Saturday, January 28, 2012

Pangkat-pangkat dalam PDRM

 
Sunday, January 22, 2012

Kahwin dengan mayat

PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.


Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.


Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.


Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.


Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.


Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.


Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi

Saturday, January 21, 2012

Pelik Memang Pelik

Sekadar Renungan Bersama…

Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi

Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung

Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali

Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip

Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..

Memang Pelik Tapi Itulah Hakikatnya...
Sunday, January 15, 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

sekadar hiasan sahaja

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Tuesday, January 3, 2012

NS tidak gentar reputasi Kelantan

REPUTASI Kelantan yang diperkuatkan dengan tiga pemain import selain barisan pemain tempatan berwibawa, tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi bimbang menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, merebut Piala Sumbangsih, di Kota Bharu, 7 Januari ini.

Sekalipun amat menghormati barisan The Red Warriors itu yang kini dibimbing, Peter James Butler, namun Negeri Sembilan sudah sedia untuk berdepan cabaran itu dan bertekad memberikan persembahan terbaik dalam misi melakar kemenangan walaupun beraksi di gelanggang lawan.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui Kelantan memiliki reputasi besar terutama dari segi persiapan mereka menghadapi musim baru ini, dengan membariskan tiga pemain import, berbanding Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada sebahagiannya pemain muda.
Namun katanya, skuad bimbingannya sudah sedia untuk memulakan cabaran dan bakal mempertaruhkan penyerang utama, gandingan Mohd Firdaus Azizul dengan pemain import dari Cameroon, Jean Emmanauel Effa Owona.

"Saya akui Kelantan tampak lebih berwibawa dengan persiapan mereka dalam membentuk pasukan dan kita amat menghormati mereka apatah lagi kita akan beraksi di gelanggang lawan pada saingan merebut Piala Sumbangsih nanti.

"Walaupun kekuatan Negeri Sembilan kali ini disandarkan sebahagiannya kepada pemain muda, namun kita masih ada beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, S Kunanlan dan Mohd Farizal Marlias. Mereka adalah antara tonggak utama selain Effa Owona," katanya semalam.

Pengendali yang bertanggungjawab membawa Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim lalu itu, menyifatkan anak buahnya akan turun sebagai pasukan ‘underdog' tetapi sudah mengingatkan setiap pemain supaya berhati-hati untuk memastikan setiap perancangan membuahkan hasil.
"Dengan persiapan yang sudah dibuat setakat ini, semua pemain sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab dan saya yakin mereka bakal memulakan saingan itu nanti dengan persembahan cemerlang," katanya. 

Monday, January 2, 2012

Rekaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah

Kita lagi tahu asal usul dan rekaan Charity Sheild England, Piala Dunia, namum kurang info mengenai rekaan piala-piala bola sepak di Malaysia.
Mendapat ilham daripada Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ketika hari pertabalan. Solekan tengkolok "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan.

Di bahagian hadapan tengkolok itu dipasangkan anak bulan dan bintang pecah 14 dan ditengah-tengahnya terletak lambang kerajaan Malaysia. Bulan dan bintang adalah lambang agama islam. Bintang kebesaran yang mempunyai 14 cahayanya mencerminkan 14 buah negeri di bawah kebesarannya. Dua sinaran tambahan menunjukan percantuman dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.


INFO - Tengkolok Dendam Tak Sudah, Negeri Sembilan

-Lima Lipatan
Tengkolok Dendam Tak Sudah lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri Sembilan.

-Tiga Lipatan

Ikatan asas tengkolok ini adalah sama seperti dengan yang diatas, hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan takuknya. Tengkolok ini yang mempunyai tiga lipatan takuk merupakan tengkolok yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna latarnya adalah hitam.

Penghargaan

Piala: FAM, Arkib Negara, Perpustakaan Negara Malaysia
Alat Kebesaran Diraja: Rakan-rakan dan abang-abang di Istiadat 1 Rejimen Askar Melayu DiRaja (terima kasih yo), Istana Negara, Parlimen Malaysia.
Tengkolok: 1RAMD, Khairul Anuar Zainuddin
 

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) JPJ (1) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kaki ayam (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) sambung bayar (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)