Saturday, October 20, 2012

Sayangi Anak Anda

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..

3 comments:

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)