Latest Updates

Khasiat Bawang Putih

1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2.
Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3.
Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4.
Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5.
Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6.
Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7.
Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Khasiat Buah Tembikai


Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu menjegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser terutamanya kanser prostat. Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.
   Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.
    Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium) Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
     Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecactan dan penyakit jantung. mengikut Prevention's new Foods for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang mencukupi, berisiko lebih renmdah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.
.

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.


Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.


Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan
air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman

Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih

Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi

Air
yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Bersembanglah dengan anak-anak kita


Dalam kita sibuk melayani kerenah kerjaya kita, terkadang kita terlupa nak ambil tahu kisah anak-anak kita. Kita keluar pagi, balik hari dah malam. Anak-anak sibuk dengan urusan kerja sekolah. Kita sibuk dengan dunia kita. Anak-anak kita sibuk dengan dunia mereka. Kita hanya bergantung sepenuhnya dengan guru-guru sekolah tentang pelajaran dan jatuh bangun anak-anak kita di sekolah. Kita lepas tangan..

Sebenarnya kita sebagai ibu bapa perlu main peranan yang lebih hebat berbanding dengan guru-guru anak kita di luar sana. Kita kena buat sesuatu dengan anak-anak kita. Rata-rata saya perhatikan sekarang ini, banyak dikalangan pelajar suka ponteng sekolah. Bapa hantar anak ke sekolah sampai depan pagar, apabila bapa sudah berlalu pergi, anak itu akan keluar semula mengikut pagar yang sama. Kompom mati-mati bapa itu ingat anak dia sedang belajar di sekolah. Rupanya anak dia keluar balik. Ini berlaku di depan kepala saya sendiri. Saya hanya mampu menggeleng kepala.Saya tak salahkan budak itu. Saya tuding jari ke arah bapanya. 

Pada pengamatan dan kajian saya, mudah saja. Bapa ini berkemungkinan besar tidak ambil tahu langsung tentang anak dia. Sebab yang paling utama ialah kurang nya atau langsung kita TIDAK berkomunikasi dengan anak-anak kita. Senang jer cara nak mengatasi masalah ni sebenarnya. Tidak besar mana pun masalahnya. Kita hanya perlu bersembang jer dengan mereka. Bersembang dan bertanya khabar, ambil tahu perihal anak-anak kita.

Bersembanglah dengan mereka. Kenalilah hati budi mereka berbanding orang lain. Jangan sampai orang lain yang lebih mengenali anak kita berbanding dengan kita. Banyak berlaku kita lebih seronok bersembang dan berborak dengan anak orang lain. Anak sendiri di rumah diam seribu bahasa.
Kita tidak ambil peduli hal anak kita. Jangan ada jurang di antara mereka. Puji mereka selalu, peluk cium anak-anak kita kerana itu bahasa tubuh yang boleh menusuk hati sanubari anak-anak kita. 

Saya bagi satu ilmu, anak-anak yang setiap hari dicium ibu bapanya untuk pergi ke sekolah adalah lebih cergas otaknya berbanding dengan anak-anak yang mereka pergi sekolah pun ibu bapa mereka tidak perasan.
Nampak macam tak logik?? Kena bersembang? Betul ker? Kalau bersembang dapat selesai ke masalah ponteng sekolah ini?
 
Saya ada jawapannya...MEMANG BETUL..!!!
Dengan bersembang lah anak-anak kita tahu yang diri mereka disayangi..



Credit To Kelicap

Bonus Aidilfitri Akan Dibincang

Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.

"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.

Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.

Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam

Kerna Terpaksa

Kemiskinan Memaksa Pekerja Di China ‘Menambat’ Anak Mereka Di Tempat Kerja.Walaupun dianggap sebuah kuasa besar dalam ekonomi, ramai rakyatnya masih dicengkam derita kemiskinan.

Pendapatan yang rendah menyebabkan ramai pekerja bawahan di sana tidak dapat membayar untuk khidmat penjagaan anak-anak mereka.

Apa yang menyedihkan, disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membawa sekali anak-anak mereka ke tempat mereka mencari rezeki.

Bukan itu saja, bagi memastikan anak mereka selamat, mereka terpaksa ‘menambat’ anak mereka ketika bekerja.

Mungkin perkataan ‘menambat’ itu agak kasar bunyinya, tapi lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.
 
Bersyukurlah kerana apa yang kita lihat, tidak berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Servis Telegram DiTamatkan

Selepas lebih separuh abad berkhidmat, telegram kini menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah negara apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) secara rasmi menamatkan perkhidmatan tersebut hari ini.

Penamatan perkhidmatannya terpaksa dilakukan berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi serta saingan perkembangan teknologi komunikasi semasa.

Pengurus Besar TM Kelantan, Ab. Rashid Che Othman berkata, perkhidmatan telegram pada masa kini hanya digunakan oleh institusi kewangan untuk menuntut kembali hutang mereka dan amat jarang bagi orang awam menggunakannya.

"Hari ini adalah hari terakhir kita menyediakan perkhidmatan telegram di negeri ini. Hari ini sahaja kita menghantar kira-kira 1,000 telegram melalui TM Point Kota Bharu.

"Secara purata kita menerima 600 sehingga 700
telegram dihantar melalui TM Point Kota Bharu daripada bank atau institusi kewangan pada setiap bulan dan peningkatan secara mendadak hari ini disebabkan pelanggan mahu memastikan telegram dapat dihantar buat kali terakhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, sejak tahun 2000, telegram dihantar melalui komputer dan tidak lagi menggunakan mesin telex seperti zaman dahulu.

Katanya, ini disebabkan kos untuk membaiki mesin tersebut amat tinggi malah kemungkinan alat ganti yang diperlukan juga telah tiada lagi.


"Harga untuk setiap patah perkataan bagi
telegram biasa ialah 10 sen manakala 20 sen setiap patah perkataan bagi telegram segera," katanya.

"Kami generasi lama TM amat merasai kehilangan
telegram kerana ia merupakan satu alat komunikasi yang amat penting terutama untuk menyampaikan berita-berita kecemasan. Bagaimanapun perkembangan teknologi membuatkannya kini terpinggir," katanya.

Teringat masa dulu2,kalau sebut DAPAT TELEGRAM saja,mesti dah terbayang benda2 buruk..satu masa nanti, kad ucapan selamat hari raya pon akan pupus rasanya.

Jom Mandi Songsang

“Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala.

Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut .

Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah . Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang ? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

Kebaikan dan Kelebihan
1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.

2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahapkesihatan yang maksimum.

4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.

5. Melancarkan perjalanan darah.

6. Menjadikan pengamal semakin pintar.

7. Meninggikan daya ingatan.

8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.

9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.

10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

11. Memiliki daya ketahanan mental.

12. Menambahkan semangat berani.

Tinggal Kenangan-air tin yang menjadi sejarah

Siapa ingat lagi air ni.Bagi yg membesar dl tahun 80-90an,pasti pernah minum air ni.Teringat zaman muda² dulu.

Kelayakan Piala Asia B22-MISI WAJIB MENANG!!!


Beri sokongan pada Harimau Muda.Malaysia perlukan 3 mata. Jika berjaya kita layak automatik ke Piala Asia B-22. 11+1 menanti Harimau Muda..Malaysia kembali beraksi di Stadium Pusat Latihan Belia,Yangon pada perlawanan terakhirnya,esok dengan berdepan 'dua musuh serentak',pemain Myanmar tetapi juga penyokong fanatik tuan rumah..Semoga skuad negara berjaya melakar kemenangan..Amin..MALAYSIA BOLEH..!!!

Macam Ni ke Seorang Ibu?

Seorang wanita di Jepun ditahan atas kesalahan cuai kerana tidak menyedari bayinya telah meninggal dunia kira-kira sehari, menurut media tempatan, kelmarin.

Yumiko Takahashi, 29, didakwa terlalu leka bersembang di dalam forum di Internet walaupun pada masa itu, anaknya yang berumur 19 bulan demam panas pada 24 Jun lalu.


Hasil bedah siasat mendapati bayi tersebut meninggal sekitar jam 2 petang pada 26 Jun lalu.


Difahamkan, wanita itu pernah kehilangan dua anak sebelum ini dan dia menjadikan laman sembang sebagai ‘tempat’ untuk melepaskan tekanan sejak tiga tahun lalu. 

Macam² hal..harap tak terjadi di Malaysia

Apesal Widget

Link Exchange

Rakan Blogger