Latest Updates

Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka

Bersih 3.0 Merugikan Peniaga????


Selama mana kita harus dimomok dan ditakut-takutkan

[Terkini]-Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah





Astro... Bagi siaran free

Mulai hariari ni ASTRO bagi 130 siaran free selama 10 hari

Kena Patuk Ular

Lobak, Telur & Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing

SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu. 
Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Terkenang Semasa Dulu


Masih teringat masa zaman persekolahan  tahun 70an hingga  90an dulu. Seminggu sekali  pagi² setiap kelas akan diberikan kawasan  untuk kutip sampah. sampai sekarang kalau nak buang sampah merata² pun fikir banyak kali. Terima kasih kepada sistem pendidikan yang mendidik cikgu  sebegitu. Namun kini tak nampak lagi pagi²  pelajar kutip sampah di sekitar sekolah. Sayang sekali pendidikan macam dah tak menitikberatkan hal²  seumpama itu. Pelajar²  sekarang  sangat dilindungi dan dimanjakan sehinggakan sikap mereka tak macam pelajar. Mugkin anda juga melalui dan ada kisah dan kenangan mengutip di sekolah . Sekarang macam manjakan sangat budak² sekolah
Tapi sekarang....arahan yg dikeluarkan..."GURU PERLU SAMBUT KEDATANGAN MURID KE SEKOLAH SETIAP PAGI DENGAN SENYUMAN DI PINTU PAGAR...SBB MURID ADALAH PELANGGAN CIKGU2"

Gaji Kerajaan Naik!!!

Sekadar ingin berkongsi..Semoga apa yagn kita peroleh diberkati Allah

(Ibubapa) Awasi situasi ini bagi anak kecil anda

Cuai sesaat, merana seumur hidup

Proton Preve Yang Gagal

SUNGGUH LARIS! ..Makcik-Makcik Pun Beratur Membelinya

Mamat india belah kanan garu kepala pasal terpaksa beratur panjang di belakang mokcik.Tak tau lah sama ada gambar ni dah di photoshop atau tak..Kalau ni gambar betul..alangkah malangnya...

Telefon mudah meletup

Pengguna perlu berhati-hati ketika membeli telefon bimbit, komputer riba dan komputer tablet kerana kira-kira 30 peratus daripada peralatan yang dijual di pasaran negara ini tidak memenuhi piawaian keselamatan teknikal antarabangsa serta berbahaya digunakan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi selepas menerima aduan orang ramai banyak telefon bimbit seludup yang digelar sebagai ‘underwater atau submarine handset’ di kalangan peniaga, tidak menepati piawaian.
Kita berharap kerjasama ini bukan hanya membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna terbeli peralatan seludup. - Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM “Jika pengguna membeli produk telekomunikasi seperti telefon yang tidak memenuhi piawaian, anda mungkin terdedah kepada kejadian ia meletup ketika di dalam saku atau ketika digunakan.

“Kita menasihatkan pengguna membeli peralatan yang disahkan selamat dan mempunyai label SKMM bagi menjamin keselamatan diri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM), di sini semalam.


Beliau berkata, SKMM juga bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi memantau kemasukan produk telekomunikasi yang tidak memenuhi piawaian daripada memasuki pasaran Malaysia menerusi pintu masuk dan pelabuhan utama di seluruh negara.


“Ramai peniaga produk telekomunikasi di Malaysia sudah mematuhi piawaian penjualan produk telekomunikasi, namun masih ada segelintir yang menyeludup masuk barangan itu,” katanya.

MoU itu membabitkan pemeteraian perkongsian pintar antara SKMM dengan SIRIM bagi memantau penjualan dan mengawal selia pemasaran produk telekomunikasi menerusi penggunaan aplikasi 'Online Centification for Communication & Multimedia' (e-ComM) yang dibangunkan oleh Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net).

“Kita berharap kerjasama ini bukan hanya dapat membantu SKMM meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual produk telekomunikasi tidak memenuhi piawaian, malah melindungi pengguna daripada terbeli peralatan seludup,” katanya.


Aplikasi e-ComM turut digabungkan dengan Malaysia's National Single Window (NSW) yang dibangunkan oleh Dagang Net, iaitu syarikat dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai pemudahcara perdagangan dan kelulusan KDRM.


Penggunaan aplikasi e-ComM juga bagi memastikan tanda atau label persijilan SKMM digunakan dengan betul tanpa sebarang unsur penipuan dan pemalsuan serta membantu SKMM menyediakan laporan berkala.


SUMBER

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

Rahsia Seorang Ayah

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya: 

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya. 

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang. 

Anak yang tidak berbapa. 

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah: 

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran. -Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah. -Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana

Preve bukti keunggulan PROTON

PROTON Preve ditawarkan pada harga RM59,990 hingga RM72,990 seunit.
PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu juga akan menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru PROTON di masa depan.

“PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global.

“Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.

Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport.
“Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat,” katanya.

Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

“Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang.

Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara.

“Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.

“Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.

Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik.

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.

Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran.

“Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif,” tegasnya.

Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

SPESIFIKASI: Proton Preve

Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa

138 kuasa kuda, kilasan 205Nm

Sistem butang penghidup enjin untuk Premium

Stering kuasa hidrolik

Brek ABS dengan EBD

Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja

Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS

Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod

Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km

Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif

Kunyit cegah sakit jantung

CHIANG MAI 16 April - Bahan antioksidan dan antikeradangan yang terkandung dalam kunyit dipercayai mampu mencegah serangan jantung di kalangan individu yang baru menjalani pembedahan pintasan jantung, menurut satu kajian terkini.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Kardiologi Amerika itu mendapati, ketika pembedahan pintasan dilakukan, otot jantung boleh rosak akibat kekurangan aliran darah untuk tempoh yang panjang.

Namun, penyelidikan yang diketuai Wanwarang Wongcharoen dari Universiti Chiang Mai di sini mendapati, pigmen kuning atau curcumin yang terkandung dalam kunyit berupaya mengurangkan risiko berlakunya keadaan itu.

Kajian tersebut dijalankan di kalangan 121 pesakit yang menjalani pembedahan pintasan jantung bukan kecemasan antara 2009 dan 2011.

Separuh daripada pesakit diberi satu gram kapsul curcumin empat kali sehari, bermula tiga hari sebelum menjalani pembedahan dan berterusan untuk lima hari berikutnya, manakala separuh lagi tidak diberi herba tersebut.

Pencipta USB Flash Drive -Warga Malaysia

Kalau anda masih ingat untuk membeli USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?
Penciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.

Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.
Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.

SUMBER

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

p/s :kalau la dia tanya soalan macam tu kat cikgu... jenuh jugak cikgu duk pikir macam mana nak jawap..terkedu..

Mentaliti Segelintir Rakyat Malaysia

Seorang isteri sanggup mempertaruhkan nyawanya menarik mayat suaminya di tengah jalan selepas tercampak daripada kenderaan dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 201.9, Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke selatan, di sini, malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suaminya turut dirempuh sebuah kenderaan lain sebelum itu, sementara bayi perem*puan mereka berusia setahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, van jenis Toyota dipandu mangsa, Sajarhan Abdul Rahman, 30-an, bersama isterinya, Zaleha Rasul, 27, dan bayi mereka, Syaza NurQaireen, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka.

Bagaimanapun, van yang membawa muatan pakaian terpakai itu hilang kawalan, sebelum terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya, menyebabkan semua mangsa tercampak keluar dari cermin hadapan van ke laluan bertentangan.

Saudara mangsa, Mohamad Saral, 47, berkata, mangsa sekeluarga ke bandar Melaka untuk menghantar bekalan pakaian terpakai yang ditempah beberapa kedai.

Bagaimanapun menurutnya, tayar van terbabit meletup menyebabkan kenderaan itu terbabas.

“Isteri mangsa yang masih sedarkan diri selepas tercampak terus bangun dan menjerit meminta bantuan sambil menarik mayat suaminya ke tepi jalan.

“Sementara bayi mereka pula sudah dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut melahirkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir pengguna jalan raya mengambil bungkusan pakaian terpakai yang bertaburan di atas jalan.

“Saya terkejut melihat mereka berhenti semata-mata mahu mengambil pakaian tersebut walaupun telah dihalang berbuat demikian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kemalangan berpunca daripada kenderaan yang hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan akibat tayar sebelah kiri bahagian belakang van meletup.

“Ketiga-tiga mangsa tercampak keluar ke laluan bertentangan sebelum mangsa dirempuh kenderaan lain.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan

P/s :AlFatihah ...Apa nak jadi dengan segelintir masyarakat  Malaysia sekarang ni..bayangkan kalau yang kat tengah jalan tu mak bapak mereka..isteri dia...anak dia orang...dan org berhenti untuk ambil kesempatan dan bukan tolong mereka...sedih betul...sgt sadis 

Tablet ganti buku teks di sekolah

MAXIS Berhad (Maxis) merancang memperkenalkan tablet pendidikan di peringkat sekolah bagi menggantikan buku teks yang diguna pakai menerusi sistem pembelajaran tradisional di negara ini.

Pengurus Besar dan Ketua Inovasinya, Navin Nathan berkata, Maxis kini memulakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat itu, namun memaklumkan ia masih di peringkat awal.

“Kami sedang berbincang mengenai kaedah memasarkan tablet di peringkat sekolah bagi memastikan ia boleh direalisasikan mengikut kemampuan pelajar.

“Apa yang boleh saya maklumkan, kementerian berminat melaksanakan projek ini,” katanya kepada Bisnes Metro selepas pelancaran perkhidmatan e-buku bersepadu Malaysia yang ditawarkan Maxis di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau memaklumkan, Maxis berhasrat membawa masuk tablet yang berharga sekitar RM300 bagi digunakan pelajar di peringkat rendah dan menengah.

“Pada masa kini, banyak tablet berharga murah yang baik di pasaran seperti Huawei dan sebagainya yang boleh diambil kira sebagai ganti kepada buku teks,” kata Nathan.

Bagaimanapun, Nathan enggan mendedahkan jumlah tablet mampu milik yang dijangka dibawa masuk Maxis ke negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Produk Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis, T Kugan berkata, perkhidmatan e-buku Maxis boleh didapati di peranti sistem operasi Apple dan Android seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab.

“Harga buku digital yang boleh dipindah turun melalui aplikasi ‘Maxis ebooks’ bermula dari RM8 hingga RM99 dalam pelbagai bahasa.

“Pembelian akan dimasukkan terus ke bil pascabayar pelanggan Maxis atau dipotong daripada akaun Hotlink mereka,” katanya.

Setakat ini, pelanggan Maxis mempunyai akses kepada 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa menerusi 40 kategori.

“Sejumlah 20 peratus buku ditawarkan diterbitkan penulis negara ini manakala selebihnya buku antarabangsa,” katanya.

Maxis turut merancangmemperkasakan hasil karya penulis tempatan yang tidak lagi perlu menampung kos tinggi bagi menerbitkan buku mereka.

“Jika ada penulis tempatan yang mahu memberikan karya mereka, hanya hubungi kami untuk diterbitkan,” kata Kugan.


Pindah turun aplikasi Maxis ebooks boleh didapati secara percuma dari Google Play dan App Store Apple

Untunglah Mereka.Yang Ada Anak

1- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

2- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun.

3- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4- Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

5- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga.

6- Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya.

7- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8- Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

Berserban Lebih Berdosa Dari berbogel?


Inilah malaysia ku

Dosa Seorang Lelaki

Perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga pernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
  • -membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau diluar rumah.
  • -membiarkan isterinya pulang lewat kerumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yang menghantarnya pulang.
  • -membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
  • -menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
  • -membiarkan anak perempuannya atau isteri memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
  • -membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
  • membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
  • membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
  • membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..
Semoga kita dapat mengelakkan diri kita dari menjadi lelaki yang DAYUS. InsyaAllah

Apalah punya nenek macam ni??

Nenek 98 tahun kantoi seludup 10.45 kilo ganja!!..kesian pulak tengok nenek ni.

 
 
 

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...

Itu adalah Istidraj...Apa itu ISTIDRAJ??

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.
Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj?
 Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun.
Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.
 Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.
Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita.
Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Penyokong Sarawak Belasah FRU

dua penyokong Sarawak bertindak liar memukul anggota FRU di Stadium Negeri, malam tadi  
Beginilah kalau dah fanatik sangat...kepada para penyokong pasukan masing masing..janganlah wat perkara yang boleh memalukan ini ye... beri sokongan ngan propesional.
Anggota Fru parah selepas dibelasah oleh penonton dalam perlawanan Sarawak menentang Kelantan, malam tadi

Bagaimana nak tutup facebook utk kawan/sedare yg dah meninggal

Nak berkongsi dengan kawan².

Andai ada saudara mara, sahabat handai yg ad akaun facebook telah meninggal dunia..

Kite boleh request kepada  admin facebook  untuk delete page mereka..

Klik di bawah utk special request tersebut

https://www.facebook.com/help/contac...28813257197480

Pereka Porsche 911 meninggal

PORSCHE bergambar bersama kereta Porsche 901 pada tahun 1963.

FRANKFURT, Jerman - Pereka model kereta sport Porsche 911, Ferdinand Alexander Porsche meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Cucu pengasas jenama automotif mewah itu menghembuskan nafas terakhirnya di Salzburg, Austria kelmarin. Punca kematiannya tidak didedahkan.

Dikenali sebagai F.A dalam kalangan kakitangan Porsche, beliau mengetuai sebuah firma reka bentuk pada tahun 1960-an.

Firma tersebut diberi tugas menggantikan model Porsche 356.

Porsche kemudian tampil dengan idea reka bentuk yang kemas, selain menggantikan enjin empat silinder kepada enjin lebih berkuasa iaitu enam silinder.

Model Porsche 911 dihasilkan pada tahun 1963. Sudah memasuki generasi ketujuh, model itu terus dikenali sehingga ke hari ini.

Pada asalnya, Porsche mahu menggunakan nama 901.

Namun, nombor itu ditukar kerana pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot mendakwa pihaknya sudah mempatenkan nama kenderaan dengan nombor '0' pada bahagian tengahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Matthias Mueller menyatakan penghormatannya ke atas Porsche dan menyifatkan beliau sebagai pengasas budaya reka bentuk dalam syarikat Porsche yang menjadikan kereta sport Porsche dikenali sehingga ke hari ini.

Lahir di Stuttgart, Jerman pada tahun 11 Disember 1935, Porsche ialah anak Ferry Porsche.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Ulm School of Design dan menyertai syarikat Porsche pada tahun 1958.

Pada tahun 1972, Porsche menubuhkan Porsche Design Studio yang bertanggungjawab mereka bentuk askseori seperti cermin mata, jam dan pen. - Agensi

Apesal Widget

Link Exchange

Rakan Blogger