Monday, December 26, 2011

Antara dua darjat-kumpulan premier vs kumpulan pelaksana


Sekadar ingin berkongsi apa yang cikgu baca.,suatu realiti..kalau salah,mohon maaf..

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari²

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali boleh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok le
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bawa ke mana²
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sebab kurangkan kesesakan jalan raya

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian
Kump. Pelaksana - tidak ada elaun keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - macam² elaun yg x spatutnye beribu ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tapi bila minta naik sikit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)"
Sunday, December 25, 2011

Duit Kertas Baru Malaysia 2012

"Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia


Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.


Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.


Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi


Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.


Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi


Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.


Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut


Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.


Wang Kertas RM10 – Flora


Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar


Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.


Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional


Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Friday, December 23, 2011

Kisah Pensil Dan Pemadam


PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

PENGAJARAN: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

CREDIT TO : mazri_myie  CG
Thursday, December 22, 2011

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Mulai Januari depan, kira-kira 46,000 kenderaan gas asli (NGV) di negara ini wajib dipasang dengan Alat Pengesan Kebocoran Gas yang telah diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Alat itu diwajibkan dipasang pada semua kenderaan NGV berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai penggunaan NGV telah diluluskan oleh Parlimen dan akan diwartakan tahun depan.


Menurut Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib, alat keluaran tempatan berharga RM150 itu terbukti dapat mengesan kebocoran NGV dalam kenderaan.


“Ia boleh dipasang di 170 bengkel kenderaan berdaftar di seluruh negara dengan harga RM150 itu termasuk caj pemasangan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Friday, December 16, 2011

CUEPACS bantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.


“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.


Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.


Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.


“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.


“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.


Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).


Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.


Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.


Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”


“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.


Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.


“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.


Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.


Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
Thursday, December 15, 2011

Siamang jantan gigit dua budak (Video)

MELAKA - Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.


Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.


Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.


Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.


"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.


"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.


Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.


Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

 

Wednesday, December 14, 2011

Saya terkejut lihat tandas bergerak

Saya berdebar tengok tandas bergerak dan terus memanggil adik keluar,” kata Mohd Taufik Mohd Shafie, 11, yang masih panik dengan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bahagian belakang rumah neneknya runtuh, kelmarin.

Tanah runtuh itu mengakibatkan ruang bilik neneknya runtuh dan beberapa barang termasuk tilam, katil dan televisyen terjatuh kira-kira dua meter di belakang rumah.

“Ketika itu saya mahu ke tandas, tiba-tiba nampak tandas bergerak perlahan-lahan. Saya berdebar melihat dan terus memanggil adik dan ayah keluar rumah,” katanya.

Katanya, walaupun belum membeli peralatan sekolah baru namun beberapa barang sekolah lamanya juga jatuh dan rosak.

Selepas itu, katanya, mereka semua keluar dari rumah dan menunggu neneknya, Wan Nah Wan Ali, 70 pulang dari kedai sementara beberapa jiran membantu bapanya mengeluarkan perkakas rumah.

Wan Nah ketika ditemui berkata , dia bergegas pulang dari kedai sebaik sahaja dimaklumkan seorang jiran kira-kira jam 10.30 pagi.

Katanya, dia tidak menyangka rumah yang didiaminya sejak 30 tahun lalu di Jalan Sungai Lembing, Kampung Panching, itu rosak teruk akibat tanah runtuh.

Bagaimanapun, Wan Nah bersyukur kerana nyawa dua cucu, Mohd Taufik dan Nor Shafika, 10, serta anaknya, Mohd Shafie Adam, 30, yang berada di dalam rumah ketika itu selamat.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, dia tidak selalu berada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu lori tetapi pernah memohon bantuan bagi membaiki rumah ibunya yang sudah usang.

Menurutnya, dalam tempoh setahun lalu, dia membuat lebih lima permohonan untuk membaiki rumah dan ada beberapa individu datang mengambil gambar dan maklumat berkaitan.

Sementara itu, nasib Wan Mah sekeluarga mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut melihat lokasi kejadian, semalam.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar dan Pegawai Daerah Kuantan Datuk Norhayad Ahmad.

Menurut Abdul Manan, pihaknya telah memberikan bantuan segera kepada keluarga Wan Mah dan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan untuk memberikan sebuah petempatan baru kepada keluarga ini.

“Buat sementara waktu ini pihak kami menempatkan mangsa di Pusat Komuniti DUN Panching, dan selepas itu saya akan membuat permohonan untuk rumah PPRT bagi membantu mangsa yang telah kehilangan rumah akibat bencana ini.

“Oleh itu, saya harap keluarga ini bersabar kerana bantuan daripada pihak kerajaan akan disampaikan kelak,” katanya.
Sunday, December 11, 2011
Saturday, December 10, 2011

Polis Wanita Bertudung Pertama di Sweden


Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se,.Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung.

"Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya. Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan.

Apabila beliau ditanya adakah dengan bertudung mendatangkan masalah pada kerjaya dan masa depannya, beliau menjawab, beliau menjawab, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.
SUMBER

Ulat bersarang dalam kepala

PASUKAN pembedahan hospital mengeluarkan kira-kira 250 ekor ulat dari kepala Muhamad Faisal 
PEKAN BARU - Kebiasaannya kita sering melihat ulat di dalam buah yang sudah busuk atau dalam timbunan sampah.

Namun, lain pula kisah yang dialami oleh bayi berusia setahun lima bulan, Muhamad Faisal yang terpaksa menjalani beberapa pembedahan untuk membuang ulat misteri yang bersarang di dalam ubun-ubun kepalanya.


Ayahnya, Suyardi berkata, dia hanya mampu pasrah melihat keadaan anaknya yang menjalani pembedahan di Hospital Pekan Baru, Riau.


"Saya hanya mampu berserah ketika melihat lebih 200 ekor ulat dikeluarkan dari kepala Faisal.


"Pada mula, saya dan isteri berasa bimbang melihat ulat keluar dari kepala anak saya dan doktor mengesyaki dia mengalami penyakit busuk di bahagian ubun-ubun," katanya.


Menurut isterinya, Ngaini, anaknya itu sering jatuh sakit sejak dilahirkan dan tidak pernah minum susu ibu, menyebabkan berat bayinya menurun sehingga 5.3 kilogram.


"Setiap kali bangun tidur, saya melihat kepala Faisal berlubang dan berulat," katanya kepada Kompas.com


Pasukan pembedahan hospital berkenaan telah mengeluarkan lebih 250 ekor ulat dari kepala Faisal.


Suyardi berkata, kira-kira 200 ekor ulat dikeluarkan pada hari pertama, disusuli 20 ekor pada hari kedua dan 30 ekor pada hari ketiga.


"Setakat ini, selepas menjalani pembedahan, kepala anak saya tidak busuk lagi dan bahagian pembedahan sudah mulai kering," katanya. - AGENSI


SUMBER
Friday, December 9, 2011

Honda CR-Z terima 300 tempahan

Model kereta jenama Honda, CR-Z telah menerima 300 tempahan dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya awal bulan lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya gembira dengan sambutan terhadap model hibrid ketiga di bawa masuk ke negara ini.


"Bagi mengekalkan komitmen kami kepada pasaran, syarikat akan membawa masuk tiga warna baharu model itu yang dijangka berada di pasaran awal tahun depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Tambah Ueno, tiga warna tersebut ialah Kelabu Metalik, Merah Milano dan Hitam Permata.


Semasa pelancarannya, model CR-Z dijangka terjual sebanyak 100 unit menjelang akhir tahun ini.


Beliau juga yakin dengan potensi kenderaan yang mempunyai nilai mesra alam, lebih-lebih lagi selepas kerajaan memperkenalkan pengecualian penuh ke atas duti import dan eksais bagi kenderaan hibrid sehingga Disember 2013.


Pelanggan boleh melakukan tempahan bagi tiga warna tersebut mulai esok di mana harganya bernilai RM115,000 seunit yang disertakan lima tahun jaminan ke atas bateri atau 140,000 kilometer perjalanan, yang mana dahulu.


Orang ramai boleh menguji pandu atau melihat model tersebut di mana-mana kedai pameran Honda.


SUMBER
Thursday, December 8, 2011

Tidak pernah potong rambut selama 14 tahun

NI LINMEI berdiri di atas kerusi semasa rambutnya diukur di rumahnya di Taiyuan, China kelmarin 
BEIJING - Seorang wanita, Ni Linmei yang tinggal di Taiyuan, wilayah Shanxi, China memiliki rambut sepanjang 2.53 meter.

Linmei yang berusia 55 tahun menyimpan rambut itu sejak 14 tahun lalu.

Beberapa jirannya turut membantu menyikat rambutnya yang panjang itu. - Reuters

SUMBER

PEKELILING SBPA -Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

BACA PEKELILING KAT SINI

SBPA UMUM : KLIK

SBPA GURU : KLIK

SBPA PDRM : KLIK

CUMA JADUAL GAJI JE TAK DE 
Tuesday, December 6, 2011

Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Maklumat dari seorang teman..katanya Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan keluar pada 8.12.2011..Ni sifir yg dia bagi...Kalau tak sama dgn yang bakal keluar..minta maaf bebanyak.Pengiraannya ,gaji sekarang diberi 1 kenaikan utk SSM, Pastu pergi kepada Jadual Baru SBPA..Gaji Terhampir.

N11 850 930 1010 1090 1170 1250 1330 1410 1490 1570 1650 1730 1810 1890 1970 2050 2130 2210 2290 2370 2450

N17 955 1050 1145 1240 1335 1430 1525 1620 1715 1810 1905 2000 2095 2190 2285 2380 2475 2570 2665 2760 2855

N22 1920 2035 2150 2265 2380 2495 2610 2725 2840 2955 3070 3185 3300 3415 3530

N27 1410 1555 1700 1845 1990 2135 2280 2425 2570 2715 2860 3005 3150 3295 3440 3585 3730 3875 4020 4165

N36 3035 3215 3395 3575 3755 3935 4115 4295 4475 4655 4835 5015 5195 5375 5555

Untuk 41- 54 

41 1925 2155 2385 2615 2845 3075 3305 3535 3765 3995 4225 4455 4685 4915 5145 5375 5605 5835 6065 6295

44 2985 3235 3485 3735 3985 4235 4485 4735 4985 5235 5485 5735 5985 6235 6485 6735 6985 7235

48 4390 4660 4930 5200 5470 5740 6010 6280 6550 6820 7090 7360 7630 7900 8170 8440 8710

52 5260 5550 5840 6130 6420 6710 7000 7290 7580 7870 8160 8450 8740 9030 9320 9610

54 7025 7345 7665 7985 8305 8625 8945 9265 9585 9905 10225 10545 10865 11185 11505 
Monday, December 5, 2011

Adik Khairul Fahmi meninggal dunia....Al-Fatihah

Khairul Fahmi mengangkat jenazah adiknya Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.30 pagi tadi. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi. Al-fatihah..

Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’

Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

“Mengikut maklumat yang diterima, kami difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan,” kata sumber itu.

Katanya, jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.

“Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya lagi.

Difahamkan kepimpinan kesatuan sekerja telah membantah pendekatan tersebut kepada JPA semasa satu taklimat baru-baru ini.

“Bagaimanapun JPA menenangkan dengan penjelasan bahawa anda semua kakitangan yang baik, tidak perlu risau dengan sistem ini,” katanya lagi.

JPA, difahamkan, ada memberi angka mengenai jumlah kakitangan yang berada dalam paras markah itu dan mahu menggunakan sistem baru ini untuk mewujudkan kakitangan berprestasi tinggi dan mengeluarkan mereka yang dikategorikan bermasalah.

“Oleh itu, mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis... ini insentif tambahan,” kata sumber itu lagi.

JPA telah memberi taklimat mengenai pelaksanaan SBPA kepada jabatan-jabatan dan wakil kesatuan sekerja akhir bulan lalu.

The Malaysian Insider juga difahamkan JPA akan menyampaikan satu lagi sesi taklimat kepada jabatan-jabatan kerajaan hari ini dan seterusnya akan mengeluarkan pekeliling berkaitan.

Pelaksanaan dasar ‘exit policy’ kerajaan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di mana beliau memperkenalkan SBPA bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Di bawah SBPA, JPA telah menggredkan semula jawatan-jawatan awam dengan menggunakan nama Premier, JUSA, Pengurusan Tinggi, Pengurusan dan Profesional, dan Pelaksana.

Ia juga melibatkan pembatalan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), yang akan berkuat kuasa seiring dengan SBPA mulai Januari ini.

Mac lalu, Najib berkata, satu kaedah ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi.

“Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem ‘pool’ yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

“Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka,” katanya.

Peristiwa 13 MEI 1969

Bukan bertujuan untuk menimbulkan isu kemarahan mahupun perkauman..sekadar peringatan dan pengajaran bersama..

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh
(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.


Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (****). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.


Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.


Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging ****.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.


4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombakdan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.


Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh,Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askarRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu


Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.


Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon


Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina.


Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,Kajang.


Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh.


Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.


Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.


Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.


Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.


Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.


Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.


Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands.

Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.


Persepsi


Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.


Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.



Angka korban


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.


Statistik tidak rasmi jumlah kematian:


Melayu : 86 orang

Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.


Mageran


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera.


Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang.

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.
Saturday, December 3, 2011

Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...


Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat... Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...


Kenaikan pangkat daripada :

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :


DG 41...RM 230

DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :


DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220

DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...


Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula,


Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...


• Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )... 

Ni info yang cikgu dapat dari seorang rakan Pembantu Tadbir di PDRM  tetapi sekiranya pekeliling keluar dan cikgu post salah..sepuluh jari cikgu susun..

1.Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Penilaian Markah Penjawat Awam markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan


Pemarkahan diatas adalah Key Performance Index @ (KPI)..sy pernah keje swasta..bonus tahunan akan dinilai dengan KPI.


Mereka yg terlibat dengan PGT 5,8,15 % ini adalah dari golongan
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi sahaja.


Ini berikutan gaji mereka dalam SBPA cuma ada minima dan maksima. Struktur penjawat awam lain adalah mengikut PGT SBPA (sistem gaji sebaris).

2. Fungsi jabatan yang bertindih dikecilkan skop (digabungkan).

3. Pewujudan Anugerah PPC (Pingat Pekerja Cemerlang):

i.Cemerlang dalam perkhidmatan
ii.Aktif dalam aktiviti masyarakat dan sukan
iii.Mengharumkan nama negara

4. Pencen dibayar pada umur 55 tahun (lagi info berkaitan akan diupdate).

5. Semakan Elaun & Kemudahan pada 2013 dan Semakan Pelarasan Gaji pada 2014.

6. Pegawai awam menolak SBPA : --> Kekal secara KUP dalam SSM & Terima gaji SSM.

7.Ada jawatan akan dijumud@digabung@dimansuhkan dalam SBPA.

8.Bagi skim perkhidmatan yang DIKEKALKAN dalam SBPA,sekiranya menolak SBPA;kekal dalam skim SSM,terima gaji SSM,naik pangkat dalam SSM.

**9. Kaedah Pengiraan Gaji Baru SBPA. Gaji sekarang akan diberikan satu kenaikan dalam skel gaji SSM. kemudian akan diselaraskan pada mata gaji sama @ tertinggi berhampiran dalam sistem gaji sebaris SBPA. Confius ke..sy simplifykan base on gred N17.

Gaji SSM

JADUAL GAJI : N17 P1:
T1 820.38
T2 870.29
T3 920.20
T4 970.11
T5 1020.02
T6 1069.90

Jadi untuk jadual baru gaji SBPA..katakan gaji saya sekarang P1T3 920.20..saya dapat satu anjakan gaji ke T4 terlebih dahulu..
maknanya gaji saya 970.11..selepas itu gaji saya akan diselaraskan ke mata gaji sama @ terhampir dalam SBPA iaitu T2 Rm 1,050. Sedikit hint gaji N17 SBPA.

Gaji SBPA

JADUAL GAJI : N17
T1 955
T2 1050
T3 1145
T4 1240
T5 1335
T6 1430

ada orang kata  SBPA = Skim Bodek Pegawai Atasan

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Blog Archive

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) Zoo Melaka (1)