Latest Updates

Kesalahan Senaman Yang Sering Di Lakukan

Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:

Bersenam dengan perut kosong

Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

Tidak memanaskan badan

Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.

Tidak konsisten

Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.

Tidak menjaga pemakanan

Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.

Tidak dilakukan secara berperingkat

Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

AWAS! AES sudah bermula

 

Automated Enforcement System (AES)

 

Pudu Sentral Kini Dikenali UTC Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, Pudu Sentral kini dikenali sebagai Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur yang menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung.

Perdana Menteri berkata, transformasi kedua pusat terminal pengangkutan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Pudu Raya sejajar dengan proses transformasi untuk kesejahteraan rakyat.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan berkenaan di sini, sebentar tadi.


UTC kedua selepas Jalan Hang Tuah, Melaka yang dilancar Jun lalu menempatkan 31 agensi kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO).


UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan askes kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transfomasi Bandar.


Menerusi UTC itu, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain tempat rekreasi, antaranya “wall climbing”, studio aerobik dan gelanggang futsal.


Kira-kira 10,000 orang membanjiri UTC Kuala Lumpur bagi menyaksikan pembukaan bangunan itu. - BHarian

Berita Memalukan Tapi Gaya Laporan Seolah-olah Satu Pencapaian Yang Dibanggakan

140 bayi luar nikah diselamatkan

MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.


Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.


"Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.
"Bagi 2011, bilangan bayi yang diselamatkan melonjak kepada 70 orang iaitu Johor Bahru (15), Segamat (empat), Batu Pahat (tiga), Kulaijaya (satu) dan selebihnya di daerah lain.


Sehingga Julai lalu pula, sebanyak lapan bayi dari Johor Bahru berjaya diselamatkan dan daerah lain masih belum ada laporan diterima.


"Pada tahun 2009 dan 2010, semua yang diselamatkan adalah bayi berketurunan Melayu manakala pada 2011 terdapat empat bayi Cina dan dua bayi India sementara selebihnya bayi Melayu. Pada tahun ini pula semuanya melibatkan bayi Melayu," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Sungai Balang di sini kelmarin.
Katanya, bayi-bayi tersebut dapat diselamatkan apabila remaja yang mengandung luar nikah atau ibu bapa mereka mempunyai kesedaran lalu menghantar anak-anaknya ke pusat-pusat kebajikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang itu memberitahu, di pusat-pusat kebajikan berkenaan, remaja bawah umur yang hamil itu akan dijaga dengan baik sehingga selamat melahirkan anak mereka.
Jelasnya, penghuni pusat itu juga dilatih sepenuhnya mengenai proses penjagaan bayi, selain diberi latihan dan kemahiran sebagai bekalan bagi meneruskan kehidupan selepas meninggalkan pusat itu.


Ujarnya, terdapat tiga pusat penjagaan di negeri ini yang semuanya terletak di Johor Bahru dan pihaknya bercadang membina sebuah lagi di daerah ini bagi menampung bilangan remaja hamil luar nikah yang jumlahnya meningkat saban tahun.

SUMBER

 

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.


Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.


Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.


Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.


Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahu’alam

Cara Menukar Tayar Kereta Anda


Windows 8 masuk pasaran 26 Oktober

Windows 8, yang akan berada di pasaran 26 Oktober ini, bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet.

Pengguna yang kini menggunakan sistem Windows XP, Vista atau Windows 7 juga boleh menaik taraf kepada Window 8 Profesional dengan harga AS$9.99 melalui pembelian atas talian.

Setakat bulan lalu, Windows 7 menguasai 42.76 peratus pasaran, berbeza dengan Windows XP yang mempunyai saham sebanyak 42.52 peratus - sekali gus lebih popular berbanding Window XP.

Window XP dilancarkan pada 2001.

Window Vista berada di kedudukan ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 6.15 peratus diikuti oleh Mac OS X 10.7 peratus dan Mac OS X 10.6 peratus 2.45 peratus dan 2.38 peratus.

Apa yang pasti, versi Microsoft masih lagi mendominasi pasaran sebanyak 92 peratus.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk Window 7 menjadi sistem operasi paling popular di dunia.

Windows 7 kini merupakan sistem operasi desktop paling popular di dunia, menurut laporan bulan Ogos daripada ‘Net Applications’.

Hamzah Abu Samah meninggal dunia

Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah, meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, hari ini.

Allahyarham Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan itu kira-kira jam 3.30 petang.
Kematiannya disahkan oleh isterinya Toh Puan Zainon Hussain ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Menteri Undang-undang dan Peguam Negara sebelum bersara daripada Kabinet pada September 1980. - BERNAMA

Sekadar Ingin Berkongsi

Ini bukankisah saya, saya sharekaninfo yg saya terima.
Moga jadi panduan dan dpt membantu rakan-rakan yg lain.

HATI-HATI DI JALAN RAYA

KISAH SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PEMANDU SEKALIAN

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki  turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”

“Brek tak makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Apesal Widget

Link Exchange

Rakan Blogger