Friday, June 29, 2012

Tablet Google


Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan.

Apa yang pasti lagi murah dari tablet 1Malaysia orang UMNO
Thursday, June 28, 2012

'Mereka panggil saya raksasa

LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung.

Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.

Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).

Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.

Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.

Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.

"Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa," katanya.

Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.

Pembedahan

"Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan.

"Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya," ujarnya.

Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.

"Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga," katanya.

Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.

Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.

"Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.

"Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka," katanya sedih.

Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.

Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.

Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.

"Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula," katanya
Wednesday, June 27, 2012

Wang Kertas Baru Mula Diedarkan 16 Julai 2012

Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai ini.

Menurut Bank Negara Malaysia, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.

Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan.

"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.

"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai. Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my
Tuesday, June 26, 2012

Kekurangan Internet

1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.


2. Virus/Malware/Worm/Trojan

Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.


3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.


4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


5. Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Tapi banyak kebaikan internet ni..Walaupun banyak buruknya...kalau takde internet...mau sangap  sepanjang masa rasanya
Monday, June 25, 2012

Tidak Tidur Selama 11 hari demi Euro akhirnya Meninggal Dunia

Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah
Thursday, June 21, 2012

Kasihnya Bapa-21 Tahun Setia Menanti

Setiap Hari, Selama 21 Tahun, Bapa Menanti Anak Yang Diculik Di Lokasi Yang Sama
 
 
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang bapa di China. Kisah bermula 21 tahun yang lalu di Bandar Chongqing apabila anak tunggal kepada lelaki berkenaan yang ketika itu berusia lima tahun diculik.
Sejak kejadian itu, setiap hari selama 21 tahun, Hu Shangming tanpa jemu menunggu di tempat yang sama di mana anaknya itu diculik dan berdoa supaya keajaiban berlaku.Selama 21 tahun, Hu Shangming, seorang penjual buah-buahan di bandar Chongqing, tidak pernah berhenti berharap untuk berjumpa anaknya semula.
Disebabkan mahu berada di kawasan kejadian itu setiap hari, Hu sanggup membeli sebuah rumah dan membuka perniagaannya di kawasan tersebut.“Saya bimbang jika dia (anaknya) tidak dapat menemui saya.“Saya akan sentiasa berada di sini dan tidak akan ke mana-mana,” kata Hu kepada wartawan beberapa tahun lalu.Ujarnya ketika itu, dia tidak dapat melupakan saat di mana dia tidak dapat mencari anaknya yang hilang dan berasa teramat sedih bila mengingati kembali kejadian tersebut.
Namun, penantian, doa dan pengorbanan selama 21 tahun oleh Hu berbalas jua. Keajaiban yang dinanti itu akhirnya muncul.
Kisah ini jelas menunjukkan betapa hebatnya pengorbanan seorang bapa kepada seorang anak. Sayangilah bapa anda sementara mereka masih hidup
Wednesday, June 20, 2012

Akibat Kecanggihan Teknologi




Zaman dah berubah..
Inilah yang  berlaku zaman sekang. Cuba tengok musim cuti sekolah..zaman kita dulu masa sekolah bangun awal pagi sebab nak pergi lepak dengan kawan², pergi memancing,masuk hutan,pergi  kebun la..Zaman sekarang..masing²  bawa diri masing²..malam tidur lewat  layan fb atau games...pagi bagun  dekat tengahari...makan pastu sambung fb dlm bilik masing²,layan gadjet,games...zaman sekarang dah makin mengarut...
Wednesday, June 13, 2012

Keburukan Makan Hati Ayam

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.
Sunday, June 10, 2012

Panduan Cari Isteri

Sekadar panduan
Saturday, June 9, 2012

Tutup laptop tanpa shut down

Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan.

Ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

Ianya mengurangkan jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer di-shutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terlibat.

Ianya juga mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.
Thursday, June 7, 2012

Fenomena transit Zuhrah berlaku semula 2117

IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahar
Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

"Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

"Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami," kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117
Wednesday, June 6, 2012

Petua Menghadapi Peperiksaan Disaat Akhir

Andai kata anda sudah tak punyai masa untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan..Petua ni bagi mereka yang suka study di saat akhir..Cubalah petua dibawah ni.Semoga berjaya..Boleh ke buat macam ni.Moralnya,jangan tunggu saat akhir baru nak mengulang kaji...

Penghormatan Buat Wira Rakyat

Penghormatan terakhir terhadap Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou di Hangzhou
Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas.

Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian Hangzhou.

Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek, menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh raya.

Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29 Mei lalu.

Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami kecederaan akibat ditusuk logam itu.

Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah bagi mengiktiraf keberanian Bin
Tuesday, June 5, 2012

Cuba Kira Betul²

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!

Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi..hee²..Fikirkan le

Khasiat Sebiji Tomato

Tomato kaya dengan bahan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita oleh itu memakan tomato adalah amat baik untuk kesihatan. Selain itu tomato mengandungi likopena, sejenis sebatian semulajadi yang dapat membantu dalam mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.Tomato sering digunakan dalam masakan untuk memberikan warna merah pada masakan dan rasa masam. Mari kita lihat cara-cara biasa hidangan tomato yang sering di lakukan untuk menikmati lantas memperoleh segala khasiat tomato.

Pes/Puri Tomato

Puri tomato banyak di gunakan dalam masakan, Puri tomato memberikan warna merah serta mampu membangkitkan rasa dalam sesuatu masakan itu. Selain itu puri tomato juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan seperti masak merah ayam.

Sos Tomato

Selain Pes tomato, sos tomato juga digunakan dalam masakan namun ia lebih kerap digunakan untuk mencecah makanan seperti keropok, nuget, sosej, dan sebagainya. Rasa sos tomato tidaklah semasam pes tomato dan juga warnanya kelihatan sedikit cair berbanding pes tomato. Namun Khasiat tomato tetap boleh diperoleh dari sos tomato ini.

Jus Tomato

Cara terbaik untuk menikmati khasiat tomato adalah dengan menikmati jus tomato. Jus tomato menjamin kesegaran tomato tersebut. Namun begitu jus tomato ini agak masam dan kurang di gemari, pengemar-pengemar jus tomato kebanyakanya adalah bagi mereka yang berdiet. Untuk menambahkan kesedapan jus tomato kamu bolehlah menambahkan sedikit gula atau pun madu untuk memberikan rasa manis.

Walau apapun cara menikmati tomato namun khasiat tomato itu yang paling penting. Tomato juga sering dikatakan di gunakan untuk kecantikan. Selain itu khasiat tomato juga dapat mengekalkan keremajaan kulit dan mencantikkan lagi kulit. Apa lagi marilah kita amalkan pemakanan makan tomato.

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) Zoo Melaka (1)