Sunday, November 27, 2011

Saya hanya lewat tiga saat

KULAIJAYA - “Saya hanya lewat tiga saat ketika trellar itu terjunam dari jambatan lebuhraya …jika tidak, saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi, syukur umur saya masih panjang,”kata saksi kemalangan, Zul Aziz Simor, 45.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam, di Kilometer 34.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebuah trellar tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun terbabas ketika melalui jambatan diatas lebuhraya lalu melanggar besi penghadang sebelum terjunam.

Menurut Zul Aziz, dia terdengar bunyi dentuman kuat, dipercayai berpunca daripada letupan tayar trellar itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Ketika kemalangan, hujan agak lebat manakala jalan licin.

“Saya tergamam melihat kemalangan berlaku didepan mata.. saya akui agak panik lalu menghubungi rakan saya bernama Zakaria untuk mendapatkan bantuan, ketika dia sampai beberapa minit kemudian, kami sama-sama pergi kearah trellar untuk melihat keadaan pemandu terbabit,”katanya.

Beliau yang memandu sendirian dalam perjalanan dari kebunnya di Kampung Rahmat menuju ke Taman Manis, di sini untuk menghantar pandan mengakui sempat mengajar pemandu trellar itu mengucap namun tidak berani untuk mengeluarkan mangsa.

“Lelaki itu mengerang kesakitan malah tubuhnya mulai menggigil..dia mengadu sakit dibahagian pinggang akibat daripada hentakan kuat ketika trellar yang dipandunya terjunam dari jambatan lebuhraya setinggi lima meter,”katanya.

Katanya, kira-kira 20 minit selepas kemalangan sepasukan bomba dan ambulans tiba ke tempat kejadian sejurus dihubungi sekaligus berjaya mengeluarkan mangsa yang masih berada dibahagian pemandu dan dipercayai patah pinggang.

“Kejadian itu terlalu pantas, malah kenderaan saya berada dikedudukan tidak sampai 10 meter, namun saya tetap bersyukur kerana tidak terlibat dalam kemalangan berkenaan dan tidak akan melupakannya,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefli Yahya, mengesahkan kemalangan itu, manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan tidak membabtikan kenderaan lain namun mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang dua kilometer di laluan menuju kearah utara. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

SUMBER
Friday, November 25, 2011

Berhati-hati kongsi maklumat peribadi

CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

"Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, kami hanya menerima 6,206 insiden yang bermakna jenayah telah meningkat 112 peratus tahun ini," katanya dalam taklimat media bersama mengenai Keselamatan Beli-belah Dalam Talian dan Mudah Alih dengan PayPal.

Husin berkata kes-kes penipuan ialah penyumbang utama kepada jenayah siber yang menguasai 35 peratus atau 4,574 kes, sementara penipuan pembelian dalam talian 12 peratus atau 565 insiden dari Januari hingga Oktober.

"Penipuan yang dijalankan dalam talian kini sudah sama dengan penipuan di jalanan dan internet. Oleh itu, peluang untuk mendapatkan semula wang amat tipis," katanya.

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna, terutamanya pembeli-belah dalam talian, CyberSecurity Malaysia telah berganding bahu dengan Paypal untuk menyediakan peringatan kepada para pembeli-belah Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen, mereka akan menjalankan kempen kesedaran bersama untuk berkongsi tip-tip keselamatan di radio, media cetak dan dalam talian.

Pengarah urusan PayPal (Asia Tenggara dan India) Elias Ghanem berkata kerjasama ini akan mempromosikan Disember sebagai bulan beli-belah dalam talian yang selamat kerana ia merupakan musim puncak untuk rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian yang mengambil peluang akan tawaran istimewa yang ditawarkan.

"Bagi kekal selamat sepanjang tempoh beli-belah dalam talian yang paling sibuk ini, kami menggesa agar mereka mengamalkan "membeli-belah tanpa amalan perkongsian" dan mendapatkan perlindungan pengguna, terutamanya ketika membeli dari laman sesawang seberang laut," katanya.

Ghanem berkata PayPal turut menawarkan dasar perlindungan pembeli yang melindungi para pembeli dalam talian jika mereka tidak menerima barangan yang mereka beli dari laman sesawang yang menerima PayPal atau mereka menerima barangan yang berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang.

PayPal ialah perniagaan e-perdagangan berpangkalan di AS, penyedia untuk cara yang lebih cepat dan selamat untuk membayar dan mendapat pembayaran dalam talian.

SUMBER
Thursday, November 24, 2011

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Wednesday, November 23, 2011

Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaiktaraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

“Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua,” katanya.

Mohd Puad berkata, antara 15 sekolah perintis yang terbabit adalah, Sekolah Menegah Kebangsaan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang membabitkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA

Tuesday, November 22, 2011

Ajal maut di tangan Allah

Dua penyokong Indonesia maut di perlawanan final.Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban semata-mata untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

Hampir Maut kerana Siput Sedut !

ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.

Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.

“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.

“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya.

“Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat,” katanya di sini, semalam.

p/s ni yang bahaya makan sambil menonton tv..leka..
Monday, November 21, 2011

Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.

Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.

Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan

pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr

Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.

Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul.
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.

Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.

Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi
Sunday, November 20, 2011

Gol tunggal Fakri julang Malaysia

Jaringan tunggal Ahmad Fakri Saarani memastikan Harimau Muda mara ke final acara bola sepak Sukan SEA 2011 hasil kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Ketika perlawanan seakan-akan berlanjutan hingga masa tambahan, Fakri menggembira kem Harimau Muda apabila berjaya merobek gawang Myanmar pada minit ke-85.

Menerusi satu serangan balas di sebelah kanan pintu gol Myanmar, penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan berjaya melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Fakri.

Gol tunggal perlawanan itu memadai buat Harimau Muda beraksi di pentas final esok dan akan membuat perhitungan dengan Indonesia yang menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.

Pada aksi semalam, Harimau Muda beraksi 'tanpa' kelibat jurulatih, Ong Kim Swee yang terpaksa berada di bangku penonton kerana menjalani penggantungan satu perlawanan.

Kim Swee dikenakan hukuman tersebut selepas beliau diarahkan meninggalkan padang ketika Harimau Muda menang 1-0 ke atas Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A, Khamis lalu.

Biarpun Kim Swee tidak berada di tepi padang, barisan Harimau Malaya masih mampu bergerak sebagai satu unit yang ampuh dengan 'sentuhan' pembantu jurulatih, Hassan Sazali.

Kim Swee hanya membuat sedikit rombakan apabila menyenaraikan Fakri dalam kesebelasan utama manakala Syahrul Azwari Ibrahim mengisi tempat Wan Zaharul Nizam.

Sebaik wisel permulaan ditiup pengadil dari Korea Utara, Kao Jung-Fang, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu lawan masing-masing.

Seawal minit kelima, Syahrul Azwari Ibrahim dan Irfan Fazail terlebih dahulu menguji benteng Myanmar yang diterajui penjaga gol, Thihasthu.

Pada minit ke-35, sepakan percuma yang diambil kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar pula melepasi palang gol.

Nasib malang menimpa Baddrol apabila dilayangkan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap Shwe Hlaing Win pada minit ke-45.

Sebaik babak kedua bersambung, Harimau Muda terus menggempur kubu Myanmar dengan larian deras daripada Syahrul Azwari di sebelah kiri pintu gol lawan.

Pada minit ke-56, tandukan Fakri sedikit melewati palang gol manakala rembatan Mohd. Fandi Othman empat minit kemudian berjaya dinafikan Thihasthu.

Dalam tempoh 20 minit terakhir babak kedua, barisan Harimau Muda lebih banyak mendominasi perlawanan dengan melancarkan beberapa percubaan merbahaya ke kubu Myanmar.

Hasilnya, Fakri berjaya menggempur kubu lawan hasil hantaran lintang Izzaq dari sebelah kanan pintu gol Myanmar pada minit ke-85
Saturday, November 19, 2011

Selamat Hari Sabtu

 Apo koba semuo.Cikgu harap sihatlah hendaknya.Makin nak cuti ni banyak pulak tugas yg harus dibereskan.Sebenarnya dlm bulan Oktober ni 2 jam je cikgu ado di sekolah.Hanya pada kelmarin je(Jumaat) cikgu ada di sekolah, tu pun sampai pukul 8.45 am je.baco kek SINI,sobab apo cikg tak do di dekolah..hee

Kelmarin,mcm biasa 6.50 am cikgu dh terpacak kek mesin thumb print, tokan-tokan tak mau dia..please try again..kali ke 4 baru dia cakap thank you..dh lamo tak jumpo agak eh.

Terus pi masuk sarang...mano laie.bilik komputer le...nampak pulak buku rekod mengajar...aduhhh dah 3 minggu tak tulis..ni le pekara yg paling malas nk buat...tulis buku rekod...lenguh le nak tulis 3 minggu punya perancangan..


Kemudian GPK KOKU pulak mintak laporan dan perancangan kelab badminton dan rumah sukan Hang Tuah...alamak..belum buatttttt...Mcm mana ni pukul 8.45 am nak keluar mesyuarat pulak...tak pe...ada caranya..heee

8.45 am kena pi mesyuarat pulak di Kolej Matrikulasi Melaka...nasib baik kat sebelah je...kena megawas MUET pulak pada Sabtu,19/11/2011

Adooi penatnya, baru sampai rumah..nak makan pulak..Jumpa laie yo..bye

Tu dia...ramainya cikgu menjalankan tugas rasmi di luar
Friday, November 18, 2011

Harimau jarang dilihat ditemui di Indonesia

SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters
JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.

Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.


Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.


Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP 

P/S :macam kucing je tapi muka dia comel  
Thursday, November 17, 2011

Parlimen Malaysia

  Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.

Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.

Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.

Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.
 

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN

Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.

Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.

BANGUNAN UTAMA

Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.

Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.

Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.

Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.
 
MENARA

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.

Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

KEISTIMEWAAN

Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?

Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.

Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.

Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.

Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.

Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.
Wednesday, November 16, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Monday, November 14, 2011

PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga* perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya

P/S: RM 500..banyak tu..tak nak ke? heee²..Sekarang ni pun memang dh balik lambat..Paling cepat pun pukul 3 lebih..dah lali..baiasa dah
Sunday, November 13, 2011

Artis halimunan menyamar rak sayur

SEORANG wanita ketawa ketika menolak troli dan mendekati artis China, Liu Bolin di sebuah pasar raya di Beijing
BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.

Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York. - Reuters
Saturday, November 12, 2011

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?


Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut. 


P/S :lepas nie .. hantar budak pergi kursus, camping, pertandingan dan macam macam kerja diluar waktu dan hari berkerja.... boleh claim OT ... yea
Friday, November 11, 2011

Lampu Picit,Ubat Lampu

Pernah dulu sekali cikgu suruh anak cikgu," abang pegi kedai , beli  ubat lampu 2 biji " . Dia melopong kehairanan " ubat lampu?" katanya. " Ya le apa lagi.. ubat lampu picit. "Tak paham" katanya lagi. Bateri lah. " ooo...cakaplah bateri  ".

Tu deh..ubat lampu dan lampu picit..istilah ini le yg digunakan pd zaman datuk dan wan cikgu dulu hingga le ke zaman mak abah cikgu dulu..sampaikan terlekat kat cikgu hingga sekarang

Tapi rasanya isitlah ini masih lagi digunakan..Lampu suluh atau lampu picit masih digunakan lagi hari ini terutamanya di kampung-kampung..Zaman berubah..sekarang handphone pun dh boleh ambil alih fungsi lampu picit ni..Cikgu sendiri pun dh berapa lama tak pegang lampu picit ni..heee
Thursday, November 10, 2011

Gila ke?

Seorang lelaki berasal dari Yaman yang tinggal di Mekah yang bekerja di bengkel penyelenggaraan kenderaan telah menghairankan ramai orang kerana minum minyak enjin radiator dan air bateri.

Akhbar Saudi Akaz berkata pada hari Khamis bahawa lelaki Yaman itu, Mohammad Omar, yang digelar 'Bin Omar', meminum 2-4 tin minyak motor semua setiap hari.


Beliau memberitahu akhbar bahawa, "Saya menikmati minum air radiator, bateri dan brek, dan makan 2.5kg gris setiap hari yang digunakan untuk kereta. Saya telah lakukan ini untuk agak lama".


Omar menambah bahawa dia telah berbuat demikian dengan menghabiskan 900 Riyal Saudi sebulan untuk membeli minyak, gris dan derivatif mereka sebagai makanan. "Puji bagi Allah, kesihatan saya baik," katanya.
Tuesday, November 8, 2011

Bukannya menyepi..tapi agak sibuk sikit !!!!

Agak kesibukan sikit sejak kebelakangan ini.Namun aktiviti berblog akan terus cikgu usahakan..heee²

Bermula awal November hari tu,1 hingga 3 November..lepas tu sambung cuti Hari Raya Qurban..Kemudian terus bertugas di Kejohanan Sukan Antara Jabatan Kerajaan Negeri Melaka Kali Ke-Dua 8 hingga 13 November 2011

Habis Kejohanan Sukan Antara Jabatan Kerajaan Negeri Melaka Kali Ke-Dua..Kena pulak menghadiri Bengkel Pelaksanaan Submodul Pembangunan Organisasi (OD),Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HIRMIS) dari 14-16 November..Nampak gayanya bulan 11 ni cikgu tak de ke sekolah..nasib baik dh akhir tahun..murid-murid pun dh habis peperiksaan



Friday, November 4, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)-INFO TERKINI

1. SBPA akan bermula 1 Januari 2012. Layak kepada anggota TETAP sahaja. Kena kenalpasti anggota tetap/kontrak/sambilan/sementara dsb. Anggota kontrak/sambilan sedia ada MUNGKIN ditamatkan mulai tahun 2011 tetapi masih tertakluk kepada pekeliling yang akan dikeluarkan. MUNGKIN juga perlu lantikan semula.

2. SBPA mengandungi 2 perkara utama iaitu SBPA itu sendiri ( perubahan skim, gred dan gaji) dan opsyen 60 tahun. PASTIKAN OPSYEN 55/56/58 ADALAH BETUL.

3. Tempoh buat opsyen MUNGKIN sebulan dari 1 - 31 Disember 2011. Akan ada 2 opsyen iaitu SBPA dan 60 tahun.

4. Jabatan atau mana-mana pegawai TIDAK boleh mempengaruhi pilihan opsyen seseorang pegawai tetapi Jabatan perlu memberitahu @ menerangkan secara
tepat dan jelas untuk mengelakkan kekeliruan.

5. Kementerian meminta Jabatan laksanakan segera GERAK KERJA seperti berikut:-

i. Gerak Kerja Pertama - Semakan Perjawatan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa semakan perjawatan telah dilakukan pada 4/6/2011 yang merangkumi cadangan pemansuhan jawatan, pemansuhan jawatan dan waran baru. Jabatan juga telah diminta mengelakkan penempatan pegawai secara pentadbiran dan jika ada perlu diperbetulkan.

ii. Gerak Kerja Kedua - Ketepatan Maklumat Dalam Sistem HRMIS

- Jabatan juga perlu menyemak data didalam buku perkhidmatan dan mestilah sama dalam Sistem HRMIS. Semakan Buku Perkhidmatan ini haruslah dilakukan segera mulai hari ini. Pengemaskinian Rekod HRMIS - semua jabatan/agensi diminta mencapai 100% dalam setiap modul/sub modul HRMIS dan tiada alasan lagi kerana HRMIS boleh dicapai melalui internet. Tahun 2012 segala urusan akan dibuat atas talian dan terbaru ialah Permohonan Pertukaran akan dibuat melalui sistem HRMIS.

PASTIKAN KEMASKINI HRMIS 2011 CAPAI 100%. TAMBAHAN SUBMODUL IAITU PERTUKARAN GUNASAMA AKAN DIBUAT MELALUI HRMIS PADA TAHUN 2012.

- Jabatan juga perlu semak buku perkhidmatan semua pegawai dan perlu pengesahan daripada pegawai tersebut ketepatan nama, no. kad pengenalan dan gaji akhir pegawai tersebut ( FORMAT BORANG PIHAK KEMENTERIAN AKAN PANJANGKAN KEPADA SETIAP JABATAN) - Ini bertujuan untuk memastikan pihak sumber manusia tidak dipersalahkan kemudian hari jika berlaku kesilapan terutamanya dari segi gaji yang akan diterima apabila SBPA dilaksanakan. Semakan Buku Perkhidmatan ini haruslah dilakukan segera.

TUNGGU BORANG YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN. KAMI AKAN EDAR KEPADA TUAN/PUAN JIKA DITERIMA NANTI. BORANG INI KENA DITANDATANGANI SENDIRI OLEH SEMUA PEGAWAI. SETIAP SEORANG 1 BORANG.

iii. Gerak Kerja Ketiga - Taklimat Opsyen SBPA

Mesyuarat difahamkan pihak JPA akan mengadakan 7 'roadshow' untuk menerangkan tentang SBPA. Antaranya ke kementerian dan jabatan, wakil kementerian/jabatan tersebut perlu mendapat penerangan yang jelas tentang SBPA kerana mereka akan menerangkannya pula kepada jabatan/cawangan dibawahnya.

iv. Gerak Kerja Keempat - Penyediaan Kew-8

Peringkat selepas opsyen dibuat. Peringkat ini juga merupakan peringkat yang paling kritikal sekali kerana melibatkan duit. Mesyuarat juga memaklumkan penyediaan dummy kew-8 perlu dilakukan sebelum SBPA dilaksanakan. Dummy kew-8 tentang senarai pegawai-pegawai, gred gaji dan tangga gaji. Penglibatan seksyen kewangan juga penting
Thursday, November 3, 2011

Subsidi ubat dicetak dalam bil

Mulai tahun depan, orang ramai yang mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan akan menerima bil yang memperincikan jumlah subsidi ditanggung kerajaan berbanding kos dibayar rakyat.
Sehingga kini, pembiayaan kerajaan untuk meringankan beban rakyat bagi aspek kesihatan mencecah sehingga 98 peratus daripada keseluruhan peruntukan untuk dua tahun sejak 2010.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong), berkata langkah itu bagi membolehkan pesakit lebih memahami keseluruhan kos dan subsidi yang dibiayai kerajaan untuk sektor kesihatan.

“Bil lengkap itu akan membolehkan pesakit tahu harga sebenar yang dibiayai kerajaan untuk mereka dan memudahkan orang ramai memahami subsidi yang ditanggung kerajaan untuk manfaat rakyat,” katanya semalam.


Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan jumlah subsidi yang ditanggung kementerian dalam memberi rawatan serta ubat secara percuma kepada rakyat bagi 2010 dan anggaran 2011.


Liow berkata, sepanjang tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM14.76 bilion bagi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan rakyat, berbanding kutipan yang diperoleh hanya RM311.2 juta.

“Daripada jumlah itu, tanggungan kerajaan mencecah RM14.45 bilion atau 98 peratus daripada keseluruhan peruntukan.

“Begitu juga bagi tahun ini apabila sehingga September lalu, kerajaan menanggung RM12.44 bilion dengan kutipan RM238.5 juta sekali gus menjadikan pembiayaan kerajaan sebanyak RM12.2 bilion yang juga 98 peratus daripada peruntukan yang disediakan,” katanya.


Liow berkata, peruntukan itu membabitkan perbelanjaan Kementerian Kesihatan kepada penduduk negara ini termasuk subsidi rawatan ubat kepada pesakit, Institut Jantung Negara (IJN), pusat hemodialisis dan membiayai pesakit kurang mampu menerusi Tabung Bantuan Perubatan.


Menjawab soalan tambahan Mohamed supaya dipermudahkan proses mendapatkan bantuan untuk menjalani rawatan di IJN, beliau berkata permohonan boleh dikemukakan kepada Tabung Bantuan Perubatan.


“Tahun lalu, RM57 juta dibiayai untuk bantuan rawatan IJN, manakala sehingga September lalu pula mencecah RM58 juta,” katanya.


Mengenai subsidi rawatan di pusat hemodialisis pula, kerajaan membiaya RM24.15 juta kepada 3,346 pesakit, manakala sehingga tahun ini pula, sebanyak RM33 juta dibelanjakan kepada 3,500 pesakit.


Selain itu, perkembangan perubatan juga membantu meningkatkan tahap kesihatan apabila kadar kematian ibu mengandung dikurangkan kepada hanya 27 daripada 100,000, berbanding 350 ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, manakala kematian bayi juga menurun kepada hanya enam daripada 1,000 kelahiran.


sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/ar...lambil/Article

Apo Nak di kato : Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan utk menyediakan perkhidmatan -ni utk rakyat.....dah beri mengungkit pulak.. beri macam tak ikhlas langsung..Bukan ke ni duit memang duit rakyat??

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)