Thursday, May 31, 2012

Jom Lihat Planet Zuhrah

Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.
Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Wednesday, May 30, 2012

Gambar, Pra-Kahwin & Selepas Kahwin - Antara Halal & Haram

Dipetik dari artikel Ustaz Zaharuddin

SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.

JAWAPAN

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

أولم ولو بشاة

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-



1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.



2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)



b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.



c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.



Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.



Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.



1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).



b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Tuesday, May 29, 2012

Proton Preve Hatchback

Tak sampai sebulan lagi Proton melancarkan model baru Proton Preve, sekarang ni ada rumours baru mengenai kereta Proton Preveversi Hatchback.Nampak cam menarik jugak.

Monday, May 28, 2012

Tak Tau Nak Cakap Apa ??

Itu sebab mengapa  belia menjadi benci sangat kepada islam. Macam ni rupanya pengisian 'rohani' yang diberi oleh  puak² ni. Patut la sekarang ramai budak² belum nikah dah kahwin dolu.
Friday, May 25, 2012

Macam² Hal - Kepala tersangkut jeriji

CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut di jeriji pintu pagar.

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.

Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.
Thursday, May 24, 2012

Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran

MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.


Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA
Tuesday, May 22, 2012

Air Oh Air


Mungkin ramai dah tahu tentang air ni kan. Mungkin ramai dah praktikkan pun.

1. Minum air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan.

2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah

3. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.

4. Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan dah habis minum sekuarng-kurangnya 4 gelas air.

5. Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar.

6. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.

7. Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.

8. Minum air untuk menjaga suara

9. Minum air untuk menjaga organ dalaman badan

10. Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil.

11. Minum air untuk mengelakkan mengantuk.

12. Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan.

13. Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.

14. Pastikan anda sudah pun minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih

15. Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

16. Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.  Ini kata ustaz cyber

Mungkin ada yang  tertinggal kot atau kalau anda  ada lagi fakta tentang air  boleh le  kongsi bersama
Monday, May 21, 2012

FRU MALAYSIA

Teknik Menyuraikan Rusuhan Yang di Gunakan Oleh FRU Malaysia

1.Amaran

Pegawai Polis FRU akan memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!” arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu.

2.Tembakan Gas Pemedih Mata

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan mengangkat bendera kuning iaitu bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.


 
3.Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi.

4.Tindakan Paluan Perisai
Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.

5.Tindakan Balingan Bom Asap

Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.

6.Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )

Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.

7.Tembak Menggunakan Peluru Hidup

Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dasyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.

Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal.
Kekuatan 1 Platun FRU

  • 1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )
  • 1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )
  • 1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )
  • 3 X Sarjan ( Seksyen Komander )
  • 18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )
  • 1 X Koperal ( logistik )
  • 1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )
  • 36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )
  • 11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )
  • 2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )
  • 2 X Konstabel ( Perubatan )
  • 7 X Konstabel ( Pemandu )
  • 2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )
  • 1 X Konstabel ( Radio Operator )
  • 1 X Konstabel ( Juru Tulis )
  • 1 X Konstabel ( Juru Bahasa )
  • 1 X Konstabel ( Juru Kamera )
  • 1 X Konstabel ( Penembak Tepat )
Jumlah keseluruhan anggota FRU dalam sesebuah platun seramai 91 orang.

FRU sering menggunakan tindakan sehingga ke tahap 5 ( seperti di atas ) sahaja kerana mereka berprinsip menggunakan tindakan yang paling minima.
  
Sunday, May 20, 2012

Mengapakah Masih Ada Manusia Sekejam Ini

Hasrat seorang remaja lelaki memetik nenas di kebun buah-buahan keluarganya, di sini, petang kelmarin, terbantut apabila terserempak dengan sebuah beg pakaian berisi mayat bayi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di Lorong Tok Jingga, Kampung Sungai Lampam, mayat bayi dibalut dengan kain sarung batik itu dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu sebelum dicampak di ladang berkenaan.


Difahamkan, mayat bayi itu cuba dikebumikan berdasarkan penemuan satu ‘kubur’ kecil berhampiran sebuah pokok mengkudu di lokasinya ditemui.

Saksi kejadian, Khairudin Idris, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdullah, di sini, berkata, sebaik terserempak dengan mayat bayi, dia bergegas pulang ke rumahnya di Parit 4/7R Chenderong Balai dan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Beliau berkata, dia bersama abangnya, Saharudin, 20, dan abang iparnya, Razlan Abu Bakar, 28, kembali ke lokasi penemuan mayat bayi itu untuk memeriksa.

“Kami membuka beg sebelum melihat mayat bayi itu berbalut dengan kain sarung batik. Kami percaya bayi itu meninggal dunia beberapa hari lalu kerana berbau busuk dan berulat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat bagi memaklumkan penemuan mayat bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menyerahkan mayat bayi kepada Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, sehingga semalam, jantina mayat berkenaan belum dipastikan kerana masih dalam pemeriksaan pihak hospital

p/s: Inilah dunia di akhir zaman...,manusia dah kembali ke zaman jahiliah

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest

KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.

Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.

Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.

"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.

"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.

Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.

Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.

Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.

Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP
Saturday, May 19, 2012

Malam penentu juara baru Piala FA

Sekadar hiburan..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati..hee²

Gerhana Matahari Separa

Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012

Pada awal pagi 21 Mei 2012 nanti, kita di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit.

Namun, bagi penduduk di negara China, Taiwan, Jepun dan juga Amerika Syarikat, mereka akan menyaksikan Gerhana Matahari Cincin!

Gerhana ini TIDAK KELIHATAN dari Semenanjung Malaysia. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini.

Secara ringkasnya, jika anda berada di bandar-bandar di bawah, Gerhana Matahari Separa sedang berlaku KETIKA Matahari terbit di Timur. Namun, waktu tamatnya berbeza-beza sedikit berdasarkan lokasinya. Jadual dibawah merujuk kepada waktu TAMAT Gerhana selepas terbitnya matahari.



Kuching. Gerhana TAMAT lebih kurang 16 minit SELEPAS terbit matahari.

Bintulu: Gerhana TAMAT lebih kurang 30 minit SELEPAS terbit matahari

Miri: Gerhana TAMAT lebih kurang 37 minit SELEPAS terbit matahari

Kota Kinabalu : Gerhana TAMAT lebih kurang 50 minit SELEPAS terbit matahari

Sandakan: Gerhana TAMAT lebih kurang 1 jam SELEPAS terbit matahari

Waktu tamat di atas adalah 'lebih kurang' sahaja, dan mungkin ada ralat 1-2 minit. Namun, berdasarkan pengalaman saya, ia mencukupi bagi kebanyakan orang untuk menjadikan sebagai panduan asas ketika melakukan cerapan.

Sumber kiraan yang saya buat adalah menerusi laman web berikut:

Kiraan Waktu Gerhana: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogl...20Agoogle.html

Kiraan Waktu Terbit Matahari: http://suncalc.net

Foto di atas, merupakan keadaan yang seakan-akan serupa dengan apa yang bakal dapat dilihat dari kawasan Malaysia timur. Saya berpendapat ini merupakan satu senario atau pose yang cukup indah untuk dirakam menerusi kamera.

Namun begitu, JANGAN SEKALI-KALI pandang ke arah MATAHARI TANPA PENAPIS YANG SESUAI. Cahaya matahari berbahaya dan boleh membutakan mata anda! AWAS!

Jom Gerhana!

Sumber : Falak - Online
Friday, May 18, 2012

Jangan Mengeluh...

Sekadar ingin berkongsi apa yang diterima daripada e-mail

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Thursday, May 17, 2012

Indah Khabar Dari Rupa

Cikgu naik pangkat tu..Utusan Sex menyiarkan dimuka depan “Hadiah Hari Guru“”24,053 guru naik pangkat mulai bulan depan”. Namun realitinya  tidak ada apa-apa yang baru melaikan apa yang telah di umukan oleh Perdana Menteri semasa belanjawan 2012. Namun begitu berita TV dan akhbar menceritakan seperti ianya baru di umukan semalam. Sebenarnya  guru tidak pernah mengharapkan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji sempena hari guru, mereka akan terus berkhidmat tanpa rasa jemu demi anak-anak didik mereka.

Apa yang  yang tak bagusnya ramai rakan-rakan, mak sedara, pak sedara cakap "untung ye cikgu dapat macam-macam" sedangkan benda tu dah pun diberi, cuma di ulang cakap oleh TPM semasa ucapanya.
Kaalu orang-orang yg bukan dari pendidikan akan kata:

1. wah!! bertuah ckgu dapat durian runtuh gak. walau pun sebenarnya tak ada apa2..
2. org yg bukan pendidikan jugak akan fikir cikgu ni banyak keistimewaan, walau pun sebenarnya dari pengumuman tu tarak apa2 pun yg istimewa.
24,053 guru yang naik pangkat ni kebanyakkan dah sampai time based klu Pak Menteri tak umum pun..tetap akan naik juga pasal dh cukup tempoh..time base
Apa-apa pun tahniah kepada rakan-rakan guru yang mendapat kenaikan pangkat seperti mana yang telah diumukan oleh PM semasa belanjawan 2012 tahun lalu. Kepada guru-guru yang hendak menyemak boleh ke http://www.moe.gov.my/naikpangkat
Wednesday, May 16, 2012

Rahsia nenek panjang umur

Seorang nenek yang berusia 91 tahun masih memiliki penglihatan, pergerakan, tutur kata dan kesihatan yang baik, walaupun sudah mempunyai hampir 200 ahli keluarga iaitu 70 cucu, 50 cicit dan kira-kira 20 piut sepanjang hidupnya di Kampung Masjid Teluk Teduri di sini.

Walaupun wajahnya jelas dimamah usia, Timah Jusof, yang dikurniakan lapan anak, masih mampu bertutur dengan baik dan mengingati kisah silamnya sejak puluhan tahun dulu.

Menurutnya, kesihatan, pergerakan dan percakapannya yang masih baik dimilikinya berkemungkinan disebabkan gaya hidupnya ketika masa muda.

“Saya seorang yang aktif. Tidak boleh duduk diam. Sejak berumur belasan tahun, saya mula menoreh getah dan mengerjakan sawah pada sebelah petang.

“Kerja dulu tak macam sekarang. Walaupun masih bersawah, kebanyakan pesawah menggunakan mesin berbanding dulu hanya bergantung kepada kudrat sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Timah berkata, dia akan keluar ke rumah seawal jam 5 pagi, kemudian akan pulang pada lewat petang bergantung kepada pekerjaannya.

“Saya memang tidak boleh duduk diam. Saya akan pastikan diri bekerja walau apa pun terjadi. Saya tidak selesa sekiranya hanya berada di rumah,” katanya.

Timah, yang kini dijaga oleh cucu-cucunya itu juga berkata, ulam dan pucuk paku merupakan makanan ruji baginya setiap hari.

“Dulu, penduduk sering bercucuk tanam. Lagipun, dulu memang banyak ulam. Belakang rumah pun ada.

“Makanan pagi, petang dan malam semuanya ada ulam. Disebabkan itu, penduduk waktu dulu masih lagi sihat malah mempunyai penglihatan yang baik sehingga ke hari ini,” katanya.

Kini, Timah hanya menghabiskan masa bersama adiknya, Che Lat Jusof, 81, di samping ahli keluarga yang lain.

Segala peralatan yang digunakan Timah semasa mengerjakan sawah, masih lagi disimpan sehingga kini untuk tatapan generasi keluarganya yang akan datang.

“Saya masih lagi menyimpan lesung kayu yang saya gunakan untuk menumbuk padi. Sekurang-kurannya, generasi akan datang tahu alat ini yang digunakan nenek mereka untuk mendapatkan sebutir nasi,” katanya.
Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.


OBJEKTIF HARI GURU


1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ini tak kira dimana jua, kerana telah mebimbing aku, anak-anak ku dan generasi yang akan datang.


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
Monday, May 14, 2012

Doa Seorang Adik

"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.

Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama ekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih | berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.
|
Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang
terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Yaa, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah ,kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Moralnya ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita...Wallahualam...
Sunday, May 13, 2012

10 Tabiat Rosakkan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Friday, May 11, 2012

Terkenang Semasa Dahulu

Mahal tu..Hampir sama dgn harga smartphone..Masa tu kalau ada handphone,rasa bangga sangat
Thursday, May 10, 2012

Bahaya duduk atas dompet

Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan. Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. 

Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang. 
Tuesday, May 8, 2012

PERODUA BEZZA

Perodua Bezza....Satu revolusi baru keluaran PERODUA.Mampukah kereta ini menyaingi PROTON PREVE ?
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)akan memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.



Monday, May 7, 2012

Tarikh Luput Pada Tong Gas

Mungkin ramai kat luar sana yang tak tahu.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan kemalangan.

So hati - hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
Sunday, May 6, 2012

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?

DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor. [sumber :cyberita]
Reply With Quote
Friday, May 4, 2012

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia dibuka 15 September 2012
 
 
LEGO City Rescue Academy
Observation Tower and Kids Power Tower
Project X
Observation Tower and LEGO Kingdom


“Taman Tema konsep Lego pertama di Asia dan 
Taman Tema Antarabangsa pertama di Malaysia”
Thursday, May 3, 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.


Innalillah. & al Fatihah untuk Arwah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِي
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

http://www.mazidulakmal.com
Wednesday, May 2, 2012

Kenapa Wanita Suka Menangis....?

Seorang anak laki-lakikecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kalian tahu;? kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan mesej ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.

Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Kanak-Kanak Yang Biasa Terdedah Dgn Kotoran Lebih Sihat Jangka Panjang

Ia sesuatu yang lumrah bahawa semua kanak-kanak seolah-olah tahu naluri dan kebanyakan ibu bapa perlu diingatkan. Kotoran sedikit adalah sesuatu yang baik. Dan satu kajian baru akhirnya didapati bahawa pendedahan kepada kotoran hanya mungkin menjadikan anak-anak kita sihat dalam jangka panjang.

Pakar-pakar kesihatan telah mengetahui selama bertahun-tahun bahawa anak-anak yang membesar di ladang kurang mempunyai masalah sistemimun seperti asma, alergi dan penyakit radang usus daripada kanak-kanakyang membesar di bandar-bandar. Ia dipanggil "hipotesis kebersihan," tetapi walaupun ia diterima secara umum, pakar-pakar kesihatan tidak pernah memahami kenapa ia berfungsi sehingga kini.

Satu kajian baru dari pasukan antarabangsa penyelidik yang diketuai oleh saintis di Brigham dan Hospital Wanita akhirnya telah menjumpai penjelasan biologi untuk hipotesis kebersihan. Kajian, baru-baru ini yang disiarkan dalam jurnal sains, mendapati bahawa pendedahan awal dalam kehidupan mikrob yang membantu untuk melatih sel-sel imun tertentu untuk menentang penyakit di kemudian hari. Pendedahan kepada mereka mikrob yang sama seperti orang dewasa tidak mempunyai kesan yang sama.

Sel-sel imun yang terlibat secara amnya dalam paru-paru dan usus.Tiada pendedahan mikrob bermakna bahawa sel-sel imun yang tidak betul"terlatih," yang membawa kepada gangguan pernafasan dan penghadaman di kemudian hari. Jadi ada anda mempunyai pilihan. Kotoran agak awal dalam kehidupan kanak-kanak dapat membantu melindungi dia dari segala macam penyakit. Seterusnya pastikan botol sanitizer di tangan dan membiarkan anak-anak anda bermain dalam kotoran.

Penulis iaitu Jenn Savedge telah menulis tiga buah buku mengenai gaya hidup mesra alam.

Mother Nature Network

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) Zoo Melaka (1)