapan sewaktu mula pelantikan kami pada 2008 kerana alasan sekolah Gred B difahamkan waktu itu tidak layak menerima Guru Kanan Mata Pelajaran melalui pekeliling Kementerian Pelajaran tahun 2002.Namun perkara itu baru disedari pada tahun 2011 oleh pengurusan yang baru. Walaupun kami merayu, namun jabatan mahukan kami memulangkan elaun tersebut secara potongan ansuran dari gaji kami selama enam bulan atau merayu memanjangkan tempoh.Dari kiraan kami jumlah bayaran balik mencecah RM5,000. Ini amat membebankan. Tidak adil. Sebagai satu cubaan bersikap lepas tangan. Dalam usaha pihak kerajaan memperbaiki kebajikan guru, nampaknya, pihak jabatan sendiri secara tidak langsung telah menganiayai hampir 200 orang Guru Kanan sekolah Gred B khususnya di Negeri Sembilan yang dilantik secara 'misteri' oleh mereka. Bagaimana mereka boleh tidak tahu pekeliling tersebut amat mendukacitakan kami sama sekali. Ini satu kerja lalai yang amat serius sama sekali. Apa yang lebih mendukacitakan ialah tenaga Guru Kanan tersebut telah dipergunakan sepenuhnya oleh Pengetua sekolah terbabit selama tempoh 'pelantikan misteri' tersebut sehingga ada antara sekolah Gred B tersebut mendapat Penghargaan Baiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini.Kemudian mereka diminta pulangkan balik elaun tersebut setelah tenaga mereka dipergunakan? Puncanya ialah sekolah terbabit Gred B. Kenapa sekolah ada unsur diskriminasi? Difahamkan di Seremban sahaja ada sekolah Gred B seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dan SMK Seremban Jaya.Murid mereka mencecah seribu lebih. Bagaimana pula di Jelebu, Jempol dan lain-lain? Kami dengan ini meminta Menteri Pelajaran menyiasat, meneliti dan menimbangkan semula perkara ini dengan serius kerana kesilapan dan diskriminasi sebegini telah menjatuhkan maruah dan menganiayai guru-guru terbabit dan bertentangan dengan akta pekerjaan dan dasar integriti nasional serta dasar rakyat didahulukan. GURU KELIRUNegeri Sembilan 

Sumber: www.utusan.com.my"

Saturday, October 15, 2011

Galaxy Tab langgar Paten iPad ??


Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) berkata, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung melanggar hak cipta paten iPad milik Apple, namun turut berkata, Apple mungkin berdepan masalah membuktikan kesahihan patennya.

Hakim Daerah AS, Lucy Koh berkata demikian hari ini semasa perbicaraan kes permintaan Apple yang mahu menyekat beberapa produk Galaxy daripada dijual di AS.

Apple dan Samsung terlibat dengan lebih 20 kes perbalahan perundangan di 10 buah negara di mana kedua-dua buah syarikat teknologi itu bersaing hebat dalam pasaran telefon pintar dan tablet.

Semalam, mahkamah di Australia mengeluarkan larangan sementara menjual tablet komputer terbaru Samsung di negara itu.

Apple menyaman Samsung di AS awal April lalu dengan mendakwa Galaxy keluaran syarikat Korea Selatan yang terdiri daripada telefon bimbit dan tablet itu meniru bulat-bulat iPhone dan iPad.

Apple memfailkan permintaan pada Julai lalu bagi menyekat beberapa produk Samsung daripada dipasarkan di AS termasuk telefon pintar Galaxy S 4G dan tablet Galaxy Tab 10.1.

Pembekal barangan mobil, Verizon Wireless dan T-Mobile AS menentang permintaan Apple itu kerana menyatakan sekatan terhadap produk Galaxy itu akan mengurangkan jualan musim cuti ini.

Apple perlu membuktikan Samsung melanggar paten mereka dan ia sah di bawah undang-undang.

Ketika perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Persekutuan California, Koh menolak permintaan Apple untuk injuksi berdasarkan paten 'utiliti' Apple.

Koh berpendapat paten utiliti itu bersifat tidak muktamad tetapi berkata dia akan mengeluarkan arahan formal yang adil dengan segera. - Reuters
Wednesday, October 12, 2011

Terima kasih Daun Keladi Bukan Daun Kari

Dah berapa hari tak pergi sekolah, jadi macam biasa 6.45 pagi cikgu dh sampai sekolah.Memang dh jd kebiasaan dan kesukaan cikgu datang awal ke sekolah..Lepas je thumb print,terus masuk bilik..rutin biasa pun bermula..surfing dan blogging.heee².Pukul 8.20am masuk kelas..Habis kelas terus ke pejabat..Eh² ada parcel le..dh agak dh..pengirimnya SYIMA SI MANIS. Kenapa cikgu dpt parcel,boleh baca kat SINI.. Terima kasih ye my dear si manis..Terima kasih Daun Keladi Bukan Daun Kari tau
 
 Terima kasih

impian seorang nelayan

Semalam merupakan hari teakhir peperikasaan PMR.Apa yg menariknya pusat peperiksaan ini berhadapan dengan Selat Melaka dan dewan peperiksaannya pulak terletak di tingkat 3.Maka dapatlah cikgu menikmati keindahan ciptaan tuhan berteman tiupan angin laut..syoknya..Ini mengingatkan cikgu kepada lagu kumpulan kembara

Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan


Monday, October 10, 2011
Sunday, October 9, 2011

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa


Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

SUMBER
Thursday, October 6, 2011

Memang Penat Jadi Wakil Rakyat

Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.

"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan PERKASA (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya dalam sidang dewan itu hari ini.

Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif.

"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa.

Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.


P/s: Tapi bagi cikgukan kalau tengok posisi tidur tu, tak nmpak mcm terlelap dua tiga minit pun...
mcm terlelap dua tiga jam ade la..hee² Tapi kalau betul² tak sihat  berehat le kat rumah
Tuesday, October 4, 2011

Percubaan pertama


Sebenarnya hari ini cikgu agak sibuk sikit.Maklumlah PMR bermula hari ni.Kena pulak mengawas sampai petang.Tak sempat nk melawat blog rakan-rakan.Posting ni bukan apa,sekadar percubaan pertama dibuat melalui samsung galaxy tab.cobaaa.Sekian dimaklumkan.heeeee
Monday, October 3, 2011

YA ALLAH....selamatkanlah kami

Entri ini rentetan daripada entri daripada blog rakan cikgu, harrazdani mengenai umat islam di Malaysia terlalu sibuk berpolitik , pembinaan gereja terbesar Asia di Bukit Jalil,
Kita tengoklah ni semua....kenapa kita masih tidak sedar??Inikah negara yang kita  bangga²kan dengan pembangunan ni.
YA ALLAH....selamatkanlah kami semua daripada fitnah almasih aldajal...kuatkanlah hati kami,,YA ALLAH...


Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) JPJ (1) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kaki ayam (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) logo mainan kanak-kanak (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) sambung bayar (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)