Thursday, August 30, 2012

Ebook Hudud - Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim untuk disebar luaskan

Satu nota kecil yang diterbitrkan oleh © Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang 'wajib' dihadam oleh semua ahli dan penyokong PAS termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Cukup sesuai untuk dihadiahkan terutama sekali kepada rakan-rakan non-muslim berbangsa cina pasai selain dari dalam tulisan rumi juga ada terjemahan dalam tulisan mandarin.

Jugak sesuai untuk disebarkan kepada ahli dan penyokong parti yang Dr. Mahathir kata parti syaitan supaya tak timbul lagi kenyataan dari belah sana.

Ebook yang ringkas tapi cukup untuk menghapuskan kekeliruan dan salah anggap tentang hudud. Cukup cantik kalau ada yang sanggup taja untuk ebook ni dicetak untuk lebih mudah disebarluaskan.


DOWNLOAD


Tuesday, August 28, 2012

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?

Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Hurmm… kenape ye??

Korang nak tau??

Boleh tengok jawapannyer di bawah.

kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam.

 
 Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam.


Friday, August 24, 2012

Awas geng langgar, samun kereta

Gambar hiasan  
Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.

"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.

"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.

"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.

Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.

Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.

"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.
Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Kata Al-Ghazali:
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH, dan
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Thursday, August 16, 2012

Buaya bakal kepupusan akibat dendam tak sudah

EMBOL membakar bangkai seekor buaya yang ditangkapnya di Sungai Sebelak, Saratok  

Selepas mewarisi ilmu 'selembur buaya' daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.

Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.

Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.

"Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.

"Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya," katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.
Wednesday, August 15, 2012

Binatang Pun Tau Sayangkan Anak


Kebakaran itu berlaku di sebuah rumah di Santa Rosa de Temuco, Chile.
Ibu anjing itu - anjing campuran German Shepherd yang dipanggil Amanda merisikokan hidupnya untuk mengambil anak anjing menggunakan mulutnya dan berlari antara rumah dan trak penyelamat berulang kali sehingga semua anak anjing selamat.
Selepas menyelamatkan semua anak-anaknya, Amanda baring bersebelahan dengan mereka, melindungi mereka dengan tubuhnya sementara anggota bomba berjuang memadamkan api kebakaran.
Amanda dan anak anjingnya kemudian dibawa ke doktor haiwan di mana satu daripada anak anjing yang dipanggil Amparo, mati kerana mengalami kebakaran yang teruk.Empat anak anjing yang lain berada dalam keadaan yang baik. 
 
Doktor haiwan, Felipe Lara, memberitahu bahawa Amanda membenarkan empat anaknya itu dirawat tetapi ingin terus berada di sebelah Amparo ketika dirawat seolah-olah enggan mereka mengambil Amparo dari pandangan matanya.

p/s : sedangkan binatang pun sayangkan anaknya…manusia senang² je buang anak..
Monday, August 13, 2012

Berhati-hati Minum Teh Ais

"Bagi sebagian orang, minum teh ais adalah pilihan untuk menemani saat bersantai atau saat makan. Tapi ternyata, ada risiko berat dan dasyat dari kebiasaan meminum teh ais. Kajian yang dilakukan peneliti dari Loyola University Medical Center, Amerika, menemukan bahwa orang yang suka minum teh ais berisiko besar terkena penyakit batu karang.

Pasukan peneliti menjelaskan bahwa minuman populer saat musim panas di Amerika itu umumnya mengandung kadar oxalate yang tinggi. Oxalate adalah zat kimia yang bisa menyebabkan terbentuknya kristal-kristal kecil yang terbuat dari mineral dan garam yang ditemukan di urine. Meskipun kristal-kristal tersebut biasanya tidak berbahaya, peneliti memperingatkan, kristal itu bisa membesar dan bersarang di saluran yang mengalirkan urine dari ginjal ke kandung kencing.

“Untuk mereka yang berkemungkinan terkena musibah penyakit batu karang, teh ais adalah salah satu minuman terburuk untuk diminum,” kata John Milner dari Jabatan Urologi Loyola University. “Seperti kebanyakan orang, saya menikmati teh ais di musim panas, tapi saya tidak meminumnya secara berlebihan,” kata dia. Selayaknya, di antara gaya hidup sehat ialah meminum teh ais secara sederhana.

Kaum lelaki berpeluang empat kali lebih besar terkena batu karang ketimbang perempuan. Risiko tersebut naik secara signifikan untuk lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Peneliti mencatat bahwa perempuan menopause dengan kadar estrogen rendah dan mereka yang ovarinya diangkat juga berada pada risiko tinggi.

Untuk mengurangi risiko batu karang, peneliti menyarankan agar kita tetap terhidrasi dengan baik. Meskipun minum air putih adalah yang terbaik, mereka menyarankan lemon murni adalah pilihan lain yang juga baik. Lemon mengandung sitrat yang tinggi, yang menghambat pertumbuhan batu karang.

Saranan lain yang diberikan bagi menghindari batu karang adalah menghindari makanan yang mempunyai kadar oxalate yang tinggi, seperti bayam, cokelat, dan kacang, mengurangi zat garam, mengkonsumsi lebih sedikit daging, serta cukup zat kalsium yang mampu mengurangi penyerapan oxalate dalam tubuh.
Saturday, August 11, 2012

Monorel Terkandas Di Brickfields


Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields.
Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah.

Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.

Jika anda berada dalam monorel tersebut sila kongsi cerita dan hantar gambar anda ke news@thestar.com.my.


Halia legakan otot

PENGAMBILAN halia dalam diet harian sememangnya salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak dahulu. Halia juga baik untuk mengubati penyakit selesema, sakit perut dan membuang angin daripada badan. Kini, penyelidikan Universiti Georgia, Amerika Syarikat mendapati penggunaan halia setiap hari dalam diet seseorang dapat mengurangkan ketegangan otot disebabkan latihan sukan atau senaman.

Masalah ketegangan otot selepas senaman sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan orang ramai. Akar halia yang dipanas ataupun dimasak dikatakan mempunyai kekuatan untuk menghilangkan kesakitan otot.

Menurut kajian itu halia yang berupaya memainkan peranan sebagai herba antiradang dapat mengurangkan ketegangan otot sehingga 25 peratus dan haba daripada halia pula dapat mengawal kesakitan yang semakin meningkat akibat aktiviti senaman itu. Sumber: Universiti Georgia
Friday, August 10, 2012

Sejarah Datuk Yusuf Taiyoob


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd...

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Thursday, August 9, 2012

Kisah Pembancuh simen dgn duit syiling

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.

Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

MORALNYA : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' sebagai lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Wednesday, August 8, 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012


Jangan lupa bayar zakat tau
Friday, August 3, 2012

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Ini ada 10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.

p/s: Jadi sentiasalah berhati-hati dengan segala apa yang dikongsikan di Facebook mahupun di rangkaian sosial yang lain. Ingat! jenayah siber tidak mengenali sesiapa sahaja. Jadi berwaspadalah, kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda supaya tiada yang menjadi mangsa.

Pengunjung

Total Pageviews

Rakan Blogger

Apesal Widget

Link Exchange

backlinks exchange gratis indonesia

Labels

10 Tabiat Rosakkan Otak (1) abang (1) adik (1) Allah (1) alor gajah (1) anak (1) ancasa (1) angry birds (1) arab saudi (1) astro (1) badarudin (1) berkabung (1) Bersih 3.0 (1) Bersih 3.0 LIVE : Dataran Merdeka (1) biri-- biri (1) Bob Kuman (1) buku reks (1) cegah (1) Dataran Merdeka (1) demokrasi (1) doa (1) download (1) Ducati Monster 795 (1) Duit Kertas Baru Malaysia 2012 (1) emas (1) eraser (1) filipina (1) Final Piala Malaysia (1) flash drive (1) Gaji Naik kerajaan (1) galaxy tab 10.1 (1) gen cacing (1) guru (1) guru penyayang (1) hacker (1) Harakah (1) Himpunan Bersih 3.0-Duduk Bantah (1) Honda CR-Z (1) i-pad (1) ibrahim ali.perlimen (1) impian (1) insurans (1) International (1) Islam (2) JPJ (1) Kaedah Pemindahan Gaji (1) kaki ayam (1) kasih ibu (1) kedai satu malaysia (1) Kehilangan MH370 (2) kemaluan (1) kembara (1) Keylogger (1) kolej matrikulasi melaka (1) kompleks sejarah pasir salak (1) kopi (1) Kumpulan Pelaksana (1) Kumpuulan Premier (1) kunyit (1) kutip sampah (1) lampu picit (1) lampu suluh (1) legoland malaysia (1) Liga Super (1) lindungi (1) Live STREAMMING TV (1) lobak (1) logo Google (1) Marco Simoncelli (1) Maxis (1) melaka merentas zaman (1) meletup (1) menangis (1) MH17 (1) minyak enjin radiator dan air bateri (2) MUET (1) najis musang (1) nelayan (1) neraka (1) nyawa (2) otak (1) parcel (1) Parlimen Malaysia (1) password (2) patuk (1) pemadam (1) pencil (1) pengorbanan (1) pensil (1) Piala Malaysia (2) PiaLa Sultan Ahmad Shah (1) Piala Sumbangsih (1) Preve (1) proton (1) PROTON Preve (2) prtal mygfl (1) Saintis China (1) sakit jantung (1) sambung bayar (1) samsung (1) samsung galaxy tab (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) (2) Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) - ‘Exit Policy’ (1) SBPA (1) SEA Games 1969 (1) sejarah (1) sekolah (1) Siamang jantan gigit dua budak (1) Sifir Gaji Baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (1) SKMM (1) Skuad Bola Sepak Negeri Sembilan 2012 (1) SSM (1) syima (1) Syurga (1) tablet (1) tablets (1) team bolasepak malaysia (1) telefon (1) telefon bimbit (1) telur (1) tidurr (2) Tok Guru (1) Tragedi MH370 (1) ubat lampu (1) ular (1) ulat (1) usb drive (1) wanita (2) wanita menangis (1) youtube (1) Zoo Melaka (1)